Raz Diary

"Kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri. Biar kami mati di sini. Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami" - Sarjan Jamil (Peristiwa Bukit Kepong)

 
NOTIS
Blog ini lebih menarik dilihat pada IE 6 keatas pada resolusi 1024 x 768.
MESEJ RAKAN
[ Sekadar Bacaan / Catatan Seorang Pengembara ]
Get a free Guestbook
Free Web Counter
Free Web Counter
All Malaysian Bloggers Project
LINK
Downloads
Technology News
Templates
Web Hosting
Articles
Games
Blogger
Google



IKLAN


All Malaysian Bloggers Project Free online advertising

Read more!
Cradle Of Filth
Sunday, September 07, 2008
posted by alan @ 10:40 PM   1 comments

Read more!
Jum Shopping







Hari ini aku kuar jejalan jap. Sambil tu sempat shopping sikit. Sikit je tak banyak.

Dalam masa keluar merayap aku jumpa lak kawan kawan lama. Bermacam kisah silam diceritakan semula. Masing masing dah ada kerjaya sendiri. Cuma aku je yang masih mencari hala tuju hidup ni. Dan tadi aku cuma beli dua helai t shirt je. Lagipun memang trend aku beli time nak raya. Lepas ni tak beli dah setahun sampai raya tahun depan.

Minggu depan aku nak beli seluar dengan kasut lak. Sape nak belanja aku shopping leh ikut aku tau ^^"


posted by alan @ 8:05 PM   0 comments

Read more!
New Blog
Saturday, September 06, 2008
Baru tadi aku dapat aktifkan semula semula blog aku yang dah lama terperap. Bukan apa cuma aku lupa passwordnya saja.

Mulai hari ini semua berita, pandangan dan komen aku tentang politik negara akan dipost pada http://diary-of-heavens.blogspot.com
posted by alan @ 4:05 PM   1 comments

Read more!
Award Pertamaku
Award Dari Cik Ien

Ni adalah first time aku dapat award dari kengkawan blog setelah 5 tahun aku bergelumang dengan dunia blog. Hadiah yang bermakna dibulan Ramadhan Al Mubarak ini huhuhu..Terharupun ada huhuhu..Thanks Cik Ien ^^"
posted by alan @ 1:39 PM   1 comments

Read more!
Sengal Sengal Ubi Part 2
Friday, September 05, 2008


summary here

Type rest of the post here
posted by alan @ 12:39 AM   3 comments

Read more!
Sengal Sengal Ubi
Tetiba hari ini aku rasa cam semacam lak. Boleh dikatakan aku tidow je hari ni. Maybe disebabkan cuaca yang redum mata memandang membuatkan katil seolah olah memanggilku huhuhu

Dari hari pertama ramadhan, tetiba je aku rasa malas semacam. Rasa nak berherbinasi *betul ke ejaan aku ni* je sepanjang bulan ramadhan ni tapi aku pasrah aku bukanlah seekor beruang yang boleh tidow berbulan lamanya. Aku cuba nak aktifkan diri tapi tak tahulah kenapa aku still rasa kemalasan yang melampau.

Aku cuma aktif bila malam menjelang. Dah macam kelawar lak aku sekarang. Tapi aku tak adalah seperti seorang rakan aku yang boleh bermain game online sepanjang malam dan tidow sepanjang siang. Sesungguhnya aku tidak mampu berbuat demikian. Aku hanyalah insan yang lemah.
posted by alan @ 12:01 AM   2 comments

Read more!
Keistimewaan Ramadan
Tuesday, September 02, 2008
Kini bulan Ramadan yang mulia kembali menjenguk kita. Inilah musim di mana amal ibadah jika dilakukan dengan penuh kekhusyukan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Inilah juga musim di mana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja kerana Ramadan ialah bulan limpahan ganjaran pahala dan penuh dengan kebaikan.

Inilah bulan di mana Allah pernah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi, juga sebagai garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan.

Ramadan, awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungya adalah pelepasan dari azab api neraka.

Di dalam hadis Nabi s.a.w telah menyatakan kelebihan bulan ini, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila tibanya Ramadan maka terbukalah pintu-pintu syurga serta tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan di dalam hadis di atas dengan ‘pintu-pintu syurga dibuka’ pada bulan ini ialah kerana tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda sebagai galakan agar meningkatkan amalan.

‘Pintu-pintu neraka pula ditutup dan syaitan digari’ adalah kerana berkurangannya maksiat di kalangan orang yang beriman di bulan ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: Diberikan kepada umatku lima kelebihan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu, (iaitu) mulut orang yang berpuasa lebih harum baunya di sisi Allah daripada bau kasturi, para Malaikat memohon keampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa, setiap hari pula Allah sentiasa menghiasi syurga dan berfirman: Sedikit masa lagi hamba-hamba-Ku yang soleh akan terlepas dari mereka beban dan kesakitan dan mereka akan menuju ke dalammu (syurga), para syaitan pula digari dan mereka tidak mampu melakukan apa yang boleh mereka lakukan pada waktu lain, kemudian mereka semua (orang berpuasa) akan diampunkan sehingga ke akhir malam. Ditanya kepada baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah apakah ia malam Lailatulqadar? Jawab baginda, “Tidak, tetapi orang yang beramal akan diganjari jika laksanakan amalannya”. (riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

Berdasarkan hadis di atas antara keistimewaan yang diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah seperti berikut:

1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi. Perkataan khuluf bermaksud perubahan bau mulut apabila perut kosong. Baunya memang busuk pada orang ramai tetapi ia di sisi Allah sangat harum kerana ia adalah hasil dari melaksanakan ibadah kepada Allah.

Setiap perkara yang terhasil dari ibadah kepada Allah, ia adalah sangat disukai-Nya. Seperti orang yang mati syahid, ia dikebumikan dengan kesan darah, kerana pada hari Kiamat kelak darah itu akan mengalir dan baunya harum sebagai bukti kesyahidannya mempertahankan agama Allah.

2. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka hingga waktu berbuka puasa. Pastinya doa para malaikat akan diperkenankan Allah SWT kerana mereka tidak pernah berbuat maksiat malah mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah.

Mereka diberi tugas mendoakan kaum muslimin dari kalangan umat ini yang sedang berpuasa sebagai tanda keistimewaan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW.

3. Allah SWT menghiasi syurga-Nya setiap hari sebagai persiapan menyambut kehadiran orang yang berpuasa dan sebagai galakan agar mereka berusaha menambahkan amal ibadat di bulan ini.

Mereka juga akan dilepaskan daripada beban dan kesusahan di dunia seterusnya mudah melaksanakan segala macam ibadah.

4. Syaitan digari dengan rantai menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu orang-orang yang soleh. Ini merupakan bantuan Allah kepada mereka di mana Ia mengurung musuh umat manusia yang mengajak mereka ke lembah neraka.

Justeru ketika datangnya Ramadan akan timbullah keinginan beribadat yang tinggi.

5. Allah mengampuni orang yang berpuasa pada setiap hujung malam di bulan ini sekiranya mereka bangun mengerjakan ibadah, bertaubat dan bermunajat kepada-Nya serta melaksanakan ibadah puasa di siang hari dengan penuh kekhusyukan.

Demikianlah ganjaran dan keistimewaan yang menanti mereka yang benar-benar menghayati amal ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini. Mudah-mudah kita termasuk di kalangan golongan yang menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kegembiraan.

Inilah kelebihan yang dijanjikan kepada umat ini yang tiada pada umat yang terdahulu. Allah berfirman: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (ali-‘Imran: 110).

posted by alan @ 3:01 PM   2 comments

Read more!
Selamat Berpuasa
Monday, September 01, 2008
Selamat berpuasa kepada semua umat islam tak kira dimana anda berada.

Selamat berpuasa kepada semua umat islam tak kira dimana anda berada. Hampir keseluruhan umat islam didunia menyambut i ramadhan pada hari ini iaitu 1 september tetapi bagi masyarakat syiah mereka menyambutnya esok. *macam macam perangai orang syiah ni*

Aku juga menukar templet baru tapi bila aku tengok dia lebar semacam je huhuhu..Aku cuba juga coding sumary tu tapi link read more dia disebelah atas tajuk pula. Aku tak tahulah sama ada ia sememangnya letak disitu atau kesilapan teknikal. Bagaimanapun aku akan memeriksanya kembali..Have a nice day..
posted by alan @ 4:10 PM   0 comments

Read more!
test
Saje test

test
testtesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttest
testtesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttest
posted by alan @ 3:54 PM   0 comments

Read more!
Cerita Tentang Kau Dan Aku
Saturday, August 30, 2008
LYNN 2004


AINA 2004 - 2006


Shidah 2008



Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
ooooo

Labels: ,

posted by alan @ 2:55 AM   0 comments

Read more!
Hakikat Sebuah Cinta

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta
posted by alan @ 1:24 AM   1 comments

Read more!
Berakhirnya Sebuah Percintaan
Hari ini 29.8.2008 telah berakhirnya hubunganku bersamanya. Dia yang meminta hubungan kami diputuskan dengan alasan kami berjauhan. Ini adalah kali ketiga kisah cintaku berakhir dengan ending yang menyedihkan.

Akupun dah tak boleh nak pujuk so terimalah kehendaknya walaupun hatiku masih sayang padanya. Hati orang bukannya boleh kita paksa. Kalau dah ini keputusannya, aku terima dengan redha. Aku cuma nak dia bahagia...

posted by alan @ 12:57 AM   1 comments

Read more!
Pening kepala aku
Thursday, August 28, 2008
Tadi aku try wat expandable post summery. Tapi aku tak paham sgt code tuh. Puas aku try and error tapi last last aku surender gak malam ni. Aku dapat coding tu dari muncet.com.

Aku tengok sekarang ramai yang wat camtu. So aku tengok cam best lak benda ni. Sebab dia leh wat blog kita nampak kemas. Taklah berserabut dengan karangan yang berjela jela. Aku da pening kepala sekarang. Esok aku try lagi huhuhu...
posted by alan @ 9:21 PM   5 comments

Read more!
AIZAT - HANYA KAU YANG MAMPU
posted by alan @ 8:14 PM   1 comments
About Me

Name: alan
Home: Bentong Town, Pahang, Malaysia
About Me: Cuma seorang manusia yang ketandusan idea, pengalaman dan harta namun dengan semangat juang yang masih ada dan juga rahmat dariNya, aku masih mampu bernafas di atas bumi tuhan yang indah ini. Semoga hidup ini sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan keampunan dariNya. Raz Diary adalah catatan peribadi penulis dan segala yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawap penulis. Apa yang tersiar adalah cetusan hati penulis dan juga dari sumber luar.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2006 Raz Diary .Blogspot Template by Isnaini Dot Com