Followers

Sunday, October 31, 2010

Wujudkah Cinta 100%


Mungkin didalam dunia ini, tiada cinta 100% dan tiada 100% perfect girl. Tapi kalau aku dapat berjumpa 98% love and girl, aku sudah cukup gembira.

Entry aku sejak kebelakangan ini memang banyak bercerita tentang cinta. Yup aku ada masalah sikit sejak kebelakangan ini. Masalah apa, biarlah ku simpan sendiri. Tapi bukan setakat cinta sebenarnya.

Kadang kadang aku terfikir, mengapa hidup kita selalu ada masalah. Alangkah indahnya hidup sekiranya kita tiada masalah. Mungkin kita akan happy 24/7.

But i remember that 1 old people say, "if we dont have any problem in life, than what the meaning of our life". Hurm mungkin betul. Sekiranya kita tiada langsung masalah, kehidupan kita tak akan bermakna. Kerana masalah juga adalah salah satu pengalaman didalam hidup. Dengan masalah, kita akan belajar untuk menguruskan kehidupan.



Tetapi selalunya masalah akan menjadi tekanan. Dan akhirnya akan membuatkan kita gila. Gila..Sudah ramai yang gila sekarang. Mungkin aku juga sudah termasuk didalam golongan ini. Aku tak tahu..

Wujudkah cinta 100%..Akupun tak tahu...

Antara Drag Dan Cikaro

Semua orang tahu malam tadi Negeri Sembilan VS Kelantan. Dan hari ini stadium Bukit Jalil masih berdiri megah so itu bermakna Kelantan lah yang menang. Cuba kalau kalah, aku rasa runtuh stadium tu dikerjakan.

Ok lupakan bab bola sebab aku sememangnya dilahirkan bukan untuk mencintai bola tetapi ditakdirkan untuk bersama dengan sebuah kereta. Malam tadi aku ke Sepang untuk menyaksikan drag. Untuk keterangan lanjut korang boleh klik sini tetapi benda ni dah lambat sebenarnya.




Kualiti gambau tak elok sebab camera fon aku bukan SLR

Malam tadi kereta terpantas adalah sebuah kereta yang aku tak pasti jenis apa hahaha. Tapi masa yang dicatat adalah 9 saat. Tak ada kereta lain yang boleh mencapai tahap itu. Dan paling lambatpun 15 saat.





Last drag battle untuk tahun ini pada bulan 12. Kawan aku ingat nak masuk. Daftar untuk masuk RM 200.00. Tapi dengar kena ambil lesen lumba pula. Tak tahu pula berapa kosnya nanti. Tapi rasanya memang nak masuk. Sebab kitaorang pun setiap minggu main drag secara illegal so nak rasa gak masuk trek. Tapi kereta kena setting sikit tu biasalah.

Habis Sepang, aku bertolak pula ke PD. Sampai PD dah pukul 3.30 pagi. Malas nak cari hotel so tidur dalam kereta sajalah. Tapi sakit hati pulak tengok orang berdating depan kereta aku. Takde port lain ke dating. Naik geli aku dengar cerita cerita gedik mereka hahaha. Dah ler awek cun. Kalau ikut hati nak je aku tarik awek tu masuk kereta hahaha.

Habis plan nak mandi laut bila pagi tadi tengok laut keruh semacam. Hujan malam tadi tu pasal air laut semacam je. Dengan ombak besar tak berani pula nak mandi. Pagi tadi gak ramai pulak budak motor konvoi. Siap bawak cikaro. Body mantap pulak cikaro dorang siot je. Bil air pulak dah lama tertunggak sila abaikan hahaha .

Sebuah entry peribadi sebenarnya. Tak bacapun tak mengapa

Saturday, October 30, 2010

Hati Yang Belum Bebas



Hari ini tak tahu mengapa aku rasa semacam. Hati terasa tak tenang. Teringatkan seseorang tapi tak pasti siapa. Semakin tua seseorang, semakin kuat kenangan dahulu akan menerpa ke ruang fikiran.

Dikau Datang Kedalam Hidupku
Dalam Waktu Yang Tanpa Rencana
Kusangka Bila Berkenal Denganmu
Akan Terhibur hati Ini

Hati Mana Yang Tidak Mengingini
Direstui Kasih Penuh Syahdu
Sayangnya Hati ini Belum Bebas
Dari Ikatan Kenanganku

Bila Engkau Disampingku
Kembalilah Warna Warna Ungu
Tanpa Sedu Tanpa Airmata
Menangis Sendiri Dalam Kesepian

Suasana Sekeliling Kita
Sesuatu Dengan Pasangannya
Mengusik Lagi Peristiwa Lalu
Terguris Pula Hati Ini



The good old day..Sesuatu yang tak mungkin akan dapat kita kembalikan. Pernah ada seorang tua pernah cakap kepadaku "kalau mahu memulakan hidup baru, kau harus melepaskan semua kenangan lampau". Lebih kuranglah dia cakap begitu.

Tapi mampukah aku melepaskan semua kenangan lepas. Kerana aku hidup bersama semua kenangan itu. Disaat terakhir sebelum aku meninggalkan "dia" untuk selamanya, dia membisikkan ditelingaku "jangan lupakan segala kenangan manis disaat kita bersama"

Dan aku berjanji aku tak akan pernah melupakannya. Kalau tak berjanji sekalipun, aku tetap tak akan melepaskan kenangan itu. Kerana dia satu satunya wanita yang aku cintai sepenuh hati dan satu satunya wanita yang benar benar mengerti diri aku.

Dia akan sentiasa hidup didalam bayanganku untuk sepanjang hidupku. Menemaniku setiap detik dan kenangan bersamanya menjadi pendorong untukku teruskan hidup ini.

Mampukah aku lepaskan semuanya..Rasanya tidak untuk sepanjang hayatku ini...

Friday, October 29, 2010

Andai Wanita Tahu



Ini adalah salah satu entry didalam blog Anna Boleyn sebenarnya. Korang boleh klik sini

andai lelaki tahu dalam hati seorang perempuan

ade naluri untuk disayangi
ade rasa ingin diberi perhatian
ade rasa untuk didengari keluh kesahnya
ade waktu minta ditemani kesedihannya

andai lelaki tahu

rajuk seorang perempuan minta dipujuk
marah seorang perempuan perlu didekati
sedih seorang perempuan harus didengari
gembira seorang perempuan ingin dikongsi…

Dan tiba tiba aku rasa nak jawap pula..Yelah asyik asyik pasal perempuan je. Semua perempuan nak kita jaga hati mereka tetapi hati dan perasaan kita siapa pula nak jaga kan.

Andai wanita tahu didalam hati seorang lelaki

Ade rasa ingin difahami
Ade rasa ingin dihormati
Ade waktunya ingin berkongsi perasaan
Ade waktu ingin berkongsi fikiran

Andai wanita tahu..

lelaki juga ada masanya merajuk
lelaki juga mahu mereka dipujuk
kemarahan lelaki harus difahami mengapa
Didalam hidup lelaki, hanya teman wanitanya sahaja disayangi selain daripada ibunya sendiri.



So aku harap perempuan juga harus fahami lelaki. Janganlah terlalu mendesak dan meminta bukan bukan. Lelaki juga manusia biasa ada hati dan perasaan. Walaupun bf kamu melayan kerenah kamu tanpa banyak bicara, itu bukanlah bermakna mereka tiada masalah dengan kerenah kamu.

Sebaliknya tidak mahu membuatkan hati dan perasaan kamu terluka. Kerana kamu adalah wanita yang disayanginya selain dari ibu mereka. Jadi mereka sanggup menerima segala tekanan semata mata untuk menjaga dan menghiburkan hati kamu.

So please fahami lelaki.

Entry ini bukan untuk Anna Boleyn tetapi untuk semua wanita di luar sana.

Love is not only about feeling but love is everything.

Berhati Hati Dengan Beg Anda


AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam. Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya. Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.



Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu. Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Harian Metro

Trend membuang mayat didalam beg berulang kembali. Jika tidak lama dahulu trend membuang bayi. Dan kemudian bakal pengantin melarikan diri. Dan sekarang sumbat mayat didalam beg pula. Mungkin trend bunuh, bakar dan buang juga akan kembali berulang. Yelah siapa yang guna taktik tu mesti akan jadi terkenal nanti. Silap silap boleh jadi filem Hollywood hehehe.

Polis sekarang terer yek. Tengok nama je dah tahu orang Indon hehehe. Entah entah mamat tu orang Malaysia. Pandai pandai je hehehe. Kang orang Indon mengamuk lagi lak. Tak pasal pasal penyokong BENDERA terpaksa berak tengah jalan sebab nak baling kedutaan Malaysia kat sana hehehee.

Akupun malas nak cakap pape pasal kes ni. Benda dah jadi. Nak cakap pembunuh tu kejam, dah takde makna lagi. Kalau 1000 orang cakap dia kejam, ada dia kisah ke? What da hell apa dia kisahkan.

Then cuma boleh nasihat je lah pade sesapa ada anak. Jaga ler anak korang baik baik. Kang tak pasal pasal korang jumpa anak korang dalam beg pulak.

And kalau korang ada minat kat someone, baik cakap sekarang. Mana tahu esok lusa diapun kena sumbat dalam beg, kena simbah asid ke ataupun kena paksa minum racun. Nanti korang menyesal pula seumur hidup.

Thursday, October 28, 2010

Tentang Cinta


Semua orang mengenali cinta. Dan semua orang juga pernah jatuh cinta dan juga terluka kerana cinta. Cinta adalah indah apabila kita bertemu dengan mereka yang sesuai dan mencintai kita seperti mana kita mencintai dia. Tetapi cinta itu akan bertukar menjadi pahit apabila orang yang kita cintai mengkhianati cinta dan meninggalkan kita untuk selamanya.

Aku juga tak terkecuali dari jatuh cinta dan terluka. Sepanjang hidup aku aku bertemu cinta sebanyak 12 kali. Itu termasuklah dengan cinta tidak berbalas. Banyakkan :). Tetapi itulah cinta. Walaupun pengakhirannya perit tetapi ianya sentiasa hadir didalam hidup kita.

Dan aku percaya, cinta akan terus hadir didalam hidup aku, selama mana aku masih bernafas di atas bumi tuhan ini. Dan cinta kepada Allah s.w.t dan rasulNya jugalah yang kekal sehingga ke akhir hayat.



Namun itu bukan bermakna kita seharusnya menolak cinta daripada insan lain. Ini kerana cinta adalah anugerah tuhan kepada kita. Aku akan terus mencari cinta sehinggalah ketemu cinta sejati yang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dan sekiranya sudah tertulis di Loh Mahfuz bahawa aku tidak akan menemui cinta di hayat ini, aku redha kerana semuanya adalah takdir dariNya jua.

DaripadaNya aku datang dan kepadaNyalah jua aku kembali.



Seterang bulan ditaman permainan
ku pasti kau jadikan sebuah khayalan
Dan kau mahu pergi dari sini
Aku tak mahu kesana

Seindah bulan ditaman khayalan
Ku pasti kau jadikan sebuah perhiasan
Dan kau mahu pergi dari sini
Aku tak mahu kesana

Ohh cinta...

Mengapa kau sering mengata diri
Mengapa kau sering membohongi diri
Ku tak mahu kau pergi kesana kemari

Ohh cinta...

Mengapa kau sering membohongi diri
Apakah aku yang tak mengerti
Ku tak mahu kau datang kembali
Kembali ke sini....

Wednesday, October 27, 2010

Kerja Kosong : Penjaga Gunung Everest



YOGYAKARTA: Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam. Pihak berkuasa termasuk doktor percaya satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidur di rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman, adalah Mbah Maridjan, berusia 83 tahun.

Menurut Dr Kresno Heru Nugroho dari Hospital Sardjito di sini, mayat berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal Mbah Maridjan, termasuk satu ibu jari tangannya yang bengkok, serta warna dan pakaian terakhir yang dikenakannya sebelum bencana itu petang semalam.

Beberapa hari sebelum ini Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu.

Entah apa apa orang Indon ni. Ada ke percaya jadi penjaga gunung berapi. Pelik pelik kepercayaan mereka ni. Selepas ni bolehlah buka tender untuk sesiapa yang berminat menjadi penjaga gunung. Boleh buat duit ni hahahaha.

Undang Undang Rimba



PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu. Kejadian jam 11.50 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama tiga rakan lelakinya naik ke atas bumbung pangsapuri berkenaan dan berbual sebelum disergah oleh seorang penduduk yang melihat gelagat mereka atas bumbung.

“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di muka dan badan dibawa penduduk ke Hospital Sungai Buloh, tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Aku bersimpati sungguh dengan nasib malang yang menimpa awek berkenaan. Cukup celaka mereka yang sergah dia. Kalau nak tangkappun buatlah secara elok. Sepatutnya mereka yang menyergahnya patut ditahan diatas kesalahan membunuh.

Kesian awek tu. Tak pasal pasal mati sebab penduduk yang sial kat situ. Kalau tak suka dengan perbuatan mereka, tak boleh tegur elok elok ke. Kalau aku keluarga mangsa memang aku tetak dengan parang mereka ni. Gampang anak haram. Membunuh anak orang!

Mesti comel awek tu. Sayangnya huhuhu.

Itu satu kes. Ini satu kes lagi. Main sedap sedap tapi bila kantoi, tangkap si lelaki saja. Panas betul aku. Balik balik lelaki saja yang kena. Betul betul tak adil.

AMPANG: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa di sekitar Ulu Klang di sini, Jumaat lalu.

Suspek berusia 16 tahun dikatakan melarikan diri ketika sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila bilik itu diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari.

Mangsa (mangsa ke) mengaku di hadapan bapa dan bapa saudaranya dia pernah mengadakan hubungan seks dengan suspek beberapa kali sebelum ini. “Suspek turut mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan mangsa ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Undang undang ni memang tak adil. Mengapa setiap kali berlaku benda macam ni, hanya lelaki saja yang kena. Padahal benda ni bukan rogolpun. Cibai undang undang ni.

Tuesday, October 26, 2010

Rest House Bentong Seleweng Duit?

Sebentar tadi aku pergi ke sebuah kedai hardware untuk membeli batang kayu penyapu. Semasa berbual dengan tokey kedai, dia menceritakan aku satu kisah menarik mengenai Rest House atau rumah rehat di tempat aku.

Dia membacakan aku sebuah berita dari akhbar cina yang menyatakan Rest House Bentong didapati melakukan banyak penyelewengan peruntukan. Sebagai contoh, harga sebuah papan tanda tandas dikatakan berharga RM65 ringgit. Mahalnya. Tetapi tuntutan dibuat sebanyak RM800 lebih. Lagi tak masuk akal.

Sofa dibeli dengan harga RM900.00 manakala tuntutan dibuat sebanyak RM4 ribu lebih. Banyak juga barangan lain disenaraikan seperti lampu kristal, perhiasan dan lain lain dituntut dengan harga yang tak masuk akal.

Semua ini berdasarkan laporan audit negara yang baru dibuat tidak lama dahulu. Aku tak tahulah nak kata apa. Mungkin benar laporan akhbar berkenaan dan mungkin juga sekadar cerita. Tetapi biasalah Rest House ni dibawah pengurusan seseorang yang berjawatan tinggi didalam kerajaan. Sudah tentu ada kaitan dengan parti UMNO juga.

Sebenarnya cerita penyelewengan peruntukkan ini sudah lama dikatakan. Malah boleh dikatakan hampir semua jabatan ada membuat perkara salah ini. Biasalah cara untuk membuat duit poket. Semuanya dirancang bersama kontraktor yang terlibat.

SPRM sepatutnya menyiasat perkara ini apabila laporan audit dibentangkan di Parlimen. Jangan biarkan perkara ini berlanjutan. Perbuatan sebegini hanya merugikan duit rakyat sahaja. Tangkap semua pengkhianat dan hukum mereka dengan hukuman berat.

Monday, October 25, 2010

Corat Coret



Hari aku tak beli paper langsung. Kedaipun banyak yang tutup dari yang buka. Dah senja senja ni baru ler nak bukak paper online. Ok dalam Harian Metro dimuka hadapan, seorang isteri di kencing mukanya sebelum dicerai talak tiga.

Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Harian Metro

Setiap hari semakin banyak cerita cerita sensasi sebegini yang keluar di dada dada akhbar. Diakhir zaman begini biasalah cerita cerita begini. Cakap banyakpun tak guna. Benda dah berlalu. Bak lagu Wings "Biarlah Berlalu"

Kita mampu merancang
Hanya Tuhan menetukan
Tak perlu dikisahkan..ooo...

Janganlah memburu
Angin yang berlalu
Kelak kau terima
Jawapan yang kecundang
Pulang saja di mana
Permulaan langkahmu
Biar saja angin terus berlalu
Oooo...berlalu

Diakhbar Utusan Malaysia pula, subjek Sejarah akan menjadi salah satu subjek teras di sekolah rendah. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, penambahan baru juga akan dibuat pada mata pelajaran tersebut antaranya menekankan aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur Perlembagaan (klik sini).

Selain itu, subjek sejarah juga menjadi subjek "wajib lulus" untuk calon SPM. Nampaknya nasib pelajar sekolah sekarang semakin tertekan dengan penindasan dan pencabulan hak asasi manusia. Mereka dibebankan dengan masalah yang ditimbulkan oleh orang orang politik.

Pada pendapat aku, orang politik yang sebenarnya "wajib belajar sejarah". Bukannya pelajar sekolah rendah. Kerana semua masalah yang dihadapi sekarang berpunca daripada orang politik dari "parti gengster cina dan juga parti Dajjal mata satu".

Walaubagaimanapun nak cakap macam mana. Dunia dah akhir zaman. Semua orang berlumba lumba nak jadi PM. Baik buat macam aku, berlumba atas jalanraya . Itu lagi syoook. Jumpa esok.

Sunday, October 24, 2010

Daulat Tuanku - Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang



Daulat Tuanku

Merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum

Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah

Sempena

Hari Keputeraan Baginda pada 24hb Oktober 2010

“Semoga Allah Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Sembah Takzim daripada:

Anak Pahang

Daulat Tuanku

Saturday, October 23, 2010

Proton Elisya Bakal Mengantikan Proton Inspira ?



Proton Inspira

Kalau korang melanggan facebook aku, korang akan mendapati nama yang aku gunakan adalah Demi Qaseh Elisya. Siapa Elisya tu? Adakah nama cikaro aku?

Qaseh Elisya sebenarnya nama kereta aku. Dahulu ianya dipanggil Proton Type R (klik sini). Tetapi kini dipanggil Proton Elisya. Masih mengekalkan kapasiti enjin asal, hanya bahagian luaran sahaja mendapat sentuhan pakar Lotus.


Bumper Fiber Rekaan Khas


Proses Penukaran


Pandangan Pertama


Pandangan Kedua


Kelihatan Spoiler Di Belakang

Setelah menjalani program "beauty make over" akhirnya Proton Elisya telah siap sepenuhnya. Menggunakan warna "red blood" sebagai warna tema, Proton Elisya kini siap sepenuhnya dibahagian luaran.











Untuk projek seterusnya, bahagian kokpit Proton Elisya mungkin akan dirombak semula. Antara perkara yang diberi perhatian adalah mencari kerusi yang sesuai, peningkatan taraf audio, balutan semula bahagian dalaman meliputi panel pintu, bumbung dan tiang pilar. Hanya menunggu peruntukan kewangan dari Baget 2011.

Proton Elisya Kebanggaan Rakyat Malaysia

Friday, October 22, 2010

Polis Jahat



KOTA BHARU: Gara-gara tidak berpuas hati kenderaan dinaiki dipotong kenderaan lain, seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan berkenaan hingga terkena punggung kiri seorang penumpangnya dalam kejadian di Batu 2, Jalan Kuala Krai, dekat Bunut Payung, semalam.

Kejadian jam 1 tengah malam menyebabkan mangsa berusia 20 tahun dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) oleh dua rakannya sebelum menerima rawatan pesakit luar.

Difahamkan, sebelum kejadian, kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari Machang menuju bandar ini untuk menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Bunut Payung. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, kenderaan berkenaan memotong Perodua Kelisa dinaiki dua anggota polis di laluan sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata, sejurus kemudian kereta dinaiki anggota terbabit bertindak mengekori kenderaan mangsa bersama rakannya hingga ke Bunut Payung.

Menurutnya, anggota polis terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke arah Perodua Kancil itu sebelum terkena seorang penumpang hingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan di kawasan berkenaan.

“Selepas kedua-dua kenderaan berhenti, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum kedua-dua kenderaan termasuk kenderaan mangsa beredar dari kawasan itu.

“Selepas kejadian itu, rakan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, Perodua Kelisa itu milik seorang anggota polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, mangsa dihantar dua rakannya ke hospital akibat cedera di punggung kiri dipercayai terkena tembakan dilepaskan anggota polis itu.

Harian Metro

Cukup celaka polis tu. Suka suka hati je tembak orang. Orang gila macam ini pun boleh jadi polis. Dulu time gaduh, polis taknak tembak (klik sini). Ini orang tu tak buat salah, ditembaknya pula. Bahaya betul sekarang. Polispun menjadi pengganas sekarang.

Kalau macam ni gayanya, rasanya kes dibawah inipun mungkin angkara polis juga.

SHAH ALAM: Tiga saksi memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, mereka tidak pernah meletakkan parang dalam kenderaan dipandu Aminulrasyid Hamzah, remaja berusia 15 tahun yang maut dalam kejadian tembakan, di Seksyen 11, di sini, akhir April lalu.

Kakaknya, Tuty Shaninza Anom Hamzah; suaminya, Muzafar Mahali, 36, dan bapa mentua wanita itu, Mahali Ramlan, 69, ketika memberi keterangan memberitahu tidak melihat senjata itu dalam Proton Iswara dengan nombor pendaftaran BET 2039. Tuty, 36, saksi pendakwaan ke-20 sebaliknya berkata, pada malam kejadian, dia hanya meletakkan barangan seperti bantal, anak patung dan sampel langsir dan cadar untuk pelanggannya dalam kereta itu. “Saya tidak pernah lihat parang ini. Ia bukan milik saya. Saya tidak tahu milik siapa,”

katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes polis berpangkat koperal yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid. Jenain Subi, 48, didakwa menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga itu jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.

Harian Metro

Benda macam ni selalu juga dikatakan orang. Biasalah kalau takde bukti, polis akan buat bukti sendiri. Benda macam ni tak mustahil. Polis Malaysia sepatutnya bersyukur mereka tidak diburu dan dibunuh sepertimana polis Mexico.

Disana, polis hanya jadi sasaran menembak. Tapi disini polis masih lagi dihormati. Jadi jangan hilangkan kepercayaan orang ramai terhadap polis.

Proton Bakal Mengeluarkan Kereta Selepas Inspira?






Proton dikatakan bakal mengeluarkan sebuah lagi kenderaan selepas Inspira? Adakah ianya benar? Nantikan jawapannya selepas ini.

Thursday, October 21, 2010

Petaka Menimpa



Baru sebentar tadi aku dapat masalah. Takler besar mana tapi boleh buat parah jugalah. Aku sekarang bawa kancil. Proton type R aku kakak aku pakai. Kancil ni masalahnya meter minyak dia tak boleh pakai. Asyik down je.

Tengah sedap sedap nak masuk simpang ofis aku, kancil tu tiba tiba mati. Mulanya dia tersangkut sangkut. Akhirnya mati terus. Nasib baik aku sempat tarik ke tepi jalan. Sakit betul hati eeeee. Nak matipun biau ler depan ofis aku dulu.

Nasib baik member ada. Call dia datang tolong beli minyak jap. Dia sampai bawa minyak dalam botol. Isi pakai minyak tu dulu. Enjin dah boleh start terus pecut pergi station minyak. Duit dah ler takde. Kena pulak isi minyak. Parah macam ni. Tak pernah lagi aku kena macam ni. Malupun ada huhuhu.

Bila Hati Dikuasai Kejahatan



Sejak akhir akhir ni emosi aku dah tak stabil semula. Banyak benda remeh seolah olah besar sangat pada aku. Dengan gaji yang lambat, duit dalam bank dah makin kering, cuaca panas melampau dah start buat aku rasa tertekan.

Kebelakangan ni banyak entry aku pun berbau kebencian. Dan memang sekarang aku rasa kebencian yang amat sangat didalam diri ni. Tengok orang aku benci, tengok nasi aku benci, tengok eeeeeeeeeeeeeeee sial *&%^#*((^$%#%&^&!!!!!

  1. Kegelisahan (Neurosis)
    Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.

  2. Penyakit kepiluan (Depression)
    Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).


    Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.

  3. Psikosis
    Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

Bila aku baca benda ni, semakin tertekan aku rasa. Seolah olah ada suatu "dark force" yang cuba mengawal pemikiran aku. Sakit sakit sakit.....

Budak Kaki Kencing


Gambar tunjuk baik je

KUANTAN 20 Okt. – Misteri kehilangan seorang bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim, 20, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Kemaman, Terengganu.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini pada 13 Oktober yang lalu.

Sampai Bukit bintang dressing terus tukar fuyooo

Pada hari itu, Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar ke bandar bersama tunangnya yang berusia 24 tahun dan kemudian hilang selepas ditinggalkan bersendirian.

Sebelum menghilangkan diri, dia sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tunangnya yang kononnya menyatakan dia diikuti oleh orang tidak dikenali.

Mohd. Jasmani berkata, hasil soal siasat awal, Rozaliya menyatakan dia secara sukarela telah pergi ke Kuala Lumpur pada hari dilaporkan hilang secara bersendirian.

Ditanya sama ada akan meneruskan perkahwinan anaknya dengan Mohd. Hilmi, dia berkata, keputusan itu diserahkan kepada anaknya.

“Kalau dia tidak mahu lagi mengadakan perkahwinan ini, kita akan putuskan pertunangan tersebut. Memang sebelum ini, dia ada berkata yang perangai tunangnya itu agak berubah sejak akhir-akhir ini.

“Dia juga kata sudah tawar hati terhadap tunangnya, namun kami hanya mendiamkan diri kerana sayangkan pertunangan tersebut yang sudah berusia setahun. Selepas ini, kami akan mengikut kemahuannya agar kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Ntah apa apa budak ni. Menyusahkan orang saja. Elok kena lempang je laju laju. Dari Kuantan lari ke Bukit Bintang tu. Hebat tu. Mesti kaki enjoy budak ni.

Tu ler sape suh ko tunang. Macam bagus je tunang awal awal. Baru tunang dah kecoh. Belom kawin lagi. Kalau dah kawin agaknya lari ke mana ler pulak. Umur baru 20 dah mengatal nak bertunang. Bangang tak habis habis budak melayu sekarang ni.

Wednesday, October 20, 2010

Berlakon Watak Alim Tapi Murtad



Artis cantik yang pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Hahaha inilah peliknya Indon. Berlakon punyalah alim. Last last murtad. Bala Allah s.w.t dah turun banyak keatas Indonesia tapi orang Indon ni masih tak sedar lagi. jangan sampai tenggelam Indonesia sudah ler nanti.

Bentong Kali The Legend

Mudah saja untuk dia membunuh seseorang. Apabila lelaki itu berang, dia sekadar menarik pistolnya dan menembak sesiapa saja yang mencetuskan kemarahannya tanpa memikirkan impak perbuatan berkenaan. Semudah itu saja, dia tidak kisah atau pernah takut memikirkan perbuatannya memiliki senjata api atau menembak seseorang boleh menyebabkan dia dihukum gantung sampai mati.

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiada undang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunya termasuk membunuh seseorang. Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar Bentong Kali menjadi antara penjenayah paling berbahaya dan diburu polis pada dekad 1990-an selepas Wong Swee Chin atau Botak Chin pada 1970-an.

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Selain rekod pembunuhan itu, Bentong Kali turut disyaki dalam banyak lagi kes jenayah termasuk mencederakan polis. Bentong Kali meninggalkan jejak jenayahnya menerusi kelongsong peluru jenis 9mm daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya sebelum itu.

Penjenayah itu mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. Tiada lagi alam persekolahan seperti remaja lain, Kalimuthu menyertai kumpulan kongsi gelap Cina 04 dan mula mengenali dunia jenayah. Atas kesalahan tertentu, dia ditahan dan kemudian dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu.

Dipenjara pada usia muda tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang-undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut,Sungei Way dan Ampang. Dia ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada1987 bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang.

Dunia jenayah bagaikan matlamat kehidupannya. Peluang kedua untuk mengubah hidup mengikut undang-undang diabaikannya apabila lelaki itu kembali menyertai dunia jenayah. Bagaimanapun, kali ini dia tidak lagi menyertai kumpulan jenayah sedia ada sebaliknya menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Antara kegiatan kumpulan 04 yang ditubuhkannya ialah aktif mengedar dadah dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya.

Untuk kali kedua, dia dikenakan sekatan kediaman terhad di Gopeng,Perak, selama dua tahun. Kalimuthu kemudian menghilangkan diri padaNovember 1984. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Ops Buncit disertai 200 pegawai dan anggota polis termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor digerakan secara besar-besaran membuktikan polis serius untuk memburu Bentong Kali hingga ke lubang cacing.

Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Bentong Kali juga dikatakan memiliki banyak tatu dilukis pada badan dantangannya seperti tanda palang dan ungkapan Born To Die.Pada tangan kanannya terdapat gambar kepala harimau manakala di tangan kirinya terukir gambar perempuan bogel, ular dan helang. Tatu dibahagian belakang badannya pula dilukis gambar helang dan kedua-dua pahanya ada gambar perempuan bogel. Kalimuthu turut memiliki parut kesan pembedahan di perut.

Dalam gerakan memburu penjenayah itu, poster dikehendaki polis yang antara lain memaparkan wajah Bentong Kali dan kegiatan jenayahnya mula ditampal di tempat awam. Dengan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah ganas itu, kes buruan polis itu terus menjadi berita hangat. Poster itu turut diedarkan di kawasan sempadan bagi membolehkan orangramai mengesan kehadirannya dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi mengelak Kalimuthu bolos ke negara jiran.

Polis terus melancarkan gerakan memburu Kalimuthu selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Serbuan demi serbuan dijalankan untuk menjejak penjenayah itu antaranya di lokasi yang menjadi tumpuan jenayahnya iaitu sekitar Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama, Brickfields, Taman Melawati, Ampang, Balakong, Kajang, Raub dan Bentong. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama.

Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, KualaLumpur pada 29 Jun 1993. Subuh menjelang apabila sepasukan anggota elit polis dari Unit TindakanKhas (UTK) Bukit Aman, mengambil posisi dan mengepung kawasan perumahanitu. Turut menyertai operasi adalah unit pemusnah bom. Situasi genting itu kemudian bertukar menjadi drama tembak-menembak.Bentong Kali bersama dua pengikutnya melepaskan dua das tembakan kepada polis yang mengepung kawasan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua tembakan penjenayah itu tidak mengenai atau mencederakan anggota polis. Menyedari tindakan agresif penjenayah itu dan cubaan mereka untuk melarikan diri, polis mengambil tindakan pantas dengan membalas tembakan. Tembakan balas sekitar jam 6.30 pagi menyebabkan ketiga-tiga penjenayah terbabit terbunuh dengan satu das tembakan di kepala menamatkan riwayat P Kalimuthu. Kejayaan itu menamatkan episod das-das tembakan daripada penjenayah terbabit sepanjang era keganasannya yang membunuh kira-kira 16 mangsa.

Sumber: Mforum

Bentong Kali dulu antara penjenayah ganas yang pernah wujud di Malaysia. Dia berasal dari tempat aku, Bentong. Antara kes yang menjadi ingatan kekal adalah dia pernah tembak seorang lelaki yang menegurnya kencing ditepi rumah. Selain itu dia juga pernah menembak mati 4 orang semasa di majlis keraian.

Baginya membunuh itu adalah perkara biasa. Dia anggap polis adalah sasaran latihan menembak. Selepas kematiannya, tiada lagi penjenayah seberani dia. Penjenayah sekarang hanya berani terhadap mangsa. Tapi kecut dengan polis.

Kalau betul betul berani, berperanglah dengan polis. Ataupun bertindak ganas dengan sebenar benar ganas. Barulah layak dipanggil penjenayah sejati. Barulah nama akan sentiasa dikenang dan duduk sebaris dengan Botak Chin, Mona Fendi, Mat Komando, Geng m16, Mail Kerbau dan lain lain.

Setakat ini, penjenayah hebat yang masih bebas adalah Raja Laut ataupun Tan Kuan Seah. Hanya dia saja kes masih belum selesai. Tapi aku rasa dia inipun dah mati sebab sakit tua. Maklumlah kes dia bermula sejak tahun 1960 an lagi. Last sekalipun sebut kes ni tahun 1978. Lepas tu terus senyap.

Nanti aku post entry pasal prebet Adam. Kes dia ni ada kaitan dengan sultan zalim juga dulu.

Kenali Penyakit Buah Pinggang

MENGENAL GINJAL DAN PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL

Apa dia Ginjal ?

Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah tulagn belakang bawah sedikit kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :-

1) membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah

2) menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain

3) menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang

Apakah yang akan terjadi apabila Ginjal musnah ?

Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’

Apakah penyakit-penyakit ginjal ?

Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat. Penyakit ginjal termasuk :-

  1. infeksi saluran kencing
  2. saluran kencing tersenkat, misalnya batu dalan ginjal, cysts dan lain-lain
  3. tekanan darah tinggi (hypertension)
  4. Glomerulonephritis
  5. Nephrosis
  6. Lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.

Tanda- tanda amaran penyakit ginjal

  1. kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
  2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
  3. mengeluarkan kencing berdarah
  4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
  5. kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
  6. tekanan darah tinggi.

Jika terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.

MENGENAI BATU KARANG (BUAH PINGGANG) DALAM GINJAL

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diigati bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH

Kencing Berdarah

Samaada sakit atau tidak

Samaada kencing berdarah itu pekat atau tidak

Samaada kencing berdarah itu berlaku sekejap-sekejap atau berterusan semasa kencing

Samaada kencing berdarah itu mempunyai darah beku atau tidak

Samaada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya ataupun sudah beberapa kali. Adalah penting perkara ini disiasat.

Jangan biarkan ianya berulang, barulah hendak berjumpa doktor

Apakah perkara ini serius ?

Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius didalam buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah mustahak ujian-ujian dan pemeriksaan dilakukan secepat mungkin. Disebaliknya pula, ia mungkin satu jenis jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik sahaja.

Apakah yang doktor anda akan lakukan ?

Mula-mula ia akan bertanya anda samaada terdapat gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing. Selepas itu ia akan melakukan satu pemeriksaan fizikal yang sempurna. Satu contoh air kencing akan diperiksa dan ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan perubahan-perubahan yang terdapat pada contoh air kencing itu.

Apa yang berlaku selepas ini ?

Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah mengambil Xray buah pinggang dan pundi-pundi kencing anda. Ujian ini dikenali sebagai Intravenous Pyelogram atau Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang pendarahan berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu pemeriksaan Cystoscopy perlu diadakan. Ini dilakukan dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke dalam pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius menggunakan gas. Sekiranya doktor anda mengesyaki ada pendarahan berlaku dalam unit-unit penapisan microscopic buah pinggang, sedikit ‘tisu’ buah pinggang adalah perlu diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy) untuk menentukan diagnosa keadaan ini.

Sila ambil Perhatian:

Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala nasihat-nasihatnya.

INFEKSI SALURAN KENCING

Infeksi saluran kencing

Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ‘infeksi’ pundi-pundi (cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal (pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)

Tanda-tanda amaran penyakit infeksi saluran kencing

Kanak-kanak yang kencing di masa dalam tidur

Buang air kencing dengan kerap

Sakit dan rasa pedih ketika buang air kencing

Demam dan rasa seram sejuk

Sakit atau lenguh di belakang dibawah tulang rusuk

Apabila ragu-ragu minta nasihat doktor

Fakta-fakta berkaitan dengan infeksi saluran kencing

Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda- dari kanak-kanak lelaki

Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal)

Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa jarang sekali membawa kerosakan ginjal.

Pengubatan infeksi saluran kencing

Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan. Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak normal.

TEKANAN DARAH TINGGI DAN (BUAH PINGGANG) GINJAL ANDA

Tekanan darah tinggi dan ginjal anda

Tekanan darah tinggi atau ‘Hypertension’ menyerang 10-20% penduduk. Sesiapa pun boleh mendapat tekanan darah tinggi akan tetapi fakta risiko yang tinggi ialah berat badan berlebihan, keturunan, merokok, ketegangan hidup (stress) dan juga umur melebihi 50 tahun. Tekanan darah tinggi dan ginjal juga mempunyai hubungan yang arkab kerana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah ginjal dan masalah ginjal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi

Banyak penyakit-penyakit lain misalnya kencing manis juga menyebabkan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, dalam 90% kes, tidak ada sebab dikenal pasti dan orang-orang ini dikira mempunyai tekanan darah tinggi tanpa sebab ( "primary" atau "Essential" Hypertension ).

Apakah tanda-tanda tekanan darah tinggi ?

Tekanan darah tinggi ialah penyakit tersembunyi. Biasanya tidak terdapat tanda-tanda. Jarang-jarang, setengah dari mereka yang mengidapnya merungut mengenai sakit kepala, hidung berdarah atau sesak nafas. Hanya satu cara untuk ada mengetahui samada tekanan darah anda melebihi ialah dengan mendapatkan doktor memeriksa tekanan darah anda

Kenapakan takanan darah tinggi begitu bahaya ?

Jika tekanan darah tinggi dibiarkan tanpa dikawal, ianya boleh merosakkan organ-organ penting seperti jantung, otak dan ginjal. Ia menyerang jantung dengan menyebabkan sakit jantung dan lemah jantung. Tekanan darah tinggi adalah sebab utama membawa kepada penyakit lumpuh sebelah badan atau ‘stroke’.

Syarikat-syarikat insuran telah membuat penyelidikan mengenai hubungan tekanan darah tinggi dan jangka usia. Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa tekanan darah tinggi juga boleh memendekkan umur anda beberapa tahun.

Apakah kesan yang diberikan oleh ‘Hypertension’ terhadap ginjal ?

Tekanan darah tinggi di dalam saluran darah dalam ginjal menyebabkan ianya mengental dan keras. Ini mengurangkan bekalan darah kepada ginjal, mengakibatkan kekurangan kecekapannya. Ini akan membawa kepada keadaan dimana garam dan cecair berlebihan di dalam badan. Cecair berlebihan ini menjadikan satu beban kepada jantung.

Jika tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan pengubatan, kerosakan dan akhirnya kemusnahan ginjal akan berlaku

Apakah yang dapat saya buat mengenai tekanan darah tinggi ?

Mula-mula, minta doktor memeriksa tekanan darah anda. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor anda akan memberikan jenis ubat yang sewajarnya. Kadang-kadang beberapa jenis ubat diperlukan bagi mengawal tekanan darah anda. Adalah sangat penting bagi anda memakan ubat sepertimana yang disuruh. Dalam banyak kes anda dikehendaki memakan ubat sepanjang hayat.

Apakah doktor akan menyuruh saya membuat yang lain-lain lagi ?

Mungkin anda terpaksa menerima perubahan di dalam cara hidup anda. Doktor mungkin mencadangkan supaya anda mengurangkan berat badan, kurangkan memakan garam, kurangkan ketegangan, berhenti merokok dan bersenam selalu.

Anda dan doktor anda perlu bekerjasama untuk mengawal tekanan darah anda ?

Ingat : kebanyakan jenis tekanan darah tinggi boleh diubati dengan jayanya. Pengesahan awal dan patuh kepada pengubatan jangka panjang adalah kunci kepada hidup sihat dan panjang umur dengan mengelakkan kemusnahan ginjal, lemah jantung dan ‘stroke’.

ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG

  1. sakit atau susah bila kencing
  2. kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
  3. kencing yang bercampur dengan darah
  4. bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada kanak-kanak
  5. sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang)
  6. tekanan darah tinggi

Tuesday, October 19, 2010

Intan Yusniza Dalam Kenangan



MENTARI pagi sudah lama muncul dan menyinari kawasan perumahan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Isnin, 24 Jun 1991.

Beberapa penduduk yang melalui berhampiran kedai runcit yang diusahakan Hanizah Ismail, 56, berasa hairan tatkala melihat premis itu masih belum dibuka walaupun jam sudah menunjukkan kira-kira 8 pagi.

Aneh, seolah-olah kedai runcit yang pegun itu tidak akan dibuka terus pada hari itu; tidak seperti hari-hari sebelumnya, Hanizah pasti sudah lama memulakan perniagaannya menjelang waktu berkenaan.

Jiran wanita terbabit mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu bergegas ke rumah Hanizah yang terletak berhampiran. Pintu rumah pengusaha kedai runcit itu diketuk dan nama wanita itu dipanggil berulang kali namun tiada sebarang jawapan diterima.

Bersama dua lagi jiran lain, mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah Hanizah melalui tingkap cermin hadapan yang tidak berkunci.

Pandangan mereka segera menangkap sesusuk tubuh yang terbaring di ruang tamu bagaikan sedang tidur. Debaran mula mengasak dada tatkala mereka mula menyedari yang jasad itu adalah Hanizah malah tubuh wanita itu dihurungi semut.

Curiga mula membenih di benak minda masing-masing lalu sekali lagi mereka melaung memanggil nama wanita itu. Bagaimanapun, jasad Hanizah tetap tidak bergerak seolah-olah tidak lagi mendengar laungan lantang mereka.

Cemas melihat keadaan itu, jiran wanita terbabit segera meminta pertolongan seorang penduduk lelaki yang berada berhampiran. Lelaki itu menjenguk ke dalam dan mendapati jasad Hanizah sudah kaku dan diharungi semut. Akan tetapi, lebih mencemaskan apabila pandangannya segera menangkap keadaan tubuh wanita itu yang dalam berlumuran darah.

Tidak lama selepas itu, pintu rumah terbabit berjaya dibuka dan sepasukan polis mula masuk memenuhi ruang rumah terbabit bagi menjalankan siasatan.

Di samping jasad Hanizah, turut ditemui adalah mayat anak angkatnya berusia 12 tahun, Intan Yusniza Mohd Yusof. Kedua-dua beranak itu mati dibunuh di dalam rumah berkenaan dengan kepala kedua-dua mangsa berlumuran darah akibat cedera parah dihentak objek tertentu. Polis juga mendapati barang kemas dan wang tunai milik mangsa, hilang.

Mereka kemudian diberitahu yang Allahyarham Hanizah tinggal di situ bersama Intan Yusniza hampir empat tahun lalu iaitu selepas suami wanita terbabit yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan, meninggal dunia pada 1986.

Mayat Hanizah dan Intan Yusniza kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Damansara, kira-kira jam 10 malam, hari sama.

Demikianlah bermulanya kes pembunuhan yang menarik perhatian ramai pihak sekitar 1991 - Intan Yusniza, murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Salak Selatan yang juga pengacara tetap rancangan Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), mati dibunuh bersama ibu angkatnya.

Penganggur dituduh bunuh Intan, ibu angkat

PADA 12 Julai 1991 iaitu selepas 18 hari mayat Pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya ditemui, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Zainuzzaman Mohd Jasadi, 24, dihadapkan bagi tuduhan sementara - membunuh Intan dan ibu angkatnya, Haniza Ismail, 56, di rumah nombor 74, Blok 5, Rumah Panjang, Kampung Seri Budiman, Jalan Kuchai Lama antara jam 9.30 malam 22 Jun 1991 dan 7.42 pagi 24 Jun 1991.

Lelaki bertubuh kecil dan rendah dengan ketinggian kira-kira 1.63 meter itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang ditahan pada 1 Julai 1991, tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan diiringi anggota polis manakala tiada saudara-mara tertuduh yang hadir di mahkamah.

Seterusnya perjalanan kes perbicaraan membabitkan lelaki itu terus mendapat liputan media dan menjadi tumpuan masyarakat yang ingin mengetahui sama ada benar lelaki itu bersalah serta apa sebenarnya yang berlaku pada malam pembunuhan.

Mahkamah pada 28 Oktober diberitahu yang siasatan awal mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat kecederaan teruk di kepala sehingga berlakunya pendarahan otak, berikutan dipukul senjata tumpul.

Selain di kepala, kedua-dua beranak itu tidak mengalami kecederaan di bahagian lain tubuh mereka. Mangsa juga dipercayai meninggal dunia, dua atau tiga hari sebelum mayat mereka dijumpai.

Turut dimaklumkan kepada mahkamah adalah bedah siasat ke atas Haniza yang berlumuran darah pada sebelah kiri tubuhnya, menemui lima koyakan dan dua lebam akibat dipukul di bahagian telinga kiri. Kepalanya pula retak di tiga bahagian akibat gegaran di sebelah kanan.

Bedah siasat mayat Intan pula merekodkan beberapa lebam di kepala dan leher selain pendarahan di luar kulitnya. Ada tidak kurang daripada empat lebam dan beberapa calar di muka dan leher Intan selain lima luka di sebelah kiri kepala dan telinganya.

Tengkorak Intan pula berkecai di beberapa tempat dan otaknya mengalami pendarahan secara menyeluruh berikutan dipukul benda tumpul. Kesan lebam turut dikesan pada paha dan tepi kemaluan Intan tetapi ujian sperma ke atas kedua-dua mayat itu adalah negatif.

Sidang mahkamah 29 Oktober 1991 diberitahu saksi pendakwa yang tertuduh mengaku kepada polis yang dia membunuh kedua-dua beranak itu. Pengakuan itu dibuat di Balai Polis Brickfields ketika disoal siasat kira-kira jam 12.30 tengah hari, 2 Julai 1991.

Tertuduh juga dikatakan bersetuju menunjukkan tempat beliau menyembunyikan senjata yang digunakan dalam kejadian itu lalu membawa polis ke rumahnya di Jalan Kuchai Lama.

Tertuduh kemudian membawa polis ke sebuah bilik belakang rumah itu lalu menunjukkan sebatang besi paip di bawah almari serta sehelai baju T biru yang dipakai ketika dia melakukan pembunuhan itu.

Penganggur dihukum gantung sampai mati

Pada 17 Ogos 1992, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya mendapati tertuduh bersalah membunuh Intan Yusniza lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim membuat keputusan itu selepas enam daripada tujuh juri yang bersidang selama tiga jam, bersetuju tertuduh bersalah terhadap tuduhan membunuh Intan.

Tanpa seorangpun ahli keluarganya yang hadir ke mahkamah, tertuduh kelihatan tenang ketika hakim membaca hukuman terhadapnya.

Selepas keputusan dibaca, hakim bertanya kepadanya sama ada tertuduh ingin berkata apa-apa tetapi dia hanya mampu berdiam diri. Zainuzzaman kelihatan bersalaman dengan peguambelanya sebelum dibawa ke lokap.

Ketika menggulung hujah, hakim berkata, tertuduh dikaitkan dengan Intan kerana adanya seutas rantai bersama loket yang berbentuk perkataan Intan

Tertuduh juga memberitahu mahkamah pada 23 Jun 1991, dia masuk ke rumah Intan kira-kira jam dua pagi melalui lubang angin di ruang dapur untuk mencuri.

Keputusan gantung sampai mati itu menyebabkan tertuduh membuat rayuan tetapi Mahkamah Persekutuan pada 29 September 1997 menolak rayuan itu sekali gus mengekalkan hukuman mati terhadapnya.

Dengan penolakan rayuan itu, Zainuzzaman diiring pegawai penjara ke suatu lokasi di Penjara Kajang pada 5 Oktober 2001. Kemudian kepalanya ditutupi kain dan lehernya dililit tali gantung.

Ketika gear ditarik, lantai di bawah kakinya terbuka dan jasadnya menjunam ke bawah. Lehernya dijerut tali gantung dan pada hari itu, berakhirnya satu daripada kisah pembunuhan yang pernah menarik tumpuan rakyat negara ini - selebriti Kelab Kanak-kanak Angkasapuri yang juga gadis sunti berusia 12 tahun, dibunuh seorang penganggur.

Cerita ini sebenarnya sudah lama. Sudah 19 tahun rasanya. Ketika ini aku berumur 7 tahun. Tak tahu apa sangat tapi rancangan Kelab Kanak kanak Angkasapuri dulu memang menjadi tontonan aku dahulu. Maklumlah zaman sebelum ada astro. RTM dan TV3 sahaja yang ada. Al fatihah untuk arwah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...