tag:blogger.com,1999:blog-86989322024-03-08T05:18:50.420+08:00Kisah Klasik Untuk Masa DepanAlanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.comBlogger1707125tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-59911505951182493692017-05-01T12:35:00.001+08:002017-05-01T12:35:03.949+08:00PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017 #PBAKL2017
Semalam aku berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC. Tahun lepas tak pergi sebab dia buat jauh ya amat. Tahun ini dia kembali ke tempat asal.
Macam biasa ramai yang datang. Sehingga ada sesetengah booth tu korang nak masuk pun tak boleh. Terlalu ramai dan padat macam sardin. Tetapi sebenarnya bagi jenama penerbitan yang besar, mereka ada booth lain di setiap tingkat. Tetapi entahlah orang lebih suka tumpu ke booth utama. Macam aku yang hanya nak cari buku, akan pergi ke booth yang kurang orang. Senang untuk memilih buku.
Ada berjuta rasanya buku yang boleh dibeli. Bergantung kepada minat, keperluan dan kedalaman poket seseorang. Macam aku, aku sekarang banyak membaca buku buku bersifat akedemik dan jurnal. Jadi semalam aku banyak menghabiskan masa di booth buku terbitan IPTA, DBP, ITBM dan booth booth kecil yang turut menjual buku sebegitu.
Tahun ni aku membeli sebuah saja buku berbahasa Inggeris iaitu The Battle Of Singapore. Boleh tahan tebal dia. Aku rasa mungkin ambil masa seminggu untuk dihadam. Dan tiga buku bahasa Melayu iaitu Biografi Leftenan Adnan, Mantera Melayu Analisa Pemikiran dan Teknologi Kesultanan Melaka. Ada sebuah buku, Hikayat Siak yang aku nak beli tapi tak jumpa.
Kalau korang ada masa, aku cadangkan korang pergilah ke PWTC sekarang. Ada banyak buku yang boleh korang pilih dengan harga yang berpatutan. Sebenarnya budaya membaca dalam masyarakat semakin subur namun jenis jenis buku yang mereka baca, mungkin tidak menepati saranan kerajaan yang mahu membentuk masyarakat intelek. Tetapi sekurang kurang mereka minat membaca, itupun sudah cukup baik. Kalau langsung malas membaca, lagi haru negara jadinya.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-78935153826704611112017-04-28T02:39:00.003+08:002017-04-28T02:39:42.132+08:00Setelah Sekian Lama, Mungkinkah Aku Kembali...Sudah terlalu lama aku tak mengemaskini blog ni. Kali terakhir aku kemaskini, adalah pada januari 2016.
Aku lihat ramai blogger yang aku ikuti dahulu sudah tidak lagi aktif. Mungkin sudah meninggal dunia pun ada.
Aku rasa macam nak kembali menulis seperti dahulu tetapi bergantunglah kepada mood. Gaya penulisan aku dah kaku, blogger ini pun aku kena belajar semula. Dah banyak ciri ciri baru yang aku tak faham.
Blog ini juga perlu dikemaskini templat dan header. Banyak link yang perlu dibuang. Kandungan yang lepas pun kena semak semula. Ada video, gambar dan link yang sudah hilang. Banyak kenangan lama yang bila aku baca dalam ni, terasa macam ianya baru sahaja berlalu.
Harap semuanya dipermudahkan...
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-74508523553182907782016-01-17T12:17:00.000+08:002016-01-17T12:17:39.623+08:00HANG TUAH MENINGGAL DI PALEMBANG ?
KEHEBATAN Hang Tuah atau Tun Tuah sebagai seorang pahlawan ketika zamannya menyebabkan dia diangkat sebagai laksamana istana pada usia remaja. Setelah berguru bersama empat sahabat rapatnya, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu di Gunung Tundok berdekatan Gunung Ledang, mereka pulang ke Kampung Duyong.
Kelima-lima mereka dikatakan berguru dengan seorang lelaki bernama Seri Petala Adi Putera. Nama Hang Tuah mula disebut-sebut sehingga ke dalam istana ekoran peristiwa dia menyelamatkan Bendahara Tun Perak daripada amukan seorang lelaki berketurunan Jawa.
Setelah diangkat sebagai laksamana, wujud perasaan iri hati dalam kalangan pemuda Melaka terhadap kehebatan Tuah. Sejak dari itu, hidup Tuah dikatakan tidak asing dari asakan fitnah yang datang satu per satu sehingga membawa kepada peristiwa dia dihukum bunuh oleh sultan yang memerintah ketika itu.
Namun, menurut Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Khalid Hussin, Hang Tuah pada akhir zaman sebelum kejatuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka telah membawa diri ke Palembang, Indonesia kerana merajuk dengan Sultan Mahmud.
“Oleh kerana itu, kita percaya bahawa makam Hang Tuah berada di Palembang. Menerusi apa yang ditulis oleh sepupu Hang Tuah, Tun Kola dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah Duyong, laksamana Melayu terbilang itu terkesan dengan sikap dan perbuatan Sultan Mahmud yang banyak melakukan perkara tidak betul pada masa itu,” katanya kepada S2 baru-baru ini.
Katanya, tindakan Hang Tuah yang membawa diri ke Palembang itu juga merupakan kesan daripada fitnah-fitnah yang dilontarkan kepadanya dan sikap sultan yang lebih mempercayai orang luar daripada mendengar pandangan panglima istananya sendiri.
Malah, Hang Tuah sebenarnya dikatakan merupakan bapa mentua kepada Sultan Mahmud apabila baginda berkahwin dengan seorang anak Hang Tuah, Tun Sabariah. Maka, apabila Sultan Mahmud lebih mengutamakan pandangan orang luar yang banyak mempunyai agenda tersirat, Hang Tuah berkecil hati.
Lalu, beberapa tahun sebelum kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511, Hang Tuah membawa diri ke Palembang dan menetap bersama saudaranya, Tun Alam sehingga dia meninggal dunia di sana.
Ironinya, Khalid berkata, semasa Hang Tuah menjadi panglima perang istana, Melaka beberapa kali berjaya menewaskan serangan Portugis yang begitu mendambakan Melaka sehingga penjajah itu merasa gerun dengan kehebatan laksamana Melayu itu.
Manuskrip itu, katanya, ada menyebut ibu bapa Hang Tuah iaitu Tun Mahmud dan Tun Lela Wati dan beberapa pengikutnya belayar meninggalkan Palembang untuk mencari tanah baharu. Apabila mereka tiba di Pulau Besar, bapa kepada Tun Lela meninggal dunia dan dimakamkan di pulau itu.
“Tun Mahmud menamakan kawasan yang dimudik di kuala sungai sebagai Kampung Duyong. Inilah kampung yang wujud pada hari ini. Tidak lama selepas itu, Hang Tuah dilahirkan di situ.
“Hang Tuah berasal dari kampung ini. Dakwaan mengatakan Hang Tuah berasal dari Tanah Besar China tidak benar. Sebenarnya, Hang itu adalah gelaran bagi pahlawan Melaka. Ia bukanlah nama berketurunan Cina ataupun sebagainya seperti yang diandaikan banyak pihak,” katanya.
Katanya, berdasarkan apa yang tertulis di dalam manuskrip itu, maka logik dikatakan dakwaan makam Hang Tuah di Palembang itu mempunyai asas yang lebih meyakinkan bahawa pahlawan itu meninggal dunia di Palembang. Pendek kata, kewujudan Hang Tuah bukan satu mitos.
“Masyarakat di Palembang begitu mengagumi Hang Tuah. Mereka tahu kisah pahlawan Melayu ini. Malah mereka yakin Hang Tuah wujud berdasarkan bukti yang ada di sana. Jadi, bagaimana pula wujud dakwaan bahawa Hang Tuah ini mitos atau tidak wujud? Itu sesuatu yang menyedihkan,” katanya.
Menyentuh mengenai kewujudan Hang Tuah, ujar Khalid, Hang Tuah merupakan simbol kekuatan orang Melayu sejak sekian lama. Dia merupakan figura yang menguatkan lagi semangat orang Melayu. Sewajarnya sejarah mengenai Hang Tuah diperkukuhkan dengan membangkitkan fakta logik mengenai kewujudannya.
Bagi persatuan itu katanya, mereka tampil dengan fakta dan bukti yang menunjukkan Hang Tuah merupakan seorang insan yang pernah dilahirkan di bumi Melaka. Fakta sejarah yang dinukil sendiri oleh saudara Hang Tuah, Tun Kola di Kampung Duyong.
Katanya, jika hendak disangkal, masakan kerajaan negeri mengangkat Kampung Duyong sebagai perkampungan Hang Tuah yang telah wujud selama 600 tahun.
Malah, terdapat bukti fizikal seperti Masjid Laksamana Hang Tuah, Perigi Hang Tuah, beratus-ratus kubur purba dan Sungai Duyong yang menjadi penghubung penduduk kampung itu dan seluruh Melaka.
Tambah Khalid, sesiapa yang mahu mengetahui kisah lengkap mengenai Hang Tuah dialu-alukan datang dan berjumpa dengannya mahupun ahli persatuan tersebut yang rata-rata terdiri daripada keturunan dan susur galur Hang Tuah di Kampung Duyong.
“Walaupun manuskrip asli Hikayat Hang Tuah Duyong yang dikarang Tun Kola itu kini disimpan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, namun persatuan ini mempunyai salinannya. Malah, ahli keluarga kami sempat menterjemahkan tulisan jawi kuno itu ke dalam tulisan rumi untuk difahami orang ramai mengenai kisah Hang Tuah,” katanya.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-1308413324914821042015-10-13T22:35:00.002+08:002015-10-13T22:35:27.473+08:00ISTIADAT MANDI KERIS
Lama gila aku tak update kan. Last bulan julai. Sekarang dah masuk bulan Oktober. Memang gila lah hahaha. Oklah tanpa membuang masa, meh aku cerita sikit pasal adat memandikan keris atau cakap bahasa senang, cuci keris lah.
Aku ni tak pandai pun. Cuma baru nak belajau belajau gitu je. Apapun aku pelik juga dulu, mengapa orang Melayu dulu dulu amalkan mencuci keris pada Awal Muharram. Kira hari Maal hijrah gitu. Tapi mungkin sebab orang Melayu dahulu kala mengambil kira bulan Muharram adalah bulan haram berperang. Maknanya tiadalah peperangan yang dibuat. Jadi waktu tidak berperang, mereka mengambil kesempatan membersihkan senjata senjata mereka. Apapun ini hanyalah pandangan peribadi aku saja. Benar atau tidak, korang kenalah bertanya sendiri kepada mereka yang lebih arif.
"Mereka bertanya tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar. Namun menghalang (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) dari pada membunuh.
(QS AL-Baqarah (2) :217)
Biasalah orang Melayu, kalau tak syirik, dia jadi bangang. Kalau tak bangang, dia jadi terlebih pandai dan terus berlagak alim. Kononnya membersihkan keris pada awal Muharram ini adalah perbuatan syirik. Laa dah tu bila pulak nak bersihkan keris ? Dah macam kisah tol pulak. Hari ni naik, dia marah. Naik esok, dia marah. Dah tu bila nak naiknya ? Ok abaikan bab politik.
Tetapi zaman sekarang, nak mandikan keris ini bila bila pun boleh. Sebab kita bukan gunakan keris untuk berperang dah. Sekadar koleksi atau hiasan saja. Tapi nak buat pun, suka hati korang lah. Bukan kena GST pun.
Ada yang kata, mandikan keris ini adalah perbuatan syirik, sebab dah macam memuja keris dengan mengasapkan dengan kemenyan ataupun mandikan dengan limau. Oklah dah dulu dulu mana ada pengering elektrik. Apatahlagi hair dryer nak bagi keris kering cepat. Tahu kan keris dibuat daripada besi, lawan besi adalah karat. Dan karat berpunca daripada air. Mengasapkan keris sebenarnya adalah proses mengeringkan keris dengan cara semulajadi. Boleh lap je dengan kain, tapi lap dengan kain atau mengeringkan dengan bara api, kesannya berbeza. Lagipun keris ditempa daripada api. Maka dengan apilah ianya lebih afdal.
Bab asap kemenyan, memang tak dinafikan ada sesetengah keris memang berpenunggu. Ada jin duduk dalam. Ada orang yang suka sangat bela jin. Dan makanan jin adalah asap. Tetapi selain itu, motif penggunaan kemenyan adalah untuk mewangikan keris. Bukan nak bagi makan jin semata mata.
Ok sekarang aku berikan cara cara nak cuci keris mengikut cara tradisional.
Sediakan bilah keris yang ingin dicuci.. Sediakan batang pisang yang segar berukuran 3 hingga 4 kaki panjang.. Beberapa biji limau nipis.. Air kelapa tua / Cuka makanan (bagi memberi ketahanan pada besi sekaligus membuang karat). Ini juga akan bertindak sebagai penebat besi dari karat. Seruas buluh yang berukuran sama panjang dengan mata bilah keris yang ingin dicuci.. Air mawar (Bagi mewangikan bilah) ATAU seeloknya Minyak Atar (Unsur minyak bagi memberi ketahanan pada besi. Jenis atar bagi mewangikan).
Proses pengeringan bilah dari air. Jangan dilap atau sapu dengan kain kerana itu bukan adat dan adapnya ‘berkeris’. (Dahulukala orang Melayu menggunakan asap kemenyan yang secara perlahan-lahan akan mengeringkan air pada bilah).
Apabila bilah keris sudah tersedia, tikamkan mata serta bilah keris itu tadi pada batang pisang beberapa kali bagi membuang karat peringkat pertama. Setelah keris itu basah dari hasil batang pisang tersebut, kita masuk ke peringkat kedua dengan menggosok mata bilah dengan limau nipis sehingga hilang karat tersebut. Dari sini, bilah keris akan kelihatan putih berseri-seri dan adakalanya binaan pamor juga akan hilang dari bilah keris. Tetapi jangan risau, pamor yang indah itu akan kembali semula.
Kemudian, pecahkan sebiji kelapa tua dan masukkan airnya (atau cuka makanan) di dalam ruas buluh yang tersedia tadi (yang sama panjangnya dengan mata bilah keris) dan rendam. Seeloknya, biarkan ianya semalaman bagi mendapatkan hasil. Selepas proses merendam bilahnya, keluarkan bilah keris itu dari ruas buluh, basuhkan dengan air mawar (atau air rendaman beras) bagi mencuci sisa karat yang masih berbaki.
Jika ingin mewangikan bilah keris itu pula, maka sapukan dengan minyak atar dan yang sebaik-baik minyak bagi tujuan ini adalah minyak Zafaron, minyak Misik, minyak Gaharu, minyak Cendana atau kalau ada kenalan dari Indonesia, cuba dapatkan ‘Warangan’. dengan penyapuan minyak tersebut, bilah keris akan kembali menjadi hitam dan pamor akan kembali kelihatan. Akhir sekali, proses pengeringan mata bilah tersebut.
Aku tak guna asap kemenyan. Merepek je sekarang. Tapi aku guna dapur gas. Buka api, layang layangkan keris atas api ( Bukan letak terus atas api tu. Hangus nanti.). Kira kira bagi air kering atau keris suam suam kuku. Lepas tu ambil minyak attar ( Beli dengan penjual minyak attar di pasar malam je ), sapu kan bagi keris tu ada perlindungan daripada karat dan juga bagi keris tu wangi.
Tapi serius, kalau korang sapu minyak attar, bila korang keluarkan keris tu dari sarung, memang bau wangi semerbak. Tak payah pakai jin dah konon nak tunjuk keris tu wangi. Bila dah wangi, boleh ler simpan elok elok.
Keris tiga bilah dan sebilah Tumbuk Lada tu koleksi aku. Tapi gambar mencuci keris tu aku pinjam daripada blog sini.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-47650779326392301792015-07-22T09:13:00.003+08:002015-07-22T09:13:37.156+08:00TRAGEDI BOSNIA - PENGAJARAN KEPADA MALAYSIA
Pada 11 Julai lalu genap dua dekad tragedi penyembelihan lebih 8,000 umat Islam Bosnia di Srebrenica oleh tentera Kristian Serb pimpinan "peminum darah" Rodovan Karadzic.
Banyak laporan dari agensi berita antarabangsa ketika itu menggambarkan pembunuhan pada 11 Julai 1995 itu sebagai terlalu kejam, malah lebih kejam daripada Adolf Hitler semasa Perang Dunia Pertama. Kekejaman Hitler diperbesar-besarkan oleh Yahudi, tetapi pembunuhan pembersihan etnik di Srebrenica adalah suatu yang benar dan didorong oleh perasaan jahat tentera Kristian Serb yang ultra kiasu.
Walaupun sudah dua dekad berlalu tetapi badan dunia seperti Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang didominasi oleh kelompok Yahudi Amerika Syarikat (AS) tidak bertindak dengan selayaknya. PBB "yakni AS" telah lama memusuhi Islam dan tragedi melibatkan orang Islam terkeluar dari agenda keutamaan sbadan dunia di bawah kawalan AS itu.
Buktinya manusia sejahat Karadzic masih boleh hidup selesa sekalipun International Criminal Tribunal of Former Yugoslavia (ICTY) di Hague, Belanda mendapati dia bersalah menganjurkan pembunuhan pembersihan etnik semasa Perang Bosnia.
Banyak pemerhati politik menjangka Karadzic akhirnya akan terlepas daripada sebarang hukuman walaupun terbukti bersalah membunuh lebih 8,000 umat Islam Bosnia dalam tragedi di Srebrenica.
Pembunuhan di Srebrenica ini adalah salah satu daripada pembunuhan terhadap umat Islam dalam Perang Bosnia yang meletus 6 April 1992 tidak lama selepas AS dan Eropah mengiktirafkan kemerdekaan Bosnia, sebuah negara yang sebahagian besar dihuni oleh umat Islam dan 30 peratus etnik Serb.
Perang Bosnia yang meletus selama tiga tahun itu dianggarkan telah mengorbankan lebih 200,000 umat Islam Bosnia.
Tragedi pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica tercatat dalam sejarah tamadun manusia sebagai yang paling buruk selepas Perang Dunia Kedua di Eropah. Peristiwa ini akan terus diingati sebagai pembuktian kekejaman yang dilakukan oleh Kristian terhadap Islam pada era moden.
Ini juga membuktikan prejudis kaum dan agama boleh membutakan mata kemanusiaan sesetengah pihak yang hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing.
Dari sudut politik, tragedi ini membuktikan kegagalan Eropah menangani isu politik di wilayah-wilayah bekas tanah jajahan Yugoslavia ini. Tidak banyak langkah proaktif yang diambil untuk membendung tragedi kemanusiaan yang buruk ini.
Barangkali kerana mangsanya Islam dan bukan Yahudi atau Kristian yang mempunyai kuasa politik ke atas dunia. Kekejaman ke atas mangsa yang tidak terlibat dengan krisis belum terbela.
Dalam isu Bosnia, PBB lebih banyak bermain wayang kerana bersikap berat sebelah kepada tentera Kristian Serb dan kepentingan negara Serbia. Misalnya PBB mengenakan sekatan ekonomi dan menghantar tentera mengiringi konvoi penghantaran makanan ke kawasan Islam Bosnia. Bagaimanapun melarang tentera berkenaan menentang tentera Serb.
Malah bukan rahsia lagi apabila PBB, AS dan negara-negara Eropah menolak tindakan ketenteraan ke atas Serbia di Bosnia yang membuatkan umat Islam terus disembelih. Maka tidak hairanlah kalau Penolong Setiausaha Negara AS, Richard Holbrooke berkata, “Ini adalah kegagalan terburuk Barat sejak 1930-an.”
Mustahil
Karadzic dengan angkuhnya pernah memberitahu wartawan ketika acara "penyembelihan" ke atas umat Islam Bosnia berleluasa bahawa, “Serb dan Islam Bosnia macam kucing dengan anjing. Mereka tidak boleh hidup bersama-sama dengan aman. Mustahil,".
Bill Clinton semasa berkempen Pilihan Raya Presiden pada 1992 berjanji akan menamatkan pembersihan etnik di Bosnia tetapi itu tidak lebih untuk mengambil hati pengundi Islam di AS.
Sebenarnya kekuatan tentera Serb berada pada skala amat rendah berbanding tentera AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Tetapi Serb kelihatan sangat kuat dan tidak mampu dihalang oleh AS atau badan dunia seperti PBB dan NATO.
Membiarkan lebih 200,000 umat Islam dibunuh dalam Perang Bosnia dan lebih 8,000 lagi menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai adalah suatu kekejaman yang dilakukan secara sistematik dengan izin AS, PBB dan NATO.
Bagaimanapun selepas dua dekad, masyarakat dunia tidak begitu memperkatakan tragedi ini berbanding pembunuhan etnik Yahudi oleh Hilter yang menjadi bahan media serta dijadikan bahan budaya popular seperti filem dan muzik.
Dalam kalangan pakar sejarah, mereka percaya pembunuhan ke atas Yahudi tidak sebesar yang dilaporkan. Tetapi disebabkan Yahudi menguasai semua bidang termasuk media dan budaya popular, pembunuhan yang digelar holocaust itu diperbesarkan seolah-olah Yahudi mangsa penindasan.
Ini juga membangkitkan perjuangan Yahudi pada hari ini. Hal ini sama dengan Yahudi menzalimi rakyat Palestin sejak tahun 1948 hingga kini, kezaliman itu tidak diperbesarkan di media seperti holocaust kerana Yahudi yang mengawalnya.
Tragedi di Srebrenica juga membuktikan Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan, kekejaman dan kezaliman. Kalau Islam itu ganas sudah tentu umat Islam tidak menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh Kristian.
Ini juga jawapan kepada AS yang sengaja memberikan gambaran salah kepada dunia dengan menyekutukan Islam dan keganasan selepas tragedi serangan 11 September 2001. AS menggunakan serangan itu (banyak percaya dirancang oleh AS) sebagai platform politik untuk menindas Islam di luar AS.
Bill Clinton semasa berkempen Pilihan Raya Presiden pada 1992 berjanji akan menamatkan pembersihan etnik di Bosnia tetapi itu tidak lebih untuk mengambil hati pengundi Islam di AS.
Sebenarnya kekuatan tentera Serb berada pada skala amat rendah berbanding tentera AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Tetapi Serb kelihatan sangat kuat dan tidak mampu dihalang oleh AS atau badan dunia seperti PBB dan NATO.
Membiarkan lebih 200,000 umat Islam dibunuh dalam Perang Bosnia dan lebih 8,000 lagi menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai adalah suatu kekejaman yang dilakukan secara sistematik dengan izin AS, PBB dan NATO.
Bagaimanapun selepas dua dekad, masyarakat dunia tidak begitu memperkatakan tragedi ini berbanding pembunuhan etnik Yahudi oleh Hilter yang menjadi bahan media serta dijadikan bahan budaya popular seperti filem dan muzik.
Dalam kalangan pakar sejarah, mereka percaya pembunuhan ke atas Yahudi tidak sebesar yang dilaporkan. Tetapi disebabkan Yahudi menguasai semua bidang termasuk media dan budaya popular, pembunuhan yang digelar holocaust itu diperbesarkan seolah-olah Yahudi mangsa penindasan.
Ini juga membangkitkan perjuangan Yahudi pada hari ini. Hal ini sama dengan Yahudi menzalimi rakyat Palestin sejak tahun 1948 hingga kini, kezaliman itu tidak diperbesarkan di media seperti holocaust kerana Yahudi yang mengawalnya.
Tragedi di Srebrenica juga membuktikan Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan, kekejaman dan kezaliman. Kalau Islam itu ganas sudah tentu umat Islam tidak menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh Kristian.
Ini juga jawapan kepada AS yang sengaja memberikan gambaran salah kepada dunia dengan menyekutukan Islam dan keganasan selepas tragedi serangan 11 September 2001. AS menggunakan serangan itu (banyak percaya dirancang oleh AS) sebagai platform politik untuk menindas Islam di luar AS.
Malaysia yang menjadi tuan rumah ASEAN tahun ini diharap dapat menggerakkan ASEAN membuat anjakan dan bukan beretorik dalam setiap sidang yang mempertemukan pemimpin-pemimpin negara ASEAN. Pelampau Buddha juga kalau dibiarkan akan menjadi lebih kejam dan ganas daripada Kristian Serb.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-87146535603839721212015-06-23T12:50:00.001+08:002015-06-23T12:50:45.446+08:00JERITAN NYARING DI TENGAH MALAM
Walaupun jalan di kawasan tanah sawah padi itu tidak sama seperti highway ke Ipoh atau ke Karak, atau ke Seremban, tetapi selalu juga kemalangan berlaku di situ. Kereta yang dipandu laju mudah terbabas kerana jalannya berhenjut-henjut, sebab dibina di atas tanah gambut. Manakala penunggang basikal atau motosikal tidak dapat mengelak sekiranya berselisih dengan kereta sebab tidak ada ruang di tepi jalan.
Di jalan itulah Sahar Dobok disondol kereta semasa pulang dari kedai pada suatu malam. Dia terhumban ke batu tanda di tepi jalan manakala basikalnya remuk. Kereta yang melanggarnya terus memecut lari. Sahar Dobok meninggal dunia di situ juga.
Walaupun abangnya, Jalit Bucu melilau ketika itu, tetapi Wak Tamin menyabarkan dia. "Jangan ikut perasaan Jalit," nasihat Wak Tamin. "Fasal kita selama ini sikit-sikit pukul orang, sekarang siapa pun tak berani nak berhenti, tak berani nak tolong," katanya macam menyesali sikap penduduk-penduduk kampung yang suka bertindak sendiri sehingga tidak mengikut saluran undang-undang. "Adik aku dah kena," rungut Jalit Jalit Bucu mengertap bibir.
"Betullah adik kau dah kena, tapi kita mesti selamatkan dia dulu, bukan nak tunjuk gila," kata Wak Tamin. "Kalau dapat aku bunuh dia!" gerutu Jalit Bucu tidak dapat menahan sabar. "Kau jangan jadi bodoh," ujar Wak Tamin mengingatkan dia. "Orang tu tak dapat lari ke mana, nombor keretanya aku dah ambil," jelasnya, tetapi tidak menunjukkan nombor yang dicatatkannya itu kepada Jalit Bucu.
Orang-orang tua yang sama menyerbu ke situ semuanya menyabarkan Jalit Bucu. Tetapi anak-anak muda yang sebaya dengan Jalit Bucu pula mengapi-apikannya. Masing-masing mendesak Jalit Bucu supaya jangan belas kasihan kepada pemandu kereta berkenaan. Mereka sanggup membantu Jalit Bucu kalau tenaga mereka diperlukan. Sebab itu ayah Jalit Bucu berdiri di tengah-tengah mereka mengibas-ngibaskan parang. Pak Regoh berdiri di situ mencabar mereka yang mengapi-apikan Jalit Bucu sejak berlakunya kemalangan tadi.
"Siapa biji mata yang garang sangat?" jerkah Pak Regoh menggenggam erat hulu parangnya. "Sabar Regoh, sabar kau..." Wak Tamin memujuknya. "Ini budak-budak ni," katanya keras. "Bukan dia orang nak tengok budak yang kena langgar, masing-masing nak tunjuk garang," ujarnya menyesali sikap anak-anak muda yang mengapi-apikan Jalit Bucu.
"Sahar dah kena langgar pun ayah nak marahkan kami semua, bukannya marahkan drebar kereta laknat tu," Jalit Bucu mempertahankan diri. "Kau diam!" bentak Pak Regoh memarahi anaknya. "Apa untungnya kau nak bunuh orang?" katanya bertambah geram. Siapa pun tak berani lagi menyanggah cakap Pak Regoh. Mungkin perbuatan anak-anak muda sebelum ini yang cepat naik darah menyebabkan pemandu kereta tidak berani berhenti untuk menolong mangsanya kerana takut kena pukul.
Pernah seorang pemuda Melayu menumpang kereta lelaki Cina, terlanggar budak sekolah perempuan. Budak itu tidaklah cedera sangat. Bagaimanapun pemuda Melayu itu menyuruh Cina kawannya itu lari kerana orang-orang kampung sudah datang menyerbu. Pada sangkaannya, disebabkan dia orang Melayu dan hanya menumpang kereta Cina berkenaan, tentulah orang-orang kampung tidak akan mengapa-apakan dia. Tetapi orang-orang kampung tidak menghiraukan niat baik pemuda Melayu yang hendak menyelamatkan budak perempuan yang luka lututnya itu. Mereka terus memukul dan menumbuk, melepaskan geram kepada pemuda tersebut. Mujurlah Wak Regoh dan Wak Tamin cepat sampai. Pemuda itu segera dibawa ke hospital oleh Pak Regoh.
Sekarang apa yang dibimbangkan oleh Pak Regoh itu berlaku ke atas dirinya. Kalaulah orang-orang kampung tidak bertindak liar, mungkin pemandu kereta itu boleh membawa anaknya, Sahar Dobok ke hospital. Tetapi perbuatan anak-anak muda di kampungnya telah menyusahkan orang lain. Sebab itulah dia berang bila Jalit Bucu melilau tidak keruan. "Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit!" gerutu Pak Regoh lagi. "Kau orang yang tunjuk samseng, habis satu kampung orang tuduh samseng. Ayam kena gelek pun nak mengamuk!" katanya menggertap bibir.
"Sudahlah Regoh, sabarlah..." pujuk Wak Tamin sambil memerhatikan Sahar Dobok yang sudah kaku di atas jalan. Ketika itu jam sudah 9.00 malam. Tidak lama kemudian polis sampai ke situ bersama dengan pemandu kereta yang lari tadi. Pemandu kereta itu sendiri datang menemui Pak Regoh. Dia menerangkan, dia terlanggar basikal Sahar Dobok kerana tidak perasan disebabkan basikal itu tidak berlampu dan berjalan bersaing-saing dengan Wak Tamin. Bagaimanapun dia berjanji akan membayar semua perbelanjaan pengkebumian anaknya itu. Mayat Sahar Dobok kemudiannya dibawa ke hospital, tetapi dibenarkan dibawa balik dengan tidak payah dilakukan bedah siasat. Malam itu, pemandu kereta itu menghulurkan RM200.00 kepada Pak Regoh untuk belanja pengkebumian.
Pada tengah malam selepas Sahar Dobok dikebumikan, orang-orang kampung terdengar bunyi jeritan nyaring dari tempat Sahar Dobok kena langgar. Jeritan itu sungguh menggerunkan. Sejak itu, tiap-tiap malam orang terdengar jeritan nyaring di situ. Dua tiga malam selepas itu, sebuah kereta terbabas dan terhumban ke parit ketika melalui tempat kemalangan itu berlaku. Mujurlah orang-orang di dalamnya tidak mengalami kecederaan. Pemandu kereta berkenaan memberitahu penduduk kampung, dia ternampak seorang lelaki berdiri di atas batu tanda jalan. Kemudian, tiba-tiba sahaja dia meluru ke hadapan kereta, menyebabkan dia segera menekan brek dan keretanya langsung tercampak ke parit.
Besok malamnya, sebuah lori berisi kelapa sawit pula terhumban ke dalam parit. Kalendan lori itu patah kaki kerana tercampak ke tepi jalan. Mujurlah dia tidak ditimpa oleh lori berkenaan. Cerita pemandu lori itu juga sama dengan cerita pemandu kereta sebelumnya, iaitu ternampak seorang pemuda berambut panjang duduk di atas batu tanda di tepi jalan. Sebaik-baik sahaja lori hampir, pemuda itu tiba-tiba sahaja menerpa ke hadapan lori, menyebabkan pemandu lori menekan brek dan lori itu terhumban ke parit. Budak-budak yang balik mengaji Quran di surau pun menjadi takut apabila melintasi batu tanda di tepi jalan itu. Mereka pernah melihat seorang pemuda duduk mencangkung di atas batu jalan dengan kepalanya menangkup ke lutut. Tetapi apabila mereka suluh dengan lampu picit, lembaga itu melayang dan hilang, menyebabkan budak-budak itu terjerit ketakutan dan ada yang demam. Akibatnya, budak-budak berkenaan mulai takut mengaji Quran ke surau. Terpaksalah Haji Burhan yang mengajar mengaji menukar jadual mengaji Quran pada sebelah petang.
Pak Regoh rasa bertanggungjawab untuk mengatasi masalah itu. Lagipun, ada penduduk kampung menuduh Sahar Dobok anaknya sudah menjadi hantu kerana hendak membalas dendam sebab dia mati dilanggar kereta. Sudah masuk sepuluh malam kejadian itu berlaku dan sudah empat buah kereta dan lori terbabas akibat gangguan lembaga berkenaan. Pak Regoh mengajak Wak Tamin menyiasat, siapakah yang sebenarnya dilihat orang tercangkung di atas batu jalan berkenaan.
Mereka berdua mengendap di dalam rumpun padi berhampiran batu tanda jalan itu. Hampir satu jam setengah Pak Regoh dan Wak Tamin mengendap, mereka terdengar bunyi orang mengayuh basikal di bawah cahaya bulan terang-terang membalam. Tiba-tiba, bunyi kereta memecut kencang dengan lampu menyilau menuju ke arah batu tanda jalan. Sekali gus terdengar bunyi berdentum seperti kereta melanggar basikal. Kemudian satu jeritan nyaring seperti orang kesakitan jelas menusuk-nusuk perasaan Pak Regoh dan Wak Tamin.
"Aduhhh, aduhhh, aduhhh..." suara itu langsing memecah kesunyian malam. Tetapi mereka yang mengendap di balik rumpum padi tidak nampak sesiapa pun di situ. Tiba-tiba sahaja lampu kereta itu padam sebaik sampai ke batu tanda.
"Aduhhh, aduhh..." suara itu berulang-ulang. Setelah lama suara itu menjerit, kawasan di sekitarnya diserkup kabus memutih. Apabila kabus menghilang, barulah Pak Regoh dan Wak Tamin nampak seorang pemuda bertenggong di atas batu tanda jalan. Dia mengeliat-ngeliat sambil menjerit kesakitan. "Huss, apa kau buat di sini?" jerkah Pak Regoh lantas melompat keluar dari tempat persembunyiannya. Belum sempat Pak Regoh mendekati batu tanda, lembaga itu sudah menghilang ke dalam kabus. Bertambah hairan Pak Regoh melihat kejadian tersebut. Dia dan Wak Tamin balik ke rumah pada malam itu dengan perasaan hampa.
Tidak lama kemudian, suara jeritan nyaring itu kedengaran lagi memecah kesunyian malam. Apa yang dilihatnya dengan Wak Tamin diceritakan oleh Pak Regoh kepada Haji Burhan. Hairan juga Haji Burhan mendengar cerita itu kerana tidak mungkin jelmaan Sahar Dobok boleh bertenggek di situ. "Saya tak tahu nak buat macam mana," beritahu Haji Burhan secara ikhlas.
"Tak taulah kalau Wak Tamin boleh halau jelmaan tu jauh dari sini," katanya sambil memandang Wak Tamin. Wak Tamin hanya menggelengkan kepala. Masuk hari ke-15 dua buah lagi kereta terbabas hanya selang satu jam sahaja. Pemandunya tidaklah cedera parah, tetapi memberitahu dia terlihat seorang lelaki yang bertenggek di atas batu tanda jalan menerpa ke arah keretanya, menyebabkan dia menekan brek dan keretanya terhumban ke dalam parit.
"Kita panggillah Wak Aji di Sungai Besar," cadang Wak Tamin selepas kejadian itu. Dia teringatkan Wak Aji, kawannya yang dikenalinya sebagai dukun. "Terpulanglah kepada Wak Tamin nak buat macam mana pun," ujar Haji Burhan. Dia tidak sanggup lagi membiarkan kejadian seperti itu terus berlaku kerana jelmaan itu sudah benar-benar mengganggu.
"Cubalah Wak Tamin panggilkan," ujar Pak Regoh pula. "Mudah-mudahan tidaklah kampung kita ni kacau-bilau," keluhnya perlahan. Esoknya, Wak Tamin ke Sungai Besar mencari Wak Aji. Bagaimanapun Wak Aji ke Lumut hari itu. Wak Tamin hanya berpesan melalui isteri Wak Aji mengenai hal mustahak di Tanjung Karang. Dia berharap Wak Aji akan datang ke rumahnya jika balik dari Lumut. Hampir dua minggu selepas Wak Tamin ke Sungai Besar, Wak Aji tidak juga muncul.
Dalam tempoh itu juga sudah enam buah kereta, sebuah van dan sebuah lori terhumban ke dalam parit. Bagi mengelakkan kemalangan berterusan, JKR memasang lampu kuning supaya kereta dipandu perlahan di kawasan tersebut. Bagaimanapun, berlaku juga kemalangan selepas itu. Pemandu kenderaan mendakwa, mereka tidak nampak lampu kuning di situ. Lagipun jalan itu dipenuhi kabus tebal, kata mereka. "Macam mana ni Wak Tamin?" Tanya Pak Regoh.
"Tak taulah saya nak buat macam mana... entahlah, mengapa pula Wak Aji tu tak datang?" keluhnya sambil menghela nafas panjang. Masuk minggu ketiga, Wak Aji tidak juga muncul-muncul. Pak Regoh dan Wak Tamin semakin gelisah kerana sebuah lagi kereta terbabas berpunca daripada perkara yang sama. "Kalau begitu, malam ini kita berkumpul di surau. Kita baca Yassin 41 kali," cadang Haji Burhan setelah Wak Aji tidak juga muncul-muncul.
Cadangan Haji Burhan itu dipersetujui oleh Pak Regoh, Wak Tamin dan penduduk kampung. Pada malamnya, mereka berkumpul di surau membaca Yassin khaifiat 41 kali dengsan diketuai oleh Haji Burhan. Malam itu mereka menunggu sehingga jam 11.00 malam, tetapi tidak terdengar jeritan sampai ke subuh. Tetapi jeritan itu kembali melangsing pada malam berikutnya, apabila mereka tidak lagi berkumpul membaca Yassin.
"Nampaknya, kita kena baca Yassin tiap-tiap malam, sampai tak ada lagi bunyi suara menjerit tu," cadang Haji Burhan kepada penduduk kampung. Mereka semua sanggup berkumpul di surau untuk membaca Yassin 41 kali. Pada hari mereka berbincang hendak membaca Yassin itulah Wak Aji, saya dan Usup Martala sampai di rumah Wak Tamin. Lepas Asar baru Wak Tamin balik ke rumah.
Terlalu riang dia apabila mendapati Wak Aji sudah datang. Wak Aji pun menceritakan sebab-sebab dia lambat datang. Wak Tamin segera menyuruh anaknya memberitahu Pak Regoh dan Haji Burhan bahawa Wak Aji akan datang ke surau waktu Maghrib. Bacaan Yassin 41 kali itu diteruskan juga selepas menunaikan fardu Maghrib. Kami dipelawa makan malam di rumah Haji Burhan.
Kira-kira jam 10.00 malam, Wak Aji pun menepuk paha saya. "Ustaz, bolehlah cuba-cuba, nampaknya orang di sini berhajatkan Ustaz," katanya tersengih-sengih sambil mengerling Wak Tamin. "Iyalah Ustaz, ini hajat..." kata Wak Tamin tersenyum. "Silalah Wak Aji," saya menolak kepada Wak Aji semula. "Tak apalah, sama-samalah kita sampaikan hajat orang-orang di sini," ujar Wak Aji lalu mengajak saya mengambil wuduk. Serba-salah juga saya bila didesak oleh Wak Aji. "Kita pergi ke jalan?" tanya Pak Regoh bila melihat saya dan Wak Aji kembali selepas mengambil wuduk. "Tak apa, kita buat dari sini dulu," jelas Wak Aji.
Dia mula berdoa memohon pertolongan Allah supaya dihindarkan dari mala petaka yang mengganggu penduduk kampung. Kemudian barulah dia mengajak beberapa orang penduduk kampung mengikutnya pergi ke jalan berkenaan. Manakala yang lain disuruh sahaja menunggu di rumah Haji Burhan. Kawasan kejadian rupanya berdekatan dengan rumah Haji Burhan.
Jam 11.00 malam, kami sampai ke tempat kejadian. Saya lihat Wak Aji sudah mula membaca doa berhampiran dengan batu tanda. Ketika inilah kedengaran bunyi basikal dikayuh orang datang menuju ke arah batu tanda. "Kurung saja..." bisik Wak Aji kepada saya. Saya mengangguk. Setelah dikurung barulah Wak Aji akan menyoal apa tujuan syaitan itu mengganggu penduduk-penduduk di situ. Kalau tidak dikurung dan disoal, tentulah dia akan datang lagi mengganggu.
Selepas bunyi basikal dikayuh orang sudah dekat, kelihatanlah silau lampu kereta dari jauh meluru laju ke situ. Kemudian terdengar bunyi perlanggaran diikuti oleh bunyi jeritan nyaring. "Innahu min Sulaiman wa innahu Bismillahir rahmanir rahim," saya terdengar Wak Aji membaca ayat berkenaan berulang-ulang kali. Kebetulan pula ketika itu tidak ada sebuahpun kenderaan lalu di situ. Maka senanglah Wak Aji menghadapi syaitan berkenaan.
Wak Tamin, Haji Burhan dan Pak Regoh sentiasa mendekati Wak Aji kerana ingin tahu siapakah sebenarnya yang mengganggu itu. Apabila Wak Aji sudah membaca doa, saya pula membacakan, "sum mum buk mum um mum fahum layarji'un, sum mum buk mum um mum fahum laya'kilun..."
Kabus tebal tidak turun, kecuali satu lembaga tercangkung di atas batu tanda jalan. Rambutnya panjang memutih seperti perempuan tua. Dia tidak dapat melompat seolah-olah kakinya sudah melekat pada batu tanda jalan itu.
"Lepaskan aku, lepaskan aku..." rintihnya terketar-ketar. "Baru kau tau ye!" jerkah Wak Aji garang. "Hah, selama ini, inilah kerja kau," Wak Aji membentak memarahi dia. "Ampunlah, tolonglah lepaskan aku," perempuan tua itu merayu-rayu. Suaranya jauh ke dalam kerengkung seperti bergaung bertali-tali. "Aku tak mau lepaskan selagi kau tak beritahu apa tujuan kau ke sini!" tegas Wak Aji.
"Aku malu pada Ustaz tu, dia dah tahu aku," sahut perempuan tua itu menggigil-gigil. Pak Regoh menjadi hairan kerana menyangka itu adalah jelmaan anaknya Sahar Dobok. Perlahan-lahan dia berbisik ke telinga saya, "Apa yang Ustaz tahu mengenai dia?" Saya tersengih-sengih. "Syaitan memang begitu, dia sengaja babitkan nama kita, fasal nak berdalih," saya memberitahunya.
Wak Aji kemudian menyerang lembaga itu dengan ayat Kursi, sampai terjerit-jerit perempuan tua itu minta dilepaskan. "Aku mesti hukum kau kerana berani buat kerja terkutuk ini," kata Wak Aji tidak menghiraukan rintihan perempuan tua itu. Akhirnya dia terbakar hangus akibat diserang dengan Ayat Kursi oleh Wak Aji tidak putus-putus. Kira-kira jam 12.30 malam baru semuanya selesai.
Pada masa itu juga ada sebuah dua kereta melalui tempat itu, tetapi mungkin tidak menyedari apa yang berlaku. Kami balik malam itu juga.
Wak Aji mengingatkan saya supaya tidak memberitahu apakah kejadian sebenarnya kepada Pak Regoh, Wak Tamin dan Haji Burhan. Ketika orang ramai kelam kabut melihat Sahar Dobok ditimpa kemalangan, ada seorang pemuda di situ telah mengambil darah Sahar Dobok. Dia membawa darah berkenaan kepada seorang dukun perempuan untuk tujuan tertentu. Tetapi pada malam Wak Aji datang itu, dia sudah menangkap 'suruhan' dukun perempuan itu.
Sebulan selepas itu, Usup Martala mendengar cerita daripada Wak Tamin bahawa seorang dukun perempuan mati terbakar dalam rumahnya pada malam Wak Aji berada di kampung itu. Seorang pemuda yang cuba menyelamatkannya juga meninggal dunia tiga minggu kemudian.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-63421200371125251142015-06-09T15:28:00.001+08:002015-06-09T15:28:09.789+08:00NASIB MALANG BUKU MELAYU
Artikel ini diterbitkan didalam Utusan Malaysia pada tahun 2010. Sekarang sudahpun tahun 2015. Sudah 5 tahun berlalu, apakah industri buku Bahasa Melayu sudah bangkit atau masih di takuk lama, aku sendiri tidak pasti. Untuk buku bacaan ringan, aku rasa mungkin meningkat berikutan fenomena drama tv dan filem yang diambil daripada novel novel cinta Bahasa Melayu. Selain itu remaja kini dilanda fenomena buku indie yang diterbitkan menggunakan bahasa dan ejaan pelik lagi aneh. Walaupun jualan buku buku ini meningkat dan memberangsangkan namun gaya bahasa dan isi ceritanya tidak sesuai diangkat sebagai naskah intelektual.
Untuk buku buku bersifat ilmiah, ianya tidak begitu diambil peduli oleh golongan belia kecuali untuk belajar. Itupun hanya untuk menjawab peperiksaan. Selepas itu, buku itu tidak lagi dipedulikan. Lebih malang lagi buku buku itu hanya dibuka pada bab tertentu sahaja, bukannya dibaca sehingga habis. Kerana itulah, amat kurang buku ilmiah diterbitkan dalam Bahasa Melayu kerana mereka tidak mahu menanggung risiko kerugian.
INDUSTRI penerbitan dalam Bahasa Melayu mampu bersaing dengan penerbitan dalam bahasa Inggeris bagi merebut peluang dagang jika 300 juta penutur bahasa Melayu mampu dieksploitasi.
Berdasarkan fakta terkini, bahasa Melayu menduduki tangga keempat selepas bahasa Mandarin, Inggeris dan Urdu/Hindi dari segi jumlah penutur. Maknanya jumlah penutur Melayu mengatasi jumlah penutur banyak bahasa-bahasa lain.
Seandainya satu peratus daripada 300 juta penutur bahasa Melayu menjadi pelanggan sesebuah akhbar harian, akhbar mingguan, majalah bulanan atau buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, maknanya jumlah jualan untuk setiap bahan akan berjumlah tiga juta sehari, seminggu atau sebulan.
Sekiranya keuntungan yang diperoleh dari tiga juta jualan bagi setiap bahan penerbitan, keuntungan bersihnya diperoleh sebanyak 20 sen sahaja, maka jumlah perolehan untuk setiap bahan adalah sebanyak RM600,000, satu jumlah perolehan yang sangat lumayan bagi pemain industri penerbitan, terutama dari kalangan penulis di negara ini.
Hakikatnya di Malaysia, penulis yang berjaya menghasilkan 10 buah buku pun belum tentu hasilnya boleh mencecah RM600,000, malah untuk dapatkan RM60,000 atau RM16,000 pun belum tentu. Ini kerana ada penulis yang bukunya telah diterbitkan bertahun lamanya belum terima sesen pun bayaran.
Kalau bukan penulisnya Shariff Putera dari Terengganu, yang beritahu kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz barangkali jika tujuh kali mati dan tujuh kali hidup pun seseorang tidak akan ada yang percaya dengan apa yang diluahkan oleh penulis Terengganu itu.
Shariff Putera - seorang pendidik dan penulis mapan mendakwa bukunya yang diterbitkan sebanyak 5,000 naskah oleh DBP hanya terjual senaskah sahaja setelah bukunya itu beredar di pasaran.
Untuk negara yang rakyatnya berjumlah sekitar 28 juta, dengan akhbar-akhbar harian jumlah jualan hariannya tidak sampai pun sejuta naskah adalah sesuatu yang sangat malang, walhal kalau diambil kira senaskah akhbar dibaca oleh lima orang, seandainya sebanyak sejuta naskah suratkhabar harian terjual, maknanya jumlah pembaca baru pada angka lima juta daripada 28 juta rakyat.
Saya juga menemukan fakta rambang bahawa Bahasa Melayu adalah sejenis bahasa Melayu-Polynesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia-Indonesia dan kawasan persekitarannya lebih 1,000 tahun lalu. Ia telah mengalami perkembangan tamadun sesuai dengan pembinaan tamadun oleh penuturnya.
Bagaimanapun kecenderungan terhadap pembacaan bahan bercetak yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu masih rendah, menjadikan industri penerbitan bahan-bahan bercetak dalam Bahasa Melayu dan pelaburan dalam industri berkenaan paling berisiko, Penutur Bahasa Melayu kelas berilmu di Malaysia lebih memilih bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.
Semakin ilmiah buku yang diterbitkan dengan jumlah halaman yang lebih tebal, maka semakin sukarlah sesebuah buku yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu dipasarkan. Kalau pun ada peminat sedikit sebanyak, hanyalah bagi buku yang bersifat bacaan ringan yang diselitkan dengan unsur-unsur lucah dan tahyul.
Kerana itu buku-buku atau majalah ringan serta tahyul yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan tertentu lebih laris jualannya berbanding dengan buku dan majalah terbitan DBP.
Tidak hairanlah kalau industri penerbitan bahan bercetak mahu pun elektronik jauh lebih ke depan di Indonesia berbanding dengan di Malaysia. Bagaimanapun jika mahu dibandingkan dengan bahan-bahan bercetak yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris, jumlah bahan terbitan bercetak dalam Bahasa Melayu Indonesia jauh di belakang.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-18856872082089626632015-05-27T15:40:00.003+08:002015-05-27T15:40:37.607+08:00SUNGAI DI DASAR LAUT
Mula mula aku ingatkan pembentukkan sungai ini berlaku didalam gua didasar laut. Rupa rupanya sungai yang dimaksudkan adalah lapisan gas yang membentuk seakan akan permukaan air.
Sehingga kini, kewujudan sungai di dasar laut di pantai timur semenanjung Yucatan di Mexico terus menjadi tanda tanya. Fenomena misteri di kawasan digelar sebagai Cenote Angelita itu hanya boleh ditemui penyelam mahir pada kedalaman 55 meter (m). Ia kelihatan seperti sungai mengalir di tengah-tengah sebuah gua yang dikelilingi pokok.
Pada kedalaman 27 m, penyelam akan melalui sebuah kawasan air tawar dengan pandangan yang jelas sebelum ‘sungai’ berkabus muncul di dasarnya. Sejurus berada di kawasan tersebut, penyelam akan merasa pengalaman seperti sedang berada di tengah-tengah kawasan hutan.
Kabus tersebut adalah lapisan tebal hidrogen sulfida yang terhasil daripada pertembungan antara air tawar di bahagian permukaan gua tersebut dan sebahagian air masin di sekitarnya. Menurut BookYourDrive, sebatian kimia biasanya terhasil apabila berlaku pecahan bahan organik bakteria berikutan ketiadaan oksigen di sekitarnya.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-54825464599886351982015-05-25T11:29:00.001+08:002015-05-25T11:29:07.051+08:00PENGGUNA ANDROID TIDAK SELAMAT
Kira-kira 500 juta pengguna Android yang menggunakan atau pernah menggunakan perisian itu pada telefon pintar mereka berdepan risiko maklumat peribadi mereka boleh dikongsi semula oleh pemilik gajet berkenaan yang baharu.
Pendedahan membimbangkan oleh Universiti Cambridge itu dibuat selepas institusi berkenaan menerusi kajian mereka mendapati, agak mustahil untuk membuang semua data daripada kebanyakan gajet yang menggunakan sistem operasi itu.
Menurut kajian itu yang dilaporkan Mail Online, teks mesej peribadi, gambar, video dan butiran e-mel masih boleh diperolehi semula, meskipun pemilik asal gajet telah membuat pembersihan data atau membetulkan semula telefon masing-masing kembali pada tetapan asal.
Hal ini bermakna, individu yang telah menyerahkan, menjual atau kehilangan telefon pintar mereka berdepan maklumat peribadi dan sebarang maklumat sensitif pada mesej atau e-mel mereka dilihat semula oleh pemilik baharu gajet tersebut.
Selain itu, pemilik baharu itu boleh mengakses aplikasi pihak ketiga selepas kebanyakan pengguna telefon menyimpan maklumat kewangan dan melakukan urusan perbankan mereka menerusi beberapa aplikasi popular pada tablet dan telefon bimbit seperti Halifax dan Nat West.
Ujian ke atas beberapa telefon bimbit terpakai yang dibeli daripada eBay yang menggunakan pelbagai aplikasi Andorid mendapati, meskipun pengguna telah sepenuhnya menyembunyikan maklumat lama, namun maklumat itu masih boleh diakses semula selepas pembetulan tetapan dibuat.
Android merupakan telefon pintar dan aplikasi perisian yang paling banyak digunakan di dunia dengan pengeluar utama termasuk Samsung dan HTC menggunakannya sebagai sistem operasi untuk telefon dan tablet mereka.
Menurut Android, lebih 50 peratus peranti Android yang menggunakan perisian itu pernah diuji daripada Android 2.2 sehingga 4.3 yang membolehkan penyelidik membuat kesimpulan bahawa kira-kira 500 juta pengguna telefon bimbit berdepan risiko itu.
Malah penyelidik turut mendapati, hampir 630 juta telefon bimbit mungkin tidak membuang maklumat dalaman pada kad memori mereka semasa telefon itu dibetulkan pada tetapan asal yang sering menyimpan kebanyakan gambar dan video pada sebuah telefon.
Mereka berkata, isu itu mungkin akan memberi kesan kepada pasaran telefon pintar dan membataskan perkembangan dan inovasi gajet itu.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-74297842968914970022015-05-21T16:06:00.002+08:002015-05-21T16:06:23.573+08:00SYAIR RAJA TEDUNG DAN RAJA KATAK
Syair ini mengisahkan tentang Raja Tedung yang
telah memperdayakan seekor Raja Katak. Katanya, dia sanggup menjadi
kenderaan kepada Raja Katak mengelilingi kerajaan katak, agar Sang Katak
kelihatan hebat. Menurut Raja Tedung, tugasan yang akan
dilakukan dengan sukarela itu, cuma dengan suatu syarat sahaja iaitu
setiap hari Raja Katak haruslah memberikan dua ekor katak
('rakyat') sebagai santapannya.
Syair ni sebenarnya panjang lagi tapi aku tak jumpa sampai habis. Dan kesudahan nasib Raja Katak inipun aku tak tahu. Akupun tak tahu siapa yang mengarang syair Raja Tedung dan Raja Katak ini. Tahun syair ini dikarang dikatakan sekitar tahun 1863.
Wa billahi nasta’in dengarkan tuan
Ceritera tedung raja bangsawan
Sentiasa hari menanggung rawan
Betapakah hendak katak dibinasakan
Tedung itu ular bestari
Pandai menyamar menipu diri
Bisanya pula tidak terperi
Jika terpatuk sukar ditawari
Berpikirlah tedung amat sempurna
Biarlah katak kuajarkan makna
Dapatlah kutipu dia disana
Katak sekalian kuberi hina
Habislah pikir tedung berjalan
Mendapatkan raja katak bangsawan
Katak yang banyak pun berlompatan
Disangkanya tedung hendak memakan
Tedung berkata dengan perlahan
Janganlah takut tuan sekalian
Duduklah tedung dibawah telampakan
Sambil menyembah jari disusunkan
Ampun tuanku raja bestari
Adapun maksudnya patik ke mari
Kepada tuanku berpertaruhkan diri
Menjunjung titah sehari-hari
Katak menengar tedung menyembah
Sukacita didalamnya dada
Seraya berkata bermanis durjah
Beta serahkan apa yang ada
Tedung-pun suka manis berseri
Menengarkan raja katak berperi
Sambil berpikir didalamnya diri
Bolehlah sudah katak kusamari
Si raja tedung lalu berkata
Dengan isyarat mengeluarkan cerita
Lamalah sudah hasyratnya beta
Hendak mengajar ilmu pendeta
Adalah maksud hamba kemari
Membawa satu ilmu jauhari
Supaya taunt beta ajari
Rakyat-pun takut seisi negeri
Tetapi berhadiahlah juga sedikit
Alamatnya guru mengajar murid
Ilmu nin tidak dengan bersakit
Paksa-memaksa juga sedikit
Si raja katak menengar tersenyum muka
Terang pikiran hati terbuka
Jikalau demikian mala pustaka
Ajarkan beta ini ketika
Demikian halnya hamba-pun suka
Karena keturunan asal pusaka
Tidak diperduli jika durhaka
Kesuk Mengkasar atas mereka
Ajarkan kiranya beta itu
Apa hadiahnya sebutlah disitu
Barang berapa yang ada tentu
Supaya beta memberikan itu
Menjawab tedung dengan sukanya
Tidaklah banyak tuanku upahnya
Dua ekor katak sahaja adanya
Tuanku izinkan patik memakannya
Jikalau sudahlah seperti dikata
Diamlah tuanku di kepala beta
Barang kemana patik-pun serta
Tetaplah tuanku diatas takhta
Katak menengar manis berseri
Sekedarkan itukah hendaknya diri
Jangan dua ekor pada sehari
Jika sepuluh-pun beta member
Katak-pun segeralah menghampiri
Di kepala tedung ia terdiri
Pandang ke kanan menoleh ke kiri
Berteriak memanggil menteri
Berkata hai sekalian menteri hulubalang
Lihatlah oleh kami aku sekarang
Di kepala teduk duduk berjuang
Lebihlah kebesaranku daripada orang
Adakah orang sepertinya aku
Di kepala tedung bertelekan siku
Hendaklah kamu mengikut sabda
Supaya tidak kamu kusapu
Menteri penggawa menengar sabda
Terbanglah arwah di dalam dada
Apalah akah si raja berida
Tak dapat tiada diikut barangnya sabda
Berpikirlah hulubalang menteri sekalian
Tertipulah sudah baginda bangsawan
Terkena pesona tedung pahlawan
Akan kita sekalian-pun tertawan
Masing-masing-pun berhati gunda
Lenyaplah akal dari dalamnya dada
Memikirkan halnya raja berida
Daripada tedung tidak berbeza
Bukannya tidak diketahui baginda
Bersahabatkan teung bukannya mudah
Takdir azali yang telah sudah
Katak menjadi makanannya yang ada
Betapakah gerangan demikian laku
Baginda nin tidak menaruh malu
Tidak dipikirkan pekerjaan tipu
Akhir porak-pariklah sekalian tentu
Menyembahlah sekalian sambil berperi
Patutlah tuanku raja bestari
Di kepala tedung tuanku berseri
Takutlah orang seisi negeri
Baginda menengar suka tertawa
Ingatlah kamu yang satu dua
Jikalau siapa yang banyak kecewa
Kuperbuat seperti sentana sarwa
Menteri yang tua-pun berdatanglah sembah
Ke bawah hadirat duli khalifah
Apakah sebabnya tuanku berubah
Dengan tedung jadi bersumpah
Ampun tuanku patik berperi
Janganlah digusari mahkota negeri
Bukanlah musuh tedung yang bahari
Makanya tuanku menurutkan peri
Berapa tahun bulan dan hari
tuanku telah memerintahkan negeri
dengan kesenangan jua tuanku berperi
sekarang ini tersemulah diri
patik bersembah memohonkan tawakal
perkataan patik jangan disangkal
patik nin hamba dibawah capal
tedung nin banyak sangatnya akal
kemari tedung menyerahkan diri
serta lemah lembut mengeluarkan peri
pura-pura tuanku hendak diajari
supaya makanannya tuanku memberi
patik ini yang hina papa
perkataan patik jangan diserapa
bukannya patik mengadai rupa
akhirnya negeri tuanku hampa
karena apakah akal dengan daya
kepada tuanku patik mengeluarkan rahasia
kepada tedung janganlah bersetia
akhirnya tuanku jua terpedaya
aduhai tuanku tajuk junjungan
sekedarkan patik mengingatkan
jika bencana sudah kedatangan
sesal pun tiada berguna kemudian
karena tuanku raja mahkota
patik nin hamba dibawah takhta
tidaklah mau melalui kata
sebarang sabda dengan perintah
si raja katak demi menengar
sembahnya menteri seorang wazir
arwah melayang semangat berkibar
berpikir benar menteri berkhabar
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-71161416525894305762015-05-20T10:49:00.000+08:002015-05-20T10:49:47.916+08:00ULEK MAYANG
Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Akan tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak sedarkan diri. Mereka menyangka bahawa nelayan tersebut telah mati namun, ternyata tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa.
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengeshaki bahawa jiwa nelayan yang tidak sedarkan diri itu berada di alam lain walaupun jasadnya ada bersama mereka. Zaman tersebut lebih juga dikenali sebagai zaman animisme dimana bomoh digunakan untuk meyembuh penyakit seseorang. Oleh itu, nelayan-nelayan tersebut memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali nelayan tersebut. Bomoh tersebut mengubatinya dengan bacaan mantera dan apabila diseru, bomoh tersebut mendapati nelayan itu telah dipukau oleh semangat laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menguji kesemua nelayan tetapi hanya seorang yang tertarik. Dipercayai nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia nyata namun, Puteri itu telah menyeru seorang kakaknya untuk membantu. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang puteri sehingga menjadi enam orang kesemuanya.
Pertarungan antara bomoh dan puteri-puteri tersebut menjadi semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Apabila pertarungan menjadi sangat sengit, muncullah Puteri ke-7, iaitu puteri yang sulung. Puteri ini memiliki rupa yang lebih rupawan, lebih kuat dan bijaksana. Setelah itu, bomoh telah merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semula semangat nelayan tersebut. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan. Dalam pertempuran tersebut, puteri sulung berkata;
“aku tahu asal-usulmu”,
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Jiwa nelayan telah dipulangkan dan nelayan kembali sedar. Bomoh dan rakan-rakan nelayan berasa terhutang budi kepada sang puteri, mereka telah mempersembahkan nasi bewarna kepada sang puteri sebagai tanda penghargaan atau berterima kasih. Upacara ini kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.
Walaupun asal-usul bermulanya tarian ulik mayang terdapat dalam perbagai versi namun, susunan peristiwanya agak serupa iaitu tentang sekumpulan nelayan yang telah mengalami kecelakaan di laut dan salah seorang daripada mereka tidak sedarkan diri. Tarian ini dilakukan untuk memuja semangat Puteri yang merujuk kepada tujuh semangat yang bersal dari laut. Semangat puteri ini sudah wujud di kalngan masyarakat Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar umbi dari kepercayaan animisme atau khurafat masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Tujuh Semangat Puteri dikenali sebagai Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh.
Terdapat beberapa sumber menyatakan upacara Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara mengubati pesakit degan menggunakan semangat yang dipuja.
Sewaktu upacara persembahan diadakan, ianya akan diiringi oleh seloka dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya. Persembahan ini dilakukan beramai-ramai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai dengan membuat bulatan dan pawang yang memegang mayang pinang akan duduk di tengah-tengah bulatan tersebut.
Setiap peralatan yang digunakan akan diasap dengan kemenyan satu persatu telebih dahulu bermula dengan seludang mayang dan diikuti dengan bunga dan peralatan yang lain.
Setelah itu bomoh akan menutup kepala dengan kain batik lepas dan dililit “semutar” dan separuh badannya ditutupi dengan kain putih yang menggunakan benang kapas dan duduk bersila sambil mengulek atau mengugam. Mengugam atau mengulek membawa maksud menyanyi dan melihat waktu yang baik untuk memohon pertolongan dan caranya ialah menyanyi dan menari. Pada waktu bomoh memulakan nyanyian, pukulan rebana mula mengiringi nyanyian pawang dengan tingkah laku tertentu yang mulanya perlahan kemudian kepada nada yang lebih sederhana dan tinggi. Dalam upacara ini, irama rebana tidak boleh tersalah kerana ini akan mengurangkan konsentrasi bomoh serta tidak akan membawa turun ”Puteri Tujuh” ke alam maya dan semangat.
Dalam upacara yang dianggap permainan inilah seorang bomoh atau pawang akan memulakan persembahan dengan membaca mentera memuja sejambak mayang pinang atau lukah atau kukur kelapa atau sebuah serkap dan benda-benda itu akan bergerak perlahan-lahan dan menari-nari dengan sesiapa sahaja yang memegang mayang tersebut atau dengan objek-objek lain. Maksudnya jika mayang dijadikan objek utama dalam persembahan ini, maka orang yang memegangnya akan ikut bergerak mengikut gerakan mayang yang dipegangnya. Begitu juga dengan lukah atau kukur kelapa, bubu atau serkap.
Pada peringkat terakhir, bomoh akan memecahkan mayang kelapa dengan menghempaskannya ke pasir atau menghempaskan sedulang mayang tadi ke telapak tangannya. Pada saat inilah sedulang mayang tersebut digerak-gerakkan untuk memanggil-manggil tujuh orang puteri seorang demi seorang. Puteri Satu adalah puteri tertua dan sulung yang harus dipanggil dengan tertib dan hormat sehinggalah Puteri tujuh yang terakhir iaitu puteri bongsu dan merupakan puteri yang paling cantik dan paling sakti. Dipanggil untuk mengulek dan melihat si pesakit jikanya bertujuan untuk pengubatan dan akan merahmati persembahan ulek mayang jika ianya untuk persembahan hiburan.
Upacara membawa turun tujuh puteri ini dibantu oleh “peduan” (Panduan) yang berfungsi sebagai “Tok Minduk”. Tok Minduk atau Peduan bermaksud “guru tua” atau guru segala guru dalam pengamalan ilmu seni tersebut. Kedatangan setiap puteri disambut dengan taburan tujuh biji bertih jantan dan biasanya setiap orang puteri akan memberi salam dan salam ini hanya dapat didengari oleh Pawang atau Peduan sahaja.
Penggunaan pantun dalam persembahan Ulek Mayang, dapat dilihat kepada fungsi magisnya iaitu sewaktu upacara “memanggil” ketujuh-tujuh Puteri Tujuh turun menyertai acara atau upacara menurun bagi mengubati penyakit. Puteri Tujuh merupakan lambang daripada mitos masyarakat, dan ianya juga sebagai watak-watak yang sentiasa hadir dalam kebanyakan cerita-cerita lisan tempatan, watak atau peristiwa yang ada hubungan lagenda dan sejarah tempatan atau pandangan dunia semesta masyarakat Melayu secara umumnya. Pantun yang digunakan dalam persembahan ulek mayang tidak banyak bezanya antara rangkap pertama sehingga ketujuh.
Pantun di atas dinyanyikan pada peringkat menghidupkan mayang. Apabila mayang telah hidup dan ”puteri tujuh” telah turun dan teresap sama ada kepada pesakit, suasana akan menjadi rancak maka pelbagai jenis pantun akan dinyanyikan namun lebih memfokuskan kepada ”puteri” yang dikaitkan dengan semangat suatu bentuk aforisme, iaitu menghaluskan ungkapan sebagai lambang atau kias kepada tujuh jenis semangat yang terdapat di dalam diri pesakit dan juga di alam ghaib termasuk, hantu, jin, penunggu, roh dan sebagainya.
Dalam tradisi mantera Melayu terdapat tujuh jenis angin (dilambangkan tujuh puteri) iaitu Angin Dewa tujuh (tambahan dari penulis, Dewa tujuh terdiri Dewa sakti,dewa Muda, Dewa Kecil, Dewa Indera, Dewa Bisnu, Dewa Syahmalik,dan Dewa Kesukma Daru ataupun Dewa Semar Daru, iaitu Angin dalam persembahan Main Puteri atau tokoh-tokoh dalam cerita Mak Yong), Angin Bidan ketujuh, Angin Hala Ketujuh, Angin Mambang Ketujuh,Angin Raja Bongsu, Angin Hulubalang atau Pendekar dan Angin Bersenang Pesakit (Hashim Awang:2007). Pelbagai jenis mantera sama ada dalam bentuk pantun atau mantera biasa ianya bertujuan yang pertamanya untuk memanggil semangat dan yang keduanya untuk memanggil angin.
Pada kebiasaanya, mantera (juga mantera dalam bentuk pantun) digunakan bagi memulihkan semangat pesakit yang telah dirasuk atau diserang hantu laut (puteri berselendang kuning) manakala hantu gunung (belantara) disebut puteri berselendang hijau:
Bismillah al-Rahman al-Rahim
Syeikh minat raja di kapal
Penjajah pengganti
Kecil besar, tua muda
Jantan betina, riuh rendah
Buta rengek, riuh pikuk
Jangan dikosek
Balik anak cucuku
Orang di hutan kita minta jauhkan diri
Orang di laut kita minta jauhkan diri
Orang di darat kita minta jauhkan diri
Orang di laut ada di darat
Diminta balik ke laut (Hashim Awang:2007)
Dalam mantera ulek mayang, semangat pesakit dipanggil balik serta dipulihkan dengan istilah yang disebut angin bersenang pesakit, dengan ungkapan lemah lembut hantu laut (juga hantu hutan/gunung/belantara) yang merasuk atau mengusai pesakit, diminta kembali ke tempat asal diminta balik ke laut . Kerasukan hantu ini dipercayai telah masuk ke dalam timun betek timun belulang ( ke dalam diri) pesakit sehingga pesakit tidak sedarkan diri, meracau, berkelakuan anih dan kadangkala tidak sedarkan diri.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-1381662119404909242015-05-08T11:35:00.003+08:002015-05-08T11:35:57.187+08:00SULTAN NAZRIN SEMPURNAKAN ISTIADAT TABAL PUSAKA
Istiadat mengambil air di tujuh kuala sungai di sekitar Sungai Perak hari ini sempena Pertabalan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berlangsung dengan penuh istiadat Kesultanan Melayu Perak.
Istiadat bermula kira-kira pukul 9.30 pagi dengan perarakan tujuh kenderaan khas diiringi paluan nobat dari pintu besar Istana Iskandariah ke jeti Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) di tebing Sungai Perak.
Perarakan diketuai Toh Seri Nara Diraja Mohd. Shah Nong Chik terdiri daripada pasukan nobat diraja, lima panglima dan tujuh bentara-bentara bersama-sama beberapa pawang istana membawa perkakas istiadat dan 16 jejawat berlembing.
Perkakas istiadat yang dibawa termasuklah 16 Geluk Mas Perak dihiasi dengan daun-daun nyiur muda berjari lapan, bekas perasap, bekas beras kunyit, bekas beras basah, bekas tepung tawar, bekas air sintuk dan bekas air bunga panca bicara.
Setelah tiba di jeti MPKK, perkakas istiadat dibawa naik ke dalam bot dan sepanjang istiadat itu nobat dipalu oleh pasukan nobat diraja.
Raja Chik Muda Pawang Diraja, Toh Seri Nara Diraja dan bentara-bentara kemudiannya menaiki bot dan mula mengambil air bermula di Kuala Sungai Kangsar.
Sebanyak 15 bot termasuk lapan bot pengiring menyertai istiadat mengambil air dari tujuh kuala sungai tersebut.
Walau bagaimanapun, untuk upacara berkenaan, panglima-panglima, jejawat berlembing serta pasukan nobat diraja tidak mengikuti bersama rombongan istiadat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Adat Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35, Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Datuk Seri Wan Mohd. Fathir @Wan Fadzir Wan Hussain berkata, istiadat mengambil air tersebut kemudiannya diikuti di Sungai Chempias, Sungai Saiong, Sungai Itam, Sungai Chermin, Sungai Buaia dan berakhir di Sungai Menora.
“Alhamdulillah, dalam masa dua jam lebih istiadat ini berjaya disempurnakan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
“Tugas mengambil air ini diserahkan kepada Toh Seri Nara Diraja dan Pawang Diraja. Air yang dimasukkan dalam geluk ini kemudiannya dibawa ke istana untuk acara bersiram tabal pada malam ini di Istana Iskandariah,” katanya.
Menurut beliau, istiadat mengambil air dari tujuh kuala sungai di sekitar Sungai Perak itu bermula selepas pucuk pemerintahan Kesultanan Perak beralih ke daerah tersebut.Jelasnya, pada zaman Kesultanan Melayu Perak yang pertama, air yang digunakan untuk Istiadat Bersiram Tabal diambil di sekitar kawasan Tanah Abang di kawasan Bagan Datoh.
“Tidak ada pantang larang tertentu semasa istiadat ini tetapi banyak kepada doa-doa mengikut hukum Islam.
“Kesemua air yang diambil itu akan dimasukkan ke dalam geluk dan dibawa naik ke Panca Persada untuk disimpan bagi Istiadat Bersiram Tabal yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini di Istana Iskandariah,” katanya.
TABAL PUSAKA
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan Istiadat Tabal Pusaka iaitu satu lagi istiadat penting dalam pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35 di Istana Iskandariah di sini malam ini.
Upacara dimulakan dengan Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan dan perkakas Nobat Diraja yang dikendalikan oleh Raja Chik Muda Pawang Diraja, Raja Rosli Raja Mohamad di Balairung Seri, Istana Iskandariah pada kira-kira pukul 9.30 malam.
Berangkat sama dalam majlis tersebut, bonda Sultan Nazrin, Raja Permaisuri Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Upacara dimulakan dengan Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan dan perkakas Nobat Diraja yang dikendalikan oleh Raja Chik Muda Pawang Diraja, Raja Rosli Raja Mohamad di Balairung Seri, Istana Iskandariah pada kira-kira pukul 9.30 malam.
Berangkat sama dalam majlis tersebut, bonda Sultan Nazrin, Raja Permaisuri Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Upacara tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berlangsung dalam keadaan gelap dan hanya diterangi cahaya lilin yang dibawa masuk oleh 16 jejawat perempuan.
Setelah selesai upacara memulih perkakas, Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat ke tempat bersemayam di puncak Panca Persada setinggi 11 tingkat di pekarangan istana yang dibina khas bagi Istiadat Bersiram Tabal.
Dalam upacara itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berada di bawah sehelai kain putih yang direntang dan dipegang oleh empat kerabat diraja wanita di setiap penjuru di tempat persemayaman pasangan diraja itu.
Istiadat disempurnakan dengan air yang diambil dari tujuh kuala Sungai Perak pada sebelah pagi ini, dicurahkan ke atas baginda berdua dengan diketuai Raja Chik Muda Pawang Diraja diikuti Toh Seri Nara Diraja, Mohd. Shah Nong Chik dan adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Azureen.
Baginda berdua kelihatan ceria sambil tersenyum sewaktu menjalani istiadat itu yang berlangsung selama kira-kira lima minit.
Sepanjang upacara itu berlangsung, lagu Raja Berangkat (Gendang Berangkat) dan Puteri Mandi Mayang dimainkan oleh Kumpulan Nobat Diraja Perak.
Sejurus selesai Istiadat Bersiram Tabal, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara diselimutkan dengan kain songket bersulam benang emas sebelum turun dari Panca Persada.
Selepas menukar persalinan di Bilik Kesenangan, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berangkat ke Balairung Seri untuk Istiadat Santapan Nasi Berastakona, sekali gus menyempurnakan Istiadat Tabal Pusaka.
Baginda berdua kemudian menghadiri majlis santapan di Dewan Santapan istana bersama dengan kaum kerabat, pembesar negeri dan tetamu yang lain.
Semalam, Sultan Nazrin ditabal sebagai Sultan Perak ke-35 dan Tuanku Zara dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak dalam Istiadat Tabal Adat yang berlangsung di Istana Iskandariah.
Istiadat Tabal Pusaka merupakan antara enam istiadat yang perlu disempurnakan sempena pertabalan Sultan Perak.
Istiadat tersebut mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Santapan Nasi Berastakona.
Selepas menyempurnakan istiadat Tabal Adat dan Pusaka hari ini, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan meneruskan pula istiadat menziarahi makam-makam sultan, raja pemerintah serta tokoh pembesar negeri terdahulu mulai esok, sebagai melengkapkan proses pertabalan baginda sebagai Sultan Perak Ke-35.
Makam pertama yang akan diziarahi Sultan Nazrin esok ialah Makam Tok Temong yang terletak di Kati, Kuala Kangsar dekat sini.
Sultan Nazrin dijadualkan berangkat dari Istana Iskandariah pada pukul 9 pagi ke lokasi makam sejauh 14 kilometer dan mengambil masa kira-kira 15 minit dengan berkereta.
Setibanya di Makam Tok Temong, Sultan Nazrin akan menyertai doa selamat dan kenduri arwah.
Tok Temong merupakan salah seorang pembesar di negeri ini sebelum wujudnya institusi Raja Perak.
Nama Tok Temong tercatat dalam sejarah kesultanan negeri Perak memandangkan Tok Temong yang membawa persembahan sejenis tangkal azimat, iaitu Mestika Embun ketika pertabalan Sultan Mudzaffar Shah I sebagai Sultan Perak yang pertama pada 1528.
Mestika Embun dijadikan sebagai salah satu alat kebesaran negeri sehingga ke hari ini dan digunakan dalam setiap istiadat pertabalan diraja Perak.
Selepas selesai menziarahi Makam Tok Temong, Sultan Nazrin akan berangkat pulang ke Istana Kinta dan menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah di sini.
Pada sebelah petang pula, baginda akan berangkat menziarahi Makam Bendahara Raja Alang Iskandar atau dikenali sebagai Marhum Teja di Kota Bharu, Gopeng dekat sini.
Sultan Nazrin dijadualkan berangkat dari Istana Kinta pada pukul 4 petang dan menuju ke lokasi makam sejauh 16 kilometer yang dijangka mengambil masa kira-kira 20 minit dengan berkereta.
Seperti di Makam Tok Temong, Sultan Nazrin akan menyertai bacaan doa selamat serta kenduri arwah di Makam Marhum Teja.
Marhum Teja ataupun Raja Alang Iskandar merupakan Bendahara Perak semasa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Shah I dan Sultan Ja'afar Muazzam Shah.
Ketika menjadi Bendahara Perak di Kuala Teja, baginda mengutip cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta.
Sesudah menziarahi Makam Marhum Teja, Sultan Nazrin akan pulang ke Istana Iskandariah dan berangkat ke majlis berzanji serta marhaban di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada sebelah malamnya.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-18830821509932670512015-05-06T16:06:00.000+08:002015-05-06T16:09:01.060+08:00PERTABALAN SULTAN PERAK - DAULAT TUANKU
Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV, Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini hari ini dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Perak.
Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri.
Paluan Nobat yang memainkan lagu ‘Raja Berangkat’ serentak mengiringi keberangkatan tiba Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang masing-masing lengkap berpakaian songket kuning diraja.
Terdahulu Sultan Nazrin Shah menerima Hormat Diraja yang diiringi lagu kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia di dataran istana pada pukul 9 pagi.
Baginda kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-73475091318143256362015-04-23T11:23:00.000+08:002015-04-23T11:23:00.110+08:00DAP BIADAP TIDAK HORMAT YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tindakan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberikan sebarang reaksi terhadap usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menimbulkan persoalan sama ada mereka mahu bertindak biadab atau tidak matang dalam berpolitik.
Persoalan itu ditimbulkan berikutan mereka langsung tidak mengangkat tangan sama bersetuju, tidak bersetuju mahupun berkecuali terhadap usul dalam Sidang DUN di sini, hari ini.
Difahamkan, itu kali pertama dalam sejarah DUN Negeri Sembilan, mana-mana ADUN sama ada daripada pihak pembangkang mahupun pemerintah tidak menyokong usul tersebut, yang lazimnya dibentang, dibahas dan diluluskan pada setiap penggal persidangan.
Hari ini, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Dr. Awaludin Said yang bertanyakan pendirian pembangkang terhadap usul tersebut tidak mendapat sebarang reaksi daripada pembangkang.
“Pembangkang, kamu bagaimana, tidak setuju tidak angkat tangan. Berkecuali pun tidak angkat tangan?” soal Awaludin.
Ketika itu, pembangkang tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya mendiamkan diri.
Awaludin bertanya lagi, “maknanya kamu tidak bersetuju?”. Bagaimanapun pembangkang masih tidak memberikan jawapan dan terus mengambil sikap berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi.
Sebelum itu, sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan sebaik sahaja selesai, Awaludin telah meminta semua ADUN mengangkat tangan sebagai tanda bersetuju, tidak bersetuju dan berkecuali.
Hanya ADUN dari Barisan Nasional (BN) yang mengangkat tangan bersetuju dan menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan berkenaan.
Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Muhriz pada istiadat pembukaan Isnin lalu, antara lain mengulas prestasi ekonomi negeri, kewangan dan pembangunan; memakmurkan negeri mensejahterakan rakyat; modal insan dan belia; pembangunan luar bandar, pertanian dan pelancongan; keselamatan; perpaduan; ekstremisme dan perkhidmatan awam.
Sementara itu, Mohamad yang ditemui pemberita selepas persidangan itu selesai berkata, tindakan yang dibuat oleh pembangkang itu seperti tidak mengiktiraf Tuanku.
“Kita (BN) menyokong titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Pembangkang tidak mengiktiraf Tuanku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Awaludin berkata, sewajarnya ADUN menyatakan pendirian tetapi kali ini mereka tidak berbuat demikian sama ada bersetuju, tidak bersetuju mahupun berkecuali, sebaliknya mengambil sikap mendiamkan diri.
“Saya berharap Ahli Yang Berhormat ada satu kewibawaan untuk membuat keputusan dalam memilih tiga pernyataan dalam mengundi walaupun itu hak mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP-Chennah) berkata, pembangkang tidak memberikan sebarang reaksi terhadap usul titah ucapan itu kerana yakin titah ucapan itu dibuat oleh kerajaan negeri dan diberikan kepada Tuanku Muhriz untuk dibaca.
“Titah ucapan Tuanku adalah dasar kerajaan negeri. Memang ada nasihat Tuanku kita terima dengan baik. Tidak ada apa-apa isu, kita tidak membantah, tidak mengangkat tangan. Itu hak kita sebagai ADUN,” katanya.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-27783434884144973092015-04-22T12:52:00.002+08:002015-04-22T14:43:33.673+08:00MSMW HIMPUN PENGAMAL MEDIA SOSIAL #MSMW2015
Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2015 berupaya menjadi satu platform terbaik bagi menyampaikan dan berkongsi maklumat mengenai media sosial di antara pengamal tempatan dan luar negara.
Presiden Majlis Media Sosial Malaysia, Shahul Hameed Dawood berkata, menerusi MSMW 2015, peserta bakal didedahkan dengan pengetahuan dan perkembangan media sosial seperti Facebook, Twitter, Google dan sebagainya.
“Menerusi program ini, kita dapat berbincang mengenai etika dan isu kebebasan dalam dunia siber agar tidak disalah guna oleh pihak tertentu.
“Penganjuran MSMW 2015 dilihat mampu merapatkan hubungan pengamal media sosial di dalam dan luar negara malah dapat meningkatkan kefahaman rakyat tentang peranan media sosial dalam masyarakat,” katanya ketika berucap dalam majlis koktel MSMW 2015 di sini hari ini.
Seramai 29 penceramah dari dalam dan luar negara ditampilkan menerusi MSMW 2015 antaranya dari India, Singapura, Filipina, Australia, Arab Saudi, Vietnam, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.
MSMW 2015 yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Berjaya Times Square turut disokong Kementerian Wilayah Persekutuan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perbadanan Putrajaya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kebanyakan pengamal media sosial dan penceramah amat teruja untuk menyertai MSMW 2015.
Pegawai media strategik, Andrew Chow, 48, berkata, ini merupakan penglibatan pertamanya dalam program seumpama ini.
“Saya amat gembira kerana terpilih menjadi salah seorang penceramah di MSMW kali ini malah teruja untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan media sosial.
“MSMW merupakan medium terbaik kepada pengamal media untuk berhimpun bagi membincangkan isu-isu terkini mengenai media sosial,” katanya yang berasal dari Singapura.
Sementara itu, Ketua Informasi dan Teknologi Bharatiya Janata Party (BJP), India, Arvind Gupta, 45, berpuas hati dengan senarai penceramah kali ini dan kandungan yang bakal dibincangkan bersama para pengamal media sosial.
“Program ini bukan sahaja mampu mendidik masyarakat bahkan menangani isu-isu generasi muda yang terlalu terpengaruh dengan fahaman dan ideologi yang disampaikan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter.
“Acara ini mampu membina rangkaian hubungan sosial melalui cara yang mudah di samping mempromosi dan menyokong penggunaan media sosial secara berdisiplin dan beretika,” katanya.
Seorang blogger tempatan, Ng Sock Peng, 35, memberitahu, MSMW 2015 membuka peluang kepada blogger untuk mempromosi dan berkongsi tentang cabaran mengenai media sosial.
“Saya lihat MSMW 2015 dapat membantu kami sebagai blogger untuk menulis fakta-fakta yang betul di samping memberi maklumat yang berguna dan berkualiti kepada pengguna media sosial,” katanya. - SUMBER
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-28121242117021183752015-04-20T10:09:00.003+08:002015-04-20T10:09:33.939+08:00DAULAT TUANKU - ISTIADAT PERTABALAN DEKATKAN SULTAN BERSAMA RAKYAT
Menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mahukan istiadat pertabalan baginda bulan depan menjadi platform mendekatkan hubungan dengan rakyat, pelbagai program telah diatur melibatkan penyertaan rakyat jelata.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Anuar Zaini dalam sesi taklimat kepada media sempena Istiadat Pertabalan di sini baru-baru ini berkata, seperti dititahkan Sultan Perak, istiadat itu juga bukan untuk berpesta atau bersuka ria.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Penerbitan, Cenderamata, Belia dan Pelajar Istiadat pertabalan berkata, acara yang disusun turut melibatkan penyertaan rakyat terutama generasi muda menerusi program seperti pertandingan menulis esei, pidato serta Larian Pertabalan.
“Sultan mahu istiadat ini menyediakan ruang untuk mengenali lebih dekat, lebih rapat majoriti rakyat negeri ini dan platform untuk rakyat disatukan.
“Dalam masa sama, baginda amat prihatin terhadap perbelanjaan kerana istiadat bukan untuk bermegah-megah serta bermewah, sebaliknya, mahu meneruskan kesinambungan adat dan budaya,” katanya.
Selain Istiadat Pertabalan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Mei dan melawat makam-makam Sultan Perak, Sultan Nazrin juga dijadual menghadiri beberapa program bersama rakyat sepanjang 15 hari pertabalan diadakan.
Bermula pada 3 Mei, baginda akan berangkat menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sebelum merasmikan pameran koleksi gambar sempena Istiadat Pertabalan di Dewan Bandaran Ipoh pada keesokan hari selain penyampaikan hadiah peraduan menulis esei di Hotel Casuarina di sini.
Selesai istiadat pertabalan pada 6 dan 7 Mei di Istana Iskandariah, baginda juga akan berangkat ke majlis berzanji dan marhaban di Masjid Ubudiah pada 8 Mei.
Sementara itu, sepanjang istiadat menziarahi makam-makam Sultan Perak dari Kuala Kangsar sehingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh, beberapa Majlis Bersama Rakyat diatur di lokasi-lokasi yang bakal disinggahi baginda antaranya di Padang Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakob, Bota Kanan (11 Mei), Kampung Gajah (12 Mei) dan Arena Square, Teluk Intan (13 Mei).
Keberangkatan baginda untuk menziarahi makam-makam Sultan Perak juga disifatkan sebagai kesempatan terbaik untuk rakyat bertemu baginda dengan lebih dekat.
Ini kerana baginda akan menziarahi makam-makam yang terletak di kawasan kampung di sepanjang Sungai Perak seperti di Sayong, Manong, Belanja, Bota Kanan, Parit, Lambor Kanan, Pulau Tiga, Kampung Gajah dan Teluk Intan.
Sultan Nazrin turut dijadual berangkat ke Program Larian Pertabalan dan pertunjukan tatu di Stadium Perak pada 16 Mei.
Pada tarikh tersebut, Program Larian Pertabalan turut diadakan di kesemua 10 daerah di negeri ini disusuli Majlis Menutup Kerja pada 17 Mei di Istana Iskandariah. - SUMBER
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-57438748652039045722015-04-03T10:01:00.002+08:002015-04-03T10:01:20.285+08:00SIAPA YANG TAK PERNAH MENANGIS ?
Siapa yang tak pernah menangis
Dihujung setiap ketawa dan lupa
Siapakah diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan?
Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa
Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-14519230728440010052015-04-01T12:27:00.001+08:002015-04-01T12:27:52.209+08:00I WILL SURVIVE GST
Hye hye. Lama gila aku tak update blog sekarang ni. Bukan sebab sibuk tapi sebab tiada idea. Aku dah hilang feel nak menulis seperti zaman muda remaja dulu. Bila umur dah lebih 30 tahun ni, perasaan dan pemikiran tu rasa lain. Bila rasa nak tulis merapu + gila macam dulu, cepat je otak ni kata TIDAK.
Nak menulis entry inipun, aku terpaksa berperang dengan perasaan dan kematangan berfikir. Dan aku rasa aku berjaya menahan kematangan berfikir kali ini HAHAHAHA. Kalau nak ikut kematangan berfikir, memang sah aku bungkus je blog ni.
Aku tak pergi mana mana dalam sebulan dua ni. Faktor terbesar yang menjadi kenkangan adalah DUIT. Dapat gaji, selesaikan semua bil dan repair Elisya, maka duii aku secara automatik menjadi sedikit. Jadi nak enjoy huru hara macam dulu memang tak dapatlah kan.
Oh yea aku sekarang ada dua hobi baru. Yang pertama, membeli dan mengumpul senjata tradisional. Setakat ini aku ada... DUA BILAH KERIS je hahaha. Baru dua je. Itupun ratus juga duit aku habis. Niat aku memang nak menambah lagi koleksi yang ada. Sekarang tengah intai intai sebilah Katana. Harga dah dapat. Tapi masih berfikir je nak ambil ke tak.
Hobi baru yang kedua pulak adalah shopping online. Tapi bukan shopping kain tudung atau supplimen sebaliknya buku. Sebab aku malas nak turun KL pergi ke MPH atau Popular, jadi aku beli online je. Tapi ada juga aku beli dari facebook. Sekarang bertimbun pula buku kat atas meja aku kat ofis ni.
Sebab dua hobi ni, bajet aku jadi defisit setiap bulan. Tapi tak apalah. Aku percaya aku akan mampu meneruskan hidup walaupun dengan ancaman GST. Bak lagu Gloria Gaynor, "I Will Survive"
You're the one who tried to hurt me with goodbye
Do you think I'd crumble
Did you think I'd lay down and die?
No, not I, I will survive
Long as I know how to love
I know I'll stay alive
I've got all my life to live
And all my love to give and I'll survive
I will survive
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-63502315526924456792015-03-26T10:48:00.001+08:002015-03-26T10:48:03.407+08:00TIMUR TENGAH TERUS BERGOLAK
Pemberontak Houthi, semalam menawan Pangkalan Tentera Udara Al-Anad, berhampiran sebuah istana yang menjadi tempat pelindungan Presiden Abdrabuh Mansur Hadi, sehari selepas tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan pangkalan itu.
“Pemberontak Houthi merampas pangkalan tentera itu selepas satu pertempuran dengan tentera kerajaan,” ujar pegawai.
Tentera AS yang ditempatkan di pangkalan itu telah berpindah pada Jumaat lalu atas faktor keselamatan.
Yemen sebelum ini mengakui anggota tentera AS di pangkalan tersebut, mengumpulkan maklumat risikan untuk melancarkan serangan drone sebelum mereka berpindah.
Menurut tentera, selepas merampas pangkalan itu, pemberontak Houthi mara ke selatan, kira-kira tiga kilometer dari bandar raya Huta di wilayah Lahj yang terletak bersebelahan Aden.
Pemberontak Houthi yang diketuai bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Salleh bertempur dengan tentera kerajaan di kedua-dua wilayah itu sebelum berpindah ke Aden.
Ali yang meletak jawatan pada 2012 berikutan bantahan di seluruh negara, dituduh menyokong puak Syiah semata-mata mahu berkuasa semula.
Ahad lalu, pemberontak Houthi merampas sebuah lapangan terbang di bandar Taez, kira-kira 180 kilometer di utara Aden yang dilihat sebagai pintu masuk strategik ke tempat perlindungan Abdraduh di selatan negara ini.
Semalam, Abdraduh menggesa Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi bagi menyediakan sokongan segera ‘dengan segala cara’ bagi melindungi Yemen dan menghalang pemberontak Houthi menceroboh beberapa bandar termasuk Aden. – AFPAlanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-13743308276198265732015-03-04T15:00:00.000+08:002015-03-04T15:00:02.283+08:00ORANG MELAYU MAMPU BERSATU ANDAI DIBUANG PENYAKIT WAHAN
KELMARIN genap 69 tahun lalu, orang Melayu berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dari 1 hingga 4 Mac 1946 bagi menyatakan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union.
Mereka menentang tipu helah British yang cuba mempengaruhi raja-raja supaya menandatangani perjanjian menyatukan negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang di bawah Malayan Union dan ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.
Dalam perhimpunan yang dihadiri wakil 41 pertubuhan Melayu lahirnya cadangan supaya ditubuhkan UMNO sebagai platform untuk orang Melayu bernaung di bawah satu wadah politik.
Berpegang kepada slogan ‘Hidup Melayu’, perjuangan UMNO mula digerakkan sehingga akhirnya Malayan Union dibubarkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.
Perjuangan UMNO diteruskan selepas itu dengan kerjasama parti-parti bukan Melayu bagi memerdekakan tanah air dan kemudian tumpuan beralih kepada agenda pembangunan yang antara matlamat utamanya memastikan Melayu tidak ketinggalan berbanding kaum lain.
Setelah satu tempoh cukup panjang, akhirnya perhimpunan serupa diadakan buat kali kedua dengan nama Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Sama seperti perhimpunan pertama yang telah mencetuskan banyak gagasan-gagasan hebat, maka perhimpunan kali kedua telah melahirkan pelbagai idea-idea baharu dengan matlamat menggerakkan renaisans Melayu.
Perkataan yang bermaksud kebangkitan semula bertujuan menjadikan Melayu bangsa termaju yang disegani di mata dunia. Perkataan lain yang membawa maksud hampir serupa termasuk hijrah, transformasi dan islah.
Perhimpunan yang diadakan bukan diisi dengan retorik politik seperti yang cuba digambarkan oleh portal berita propembangkang yang semaksimum mungkin mahu menggagalkan kebangkitan semula orang Melayu.
Cukup unik apabila penganjur utama, Majlis Perundingan Melayu (MPM) tidak mahu menggunakan perkataan ‘kaum’ bagi merujuk kepada orang Melayu sebaliknya memilih merujuknya sebagai satu ‘bangsa’.
Ini selaras dengan pendirian mereka bahawa bangsa Melayu bukanlah etnik kerdil yang hanya wujud di Malaysia. Sebaliknya telah zaman berzaman ia wujud sebagai rumpun bangsa di rantau Melayu-Polynesia termasuk orang Maori di New Zealand.
Semangat ribuan belia dan veteran Melayu untuk menghadiri perhimpunan tersebut ketika ‘cuaca panas’ walaupun pada waktu malam, memang dikagumi kerana mereka tidak diberi sebarang layanan istimewa. Tiada makanan percuma yang disediakan dan mereka tidak dibayar tambang untuk hadir.
Turut menerima layan serupa ialah pemimpin kerajaan, peneraju syarikat milik kerajaan (GLC) dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta golongan profesional.
Ada yang menempuh perjalanan beratus kilometer untuk ke lokasi itu semata-mata bagi menjayakan agenda utama perhimpunan iaitu menghidupkan semula perpaduan dan menyemarakkan kembali kehebatan Melayu.
Antara mereka ialah seorang pak cik yang memperkenal dirinya dengan nama ‘Pak Teh Man’ dari Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu yang sempat penulis temui pada perhimpunan itu. Dia yang berusia 68, datang ke ibu negara bersama-sama rakan-rakannya dengan menaiki lima bas.
Semangat sama dikongsi Mohd. Rizal Shukri, 23, pelajar Ijazah Perubatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Dia yang sempat ditemu ramah Bernama berharap orang Melayu dapat mengetepikan perbezaan fahaman politik demi perpaduan bangsa itu.
Para hadirin yang ditemui juga setuju dengan amanat yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Melayu tidak harus lagi bergantung atau meminta-meminta daripada kerajaan sebaliknya memulakan inisiatif sendiri bagi memajukan bangsa itu.
Apa yang saya boleh buat atas nama orang Melayu? Apa yang saya boleh menyumbang? Itulah ungkapan yang sepatutnya sentiasa disebut oleh Melayu.
Mereka boleh memberikan sumbangan bermakna sama seperti ikon-ikon Melayu hebat termasuk Datuk Mokhtar Dahari (sukan), Tan Sri P. Ramlee (filem), Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood (misi kemanusiaan), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari (usahawan) dan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (gabenor bank wanita).
Sejajar dengan amanat itu, orang Melayu telah mencetuskan beberapa inisiatif tidak melibatkan kerajaan yang telah dilancarkan ketika perhimpunan berkenaan.
Antaranya Tabung Pendidikan 1Bilion oleh Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) Malaysia. Dana yang dikutip daripada 600,000 alumni UiTM akan digunakan bagi membiayai aktiviti pendidikan, kebajikan dan penyelidikan oleh bangsa Melayu.
Turut dilancarkan ialah Koperasi Majlis Perundingan Melayu Berhad oleh MPM dengan sasaran mendapatkan pelaburan sejuta ahli. Koperasi itu diuruskan oleh Amanie Corporate Advisor Sdn. Bhd.
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) pula memperkenalkan program Satu Keluarga Satu Syarikat (1K1S) bagi menggalakkan sesebuah isi rumah menjalankan perniagaan dengan berkongsi dalam satu pemilikan ekuiti saham.
1K1S bertujuan menghimpunkan semua harta seperti tanah dan rumah yang dimiliki oleh sesebuah keluarga dan ditukarkan dalam sijil saham bagi diagih-agihkan dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan.
Turut dilancarkan ialah Program Melayu 2050 dengan kerjasama Institut Perkembangan Minda (Inmind) dan UiTM dengan matlamat melahirkan bangsa Melayu yang lebih hebat.
Selaras dengan titah Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah yang merasmikan perhimpunan pertama supaya aspek keagamaan jangan diketepikan dalam sebarang bentuk perjuangan, maka perhimpunan kali ini turut memberikan tumpuan menegakkan maqasid syariah.
Ia merujuk usaha bagi merealisasikan objektif hukum Islam yang meliputi lima perkara iaitu agama, kehidupan, zuriat, ilmu dan harta. Antaranya cadangan supaya diperkasa agama Islam dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Islam.
Semoga perhimpunan ini akan membangkitkan lagi semangat bangsa Melayu untuk menjadi hebat, bermaruah dan berkat. Akhirnya, sama-samalah kita menghayati pantun yang dibaca pengacara majlis, Ally Iskandar yang menyimpulkan matlamat utama gerakan renaisans Melayu.
Buai laju-laju,
Sampai pucuk sena,
Melayu boleh maju,
Hingga terajui dunia.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-2103874545442118022015-03-04T11:29:00.002+08:002015-03-04T11:29:48.420+08:00BUDAYA ILMU PERLU MENJADI TERAS DALAM BANGSA MELAYU
Orang Melayu disaran menanamkan budaya membaca bagi memenuhi ilmu di dada supaya mereka tidak ketinggalan dengan bangsa-bangsa lain.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Ir. Sahol Hamid Abu Bakar, berkata, sikap suka membaca perlu dimiliki oleh orang Melayu kerana dengan membaca akan menjadikan mereka memiliki tahap pemikiran sangat tinggi dan ilmu pengetahuan luas.
“Otak ibarat sebuah pedang, semakin diasah akan semakin tajam. Jika tidak diasah akan tumpul juga akhirnya.
“Dengan adanya sikap suka membaca, sudah pasti akan menampilkan orang Melayu yang lebih berfikiran kreatif dan mempunyai imaginasi tinggi kerana akal sentiasa aktif,” katanya ketika dihubungi di Utusan Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Melayu yang diadakan pada 28 Februari 2015 di Stadium Bukit Jalil menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat serta bermaruah.
Dalam amanat yang kelima, Najib berkata, perlu untuk memberi penekanan terhadap usaha melatih dan mendidik orang Melayu sebagai peneraju yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif, berwawasan serta berfikiran global, namun dalam masa sama, berpaksikan kepada adat resam dan budaya Melayu.
Selain itu, Sahol Hamid berkata, dengan adanya dunia teknologi serba canggih hari ini, orang Melayu tidak perlu lagi mengusung buku ke sana ke mari, malah dengan hanya satu ‘klik’ sahaja sudah boleh mendapat bahan bacaan.
“Apa lagi yang hendak dicari jika semuanya sudah di hujung jari? Tiada alasan lagi untuk membazir masa,” katanya.
Sementara itu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din berkata, kemudahan untuk pendidikan semuanya sudah disediakan oleh kerajaan cuma terletak kepada kesungguhan anak Melayu sendiri sama ada mahu meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya atau tidak.
“Ramai anak Melayu yang miskin mahu meneruskan pengajian. Cuma ada di antara mereka yang malas untuk mendapatkan maklumat tentang biasiswa atau kemudahan yang disediakan terhadap mereka.
“Pelajar miskin di luar bandar juga mampu mencapai kejayaan, justeru rebutlah peluang yang terbuka luas,” katanya.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-70350849163359068132015-02-27T11:13:00.002+08:002015-02-27T11:13:50.534+08:00PERBEZAAN EKONOMI MELAYU DAN BANGSA LAIN
Semasa British mula memerintah Tanah Melayu, mereka telah membuka lombong bijih serta ladang getah. Walaubagaimanapun orang orang Melayu enggan bekerja dengan British kerana sentiment anti penjajah. Untuk mengatasi masalah pekerja, British telah membawa masuk orang orang Cina dan India.
Walaupun orang orang cina ini pada mulanya hanya bekerja sebagai pelombong di lombong, namun pengalaman serta sifat orang Cina dalam bidang perniagaan mendorong mereka membuka perniagaan dikawasan Bandar. Sementara itu orang Melayu terus tinggal dikawasan kampung dan hanya bekerja dalam bidang pertanian dan nelayan.
Semasa Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, orang orang cina terus menjadi dominan dalam bidang perniagaan dan ekonomi sementara orang Melayu terus kekal dikawasan kampong dan luar Bandar. Orang Melayu yang bekerja dalam sector pertanian hanya mendapat pendapatan perkapita yang rendah.
Anggaran pendapatan tahunan orang cina dalam tahun 1957 adalah $272, berbanding dengan orang Melayu $144 dan orang india $217. Perbezaan ini berterusan sehinggalah selepas merdeka. Sebagai contoh, dalam tahun 1970, orang Melayu memiliki kurang daripada 4 peratus perniagaan dalam bidang pembuatan berbanding bangsa lain 79.6 peratus.
Orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, jumlah pelajar Melayu di Universiti Malaya dalam tahun 1968, adalah lebih rendah daripada pelajar cina. Graduan pelajar cina yang mengambil jurusan sains dari Universiti Malaya pada tahun 1968 adalah seramai 1,488 berbanding pelajar Melayu hanya seramai 89 orang. Dalam tahun 1970, daripada 493 graduan sains, hanya 22 orang adalah pelajar Melayu.
Bijih Timah
Penemuan bijih timah di Perak pada pertengahan abad ke 19 telah mendorong kedatangan imigran cina. Jumlah populasi mereka bertambah sehingga melebihi jumlah orang Melayu di Perak. Orang Melayu yang menjalankan perlombongan bijih secara tradisional telahpun ketinggalan berbanding orang cina yang menggunakan teknologi yang lebih maju. Dalam tahun 1910, lombong kepunyaan cina menghasilkan lebih kurang 78% timah di Malaya. Bagaimanapun dalam tahun 1938, orang eropah mula menguasai perniagaan timah dan orang cina hanya menguasai 1/3 lombong. Peleburan bijih dimonopoli oleh dua syarikat British iaitu Straits Trading Company dan Eastern Smelting Company. Pemilik lombong Melayu terutama hak Sultan sudah pun bertukar tangan kepada British apabila Sultan hanya dibayar pencen tahunan.
Ladang Getah
Dalam sektor getah, orang Melayu juga hampir ketinggalan. Tahun 1924, 1,122,068 ekar tanah telah ditanam dengan tanaman getah. 55 peratusnya adalah milik orang eropah, 9 peratus milik orang asia lain, 9 peratus milik lain lain bangsa. Manakala orang Melayu memiliki lebih kurang 25 ekar sahaja.
Perniagaan
Sebelum kedatangan Portugis dan Belanda, orang Melayu merupakan bangsa peniaga. Malah mereka pernah berniaga merentasi lautan. Kedatangan penjajah Portugis dan Belanda serta monopoli mereka membuatkan orang Melayu ketinggalan dalam perniagaan. Lebih tiga abad, orang Melayu ketinggalan dan tidak berdaya saing membuatkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang perniagaan. Kedatangan peniaga cina pada kurun 18 telah mula mengambil alih bidang ekonomi sehingga sekarang.
Selepas ketinggalan dalam ekonomi, orang Melayu hanya menumpukan perhatian kepada bidang pertanian. Namun sikap orang Melayu yang tidak mahu mengembangkan ladang pertanian mereka membuatkan mereka tidak kaya. Orang Melayu hanya tertumpu dalam bidang sawah dan penternakkan. Sementara bangsa lain menggunakan simpanan mereka untuk memiliki tanah atau perniagaan yang mendatangkan hasil yang lebih baik.
Polisi British yang menetapkan orang Melayu hanya bertani, jelas merugikan orang Melayu. Malah British juga tidak menyediakan bantuan kewangan kepada orang Melayu membuatkan orang Melayu terpaksa berhutang kepada ceti dan peniaga cina yang mengenakan bayaran bunga yang tinggi, sehingga lebih ramai orang Melayu kehilangan tanah mereka. Di Selangor, dalam tahun 1909 dan 1910, 7,567 ekar tanah milik Melayu telah bertukar milik kepada bangsa lain akibat kegagalan orang Melayu menjelaskan hutang.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-52845685253748446532014-12-31T16:52:00.005+08:002014-12-31T16:52:53.862+08:00ENTRY PENUTUP TIRAI 2014
Pejam celik pejam celik, akhirnya kita semua akan meninggalkan tahun 2014 ini. Sepanjang tahun 2014 ini, aku berpeluang melawat Pekan di Pahang, melawat Kundasang dan Kota Kinabalu di Sabah serta balik sekejap ke Melaka.
Program terakhir tahun 2014 ini adalah Comic Fiesta di KLCC minggu lepas. Ini adalah antara acara yang aku cuba hadiri saban tahun. Walaupun setiap tahun, ianya adalah program sama tapi kemeriahan costplay membuatkan aku sentiasa ingin menjengah acara ini.
Tahun 2014 ini juga sememangnya tahun yang penuh dugaan buat negara. Kehilangan pesawat MAS MH370 dimana sehingga kini masih belum dijumpai telah mengemparkan kita semua. Pesawat yang berlepas daripada Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China dengan membawa seramai 239 orang telah hilang di kawasan Laut China Selatan. Misteri kehilangan MH370 terus menjadi perbualan ramai pihak walaupun telah 9 bulan berlalu tanpa sebarang petunjuk dimana MH370 berada.
Belum reda dengan kehilangan MH370, sekali lagi kita dikejutkan apabila sebuah lagi pesawat MAS iaitu MH17. Pesawat MH17 berlepas dari Belanda menuju Kuala Lumpur dengan membawa seramai 298 orang telahpun ditembak oleh pihak Ukraine yang sedang berperang dengan Rusia. Pesawat telah meletup dan berkecai diudara. Ramai rakyat Malaysia terkorban didalam nahas berkenaan. Namun duka ahli keluarga terubat apabila jenazah mangsa nahas dapat dikenalpasti dan dibawa pulang ke tanahair.
Untuk penutup tahun 2014, sekali lagi rakyat negara ini diuji dengan banjir besar pula. Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak lebih besar dan teruk daripada yang dijangkakan. Dianggarkan lebih seratus ribu mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan. Terdapat juga mangsa banjir yang terputus hubungan berikutan air banjir yang begitu tinggi serta kerosakkan jalanraya. Kerosakkan harta benda juga dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
Untuk tahun 2015 yang bakal menjelang tiba, diharap ianya membawa sinar kebahagiaan buat kita semua. Semoga kita dijauhi daripada bencana dan malapetaka seperti ini.
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-48284478891767980482014-12-24T14:00:00.000+08:002014-12-24T14:00:03.304+08:00KENAIKAN HARGA MINYAK PERMAINAN AMERIKA SYARIKAT
ISU harga minyak yang mengalami penurunan secara mendadak masih menjadi topik utama perbincangan dalam kalangan penganalisis ekonomi. Bayangkan hanya kerana harga minyak turun ia memberi implikasi ekonomi kepada banyak negara. Terdapat berita yang menyatakan bahawa penurunan harga minyak disebabkan kerana agenda tersirat oleh kuasa Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tekanan terhadap Rusia. Umum mengetahui kedua-dua negara ini sentiasa “berperang” meskipun selepas era Perang Dingin.
Adakah ini penyebab utama penurunan harga minyak? Terdapat juga pandangan mengatakan bahawa punca utama penurunan harga minyak dek kerana persaingan di antara pengeluar-pengeluar minyak dunia. Tidak ramai yang mengetahui bahawa komoditi yang cukup penting ini juga ada alternatifnya. Minyak yang selalu digunakan oleh kita merupakan minyak konvensional yang disebut sebagai minyak bumi.
Minyak sebegini juga ada pesaingnya yang mana dikenali sebagai minyak syal. Minyak muka bumi dikuasai oleh 12 negara yang menjadi anggota dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Mengikut rekod, 40 peratus minyak dunia dikeluarkan oleh negara-negara OPEC. Sebanyak 13 peratus minyak dunia dikeluarkan oleh anggota utama OPEC, iaitu Arab Saudi. Keputusan mesyuarat negara-negara OPEC pada bulan lepas untuk mengekalkan pengeluaran minyak dunia sudah cukup menggambarkan persaingan di antara negara-negara pengeluar minyak untuk menguasai pasaran minyak dunia.
Lebih-lebih lagi, AS sedang mengalami peningkatan dalam pengeluaran industri minyak syal dan cuba berusaha untuk menguasai pengeluaran minyak dunia. Deposit terbesar minyak syal berada dalam penguasaan AS. Sayugia diingatkan bahawa pada 2008, harga minyak meningkat pada tahap tertinggi hampir AS$150 setong. Kenaikan harga minyak dunia pada masa itu merancakkan industri minyak syal. Ini kerana kos pengeluaran minyak syal adalah mahal maka keuntungan hanya boleh dijana apabila harga minyak dunia berada pada tahap yang tinggi.
Jika tidak kerana harganya yang mahal, sudah tentulah minyak syal ini sudah dikeluarkan secara besar-besaran sejak dahulu lagi. Ini kerana minyak syal bukanlah baharu. Ia sudah lama ditemui. Cuma tidak dikeluarkan secara besar-besaran berbanding minyak bumi yang lebih cekap dari segi kos pengeluarannya. Namun, krisis harga minyak yang terlalu tinggi pada 2008 membuka peluang kepada AS untuk meningkatkan pengeluaran minyak syal. Ini boleh menjejaskan penguasaan negara-negara OPEC terutamanya Arab Saudi ke atas pasaran minyak dunia.
Jadi, cara terbaik untuk mengekang peningkatan pengeluaran minyak syal oleh AS dan sekali gus mencantas AS daripada menguasai pasaran minyak dunia adalah dengan cara mengeluarkan minyak muka bumi dengan kadar yang banyak. Ini dikukuhkan lagi apabila Rusia sendiri telah menyatakan pendirian tidak akan memotong pengeluarannya pada tahun hadapan menggambarkan terdapat usaha secara berterusan di antara negara-negara pengeluar minyak bumi untuk membunuh industri minyak syal yang dimonopoli oleh AS.
Dengan harga minyak yang semakin menurun, maka, pengeluar dan syarikat minyak syal akan mengalami kerugian kerana tidak dapat menampung kos modal dan perbelanjaan untuk mengeluarkan minyak tersebut kepada pembeli.
Kesannya akan lebih parah lagi jika harga minyak dunia kekal berada pada paras terendah dalam tempoh jangka masa panjang. Kerugian besar akan dialami oleh pemain-pemain industri minyak syal dan akhirnya boleh menyebabkan mereka memberhentikan pengeluaran minyak syal.
Apakah iktibar yang boleh diambil oleh negara dan rakyat Malaysia? Iktibar utamanya sudah tentulah menunjukkan bahawa penguasaan pengeluaran sesuatu produk merupakan kuasa yang cukup penting dalam menentukan harga produk berkenaan. Secara umumnya, penguasaan pengeluaran dengan cara menguasai pasaran juga boleh membunuh pesaing-pesaing lain. Secara spesifiknya, banyak bidang ekonomi di Malaysia sewajarnya diberikan keutamaan dengan cara mengeluarkan sesuatu produk secara besar-besaran. Misalnya, dalam sektor pertanian, pengeluaran produk-produk pertanian yang berkualiti tinggi bukan sahaja boleh mengurangkan import barangan makanan tetapi juga boleh meningkatkan eksport pertanian ke negara-negara lain.
Sesuatu yang cukup menarik apabila kerajaan mengumumkan untuk menubuhkan Majlis Eksport bagi mengambil peluang penurunan mata wang ringgit berbanding dolar AS ekoran penurunan harga minyak. Sememangnya ini merupakan satu strategi yang cukup baik untuk meningkatkan ekonomi negara. Namun, kesannya adalah lebih baik lagi jika kerajaan juga menubuhkan Majlis Import bagi tujuan mengurangkan import negara dengan cara mengoptimumkan pengeluaran produk-produk domestik negara. Ada di antara produk-produk tempatan atau domestik seperti pertanian boleh dikeluarkan di Malaysia secara besar-besaran.
Selain pertanian, usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah hartanah di Malaysia juga boleh mengurangkan tekanan harga ke atas pembeli rumah. Umum mengetahui, penguasaan secara kartel dan monopoli mendorong pemain-pemain industri hartanah mengenakan harga rumah yang tidak masuk akal kepada pembeli. Kerajaan secara berterusan perlu meningkatkan jumlah hartanah yang berharga murah dan berkualiti tinggi melalui agensi berkenaan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mampu memiliki rumah.
Jumlah pengeluaran hartanah yang banyak boleh mengurangkan penguasaan pasaran pemain industri hartanah dan tekanan peningkatan harga hartanah kepada rakyat Malaysia. Strategi sebegini menyerlahkan kuasa pengeluar yang sewajarnya digunakan oleh kerajaan untuk mendatangkan kebaikan terhadap rakyat Malaysia. - UTUSAN MALAYSIA
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8698932.post-81394079333581441422014-12-24T11:57:00.002+08:002014-12-24T11:57:51.324+08:00BERSARA MISKIN
SELEPAS bersara, bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan ‘gaji’ bulanan sebanyak RM208 bagi menanggung kehidupan seharian selama 20 tahun atau 240 bulan termasuk terpaksa melunaskan hutang pinjaman kereta, perumahan, pinjaman peribadi, keperluan diri sendiri dan keluarga.
Lebih teruk lagi sekiranya masih terpaksa menanggung anak-anak yang sedang belajar, melunaskan saki-baki hutang perkahwinan hebat ‘wedding of the year’, kos tinggi rawatan perubatan secara ‘pakej’ - kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Keadaan yang menyesakkan nafas ini secara khususnya banyak melibatkan majoriti pekerja swasta, berbeza dengan rakan penjawat awam lain yang mampu menarik nafas lega kerana masih mempunyai talian hayat duit pencen.
Menurut statistik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak 69 peratus pencarumnya yang berusia 54 tahun pada 2013 mempunyai simpanan hari tua di bawah RM50,000 dan lebih tragik lagi apabila majoriti daripada mereka menghabiskan simpanan itu dalam tempoh antara tiga dan lima tahun sahaja.
Bukan secara sengaja penulis memilih tempoh sehingga 20 tahun tetapi ia bersebab kerana hasil kajian terkini purata jangka hayat penduduk negara ini ialah 75 tahun, iaitu kira-kira 20 tahun selepas bersara pada usia 55 tahun.
Oleh itu, amat beruntung bagi pesara yang turut mempunyai simpanan hari tua selain daripada KWSP, sekurang-kurangnya mampu menampung sedikit-sebanyak keperluan hidup. Persoalannya, ramai dalam kalangan penduduk negara ini beranggapan bahawa simpanan KWSP adalah mencukupi, justeru tidak memerlukan simpanan lain.
Situasi ini sebenarnya amat kritikal kerana sekiranya apabila mencapai usia 50-an baharu tersedar, semuanya agak terlambat untuk melakukan sesuatu. Melainkan langkah awal dilakukan pada seawal usia 30-an, namun yang menjadi masalahnya ramai golongan muda ini kebanyakannya tidak terfikir untuk merancang awal sebagai persediaan menghadapi hari tua masing-masing.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP bagi pengurusan perancangan dan strategi, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias memaklumkan bahawa 23 peratus daripada pencarum berusia 54 tahun mempunyai simpanan asas kira-kira RM196,000 yang bermakna jika dibahagikan kepada 240 bulan, jumlah bulanan yang bakal diperoleh ialah kira-kira RM800.
Namun jumlah itu akan menjadi realiti sekiranya pencarum sanggup menahan seketika nafsu dan memilih untuk membuat pengeluaran bulanan. Bagi yang memilih pengeluaran semua sekali atau sebahagian - lain pula ceritanya.
“Masalah ini bukannya berlaku terhadap pencarum KWSP sahaja tetapi turut melibatkan majoriti kumpulan rakyat lain, contohnya daripada statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit mencatatkan daripada 200,000 pelanggannya, 10 peratus daripada menghadapi masalah kewangan kritikal.
“Persepsi bahawa simpanan dalam KWSP sudah memadai adalah silap. Secara formulanya, 30 peratus daripada pendapatan bulanan perlu dijadikan sebagai simpanan, tetapi ramai yang tidak sanggup melakukannya kerana kekangan tuntutan lain yang ditambah lagi faktor luaran seperti inflasi.
“Kaedahnya seperti mudah iaitu apabila dapat gaji, sebanyak 30 peratus diagihkan untuk simpanan dan selebihnya barulah dibelanjakan, namun apa diamalkan oleh majoriti penduduk ialah dapat gaji, ditolak untuk perbelanjaan dan bakinya barulah disimpan, itu pun jika ada,” katanya di sini baru-baru ini.
Sedikit maklumat untuk dimanfaatkan bersama, jumlah pengeluaran simpanan KWSP pada suku ketiga tahun ini mencecah RM8.5 bilion dengan 413,827 permohonan diluluskan. Pengeluaran fleksibel umur 55 tahun kekal sebagai pengeluaran tertinggi dengan RM1.7 bilion berbanding RM1.53 bilion pada suku tahun sama tahun lalu iaitu kenaikan sebanyak 11 peratus.
Ahli yang memilih untuk mengeluarkan simpanan KWSP melalui pengeluaran penuh umur 55 tahun pada tempoh sama juga meningkat sebanyak 2.74 peratus kepada RM1.63 bilion dengan 40,931 permohonan diluluskan berbanding RM1.60 bilion pada suku ketiga tahun lalu.
Isunya di sini ialah perlunya kesedaran merancang kewangan sejak daripada awal lagi, tidak dapat tidak, langkah ini amat perlu dilakukan, melainkan kerajaan mempunyai satu pelan mapan jaringan keselamatan kebajikan sosial terutama bagi warga emas bekas kakitangan swasta atau yang bekerja sendiri.
Sehubungan itu, kurikulum khusus mengenai perancangan kewangan perlu dijana sejak daripada peringkat akar umbi lagi, termasuk diwajibkan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kesedaran tentang kelebihan menabung perlu kembali dirakyatkan, perbelanjaan mengikut keperluan perlu dimantapkan.
Persepsi dalam kalangan generasi muda yang menganggap pelan perancangan untuk masa tua tidak ‘cool’ perlu dibuang sejauh mungkin, kerana kumpulan sasar inilah yang sepatutnya menyibukkan diri kerana mereka bakal menjadi orang tua.
Mentaliti zon selesa yang terlalu mengharapkan bantuan ‘Fama’ (Father Mother) perlu dikikis kerana tidak selamanya semua daripada kita mampu ditanggung, ditambah lagi sesuatu yang bakal berlaku pada masa hadapan juga tidak semua daripada kita mampu menekanya dengan tepat.
“Bagi generasi ‘burger’ pada masa ini atau generasi Y setiap kali mendapat bonus atau gaji, benda pertama yang terlintas dalam fikiran ialah membeli atau ‘up grade’ gajet terkini seperti telefon dan tablet, lagi canggih dan hebat lagi ‘cool’, dan kebanyakannya proses ini mampu menjangkau hingga beribu-ribu ringgit,” kata Tunku Alizakri.
Menyedari mengenai situasi tidak menyenangkan yang mungkin jarang disedari oleh sebahagian besar penduduk negara ini, terutamanya pencarum KWSP, agensi itu melaksanakan inisiatif yang pertama di dunia apabila memperkenalkan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang dilancarkan secara tidak rasmi pada 1 Julai lalu.
Melalui RAS, Tunku Alizakri memaklumkan bahawa para ahli akan diberikan khidmat nasihat percuma dan panduan tentang bagaimana mereka boleh membuat keputusan penting berkaitan simpanan KWSP agar wang mereka boleh bertahan lebih lama sepanjang tempoh persaraan, termasuk pilihan untuk membantu mengurus dan meningkatkan simpanan mereka.
“Khidmat ini adalah percuma, segala maklumat akan dirahsiakan. Apa yang paling penting, RAS tidak memberikan cadangan terutamanya dalam hal-hal berkaitan pelaburan atau mempromosikan sebarang khidmat yang ditawarkan oleh pihak ketiga,” katanya.
Projek perintis RAS pada masa ini dilaksanakan di ibu pejabat KWSP Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, ia bakal diperluaskan pada tahun hadapan di enam lagi bandar utama termasuk memperkenalkannya di 67 cawangan seluruh negara, bergantung kepada maklum balas yang diterima kelak.
Untuk maklumat lanjut berkenaan RAS, ahli boleh melayari laman web, www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 (dari 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat). Ahli juga boleh mengunjungi cawangan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur atau Jalan Gasing, Petaling Jaya, untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma. - SUMBER
Alanhttp://www.blogger.com/profile/03859613386484812272noreply@blogger.com2