Followers

Friday, October 22, 2010

Polis Jahat



KOTA BHARU: Gara-gara tidak berpuas hati kenderaan dinaiki dipotong kenderaan lain, seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan berkenaan hingga terkena punggung kiri seorang penumpangnya dalam kejadian di Batu 2, Jalan Kuala Krai, dekat Bunut Payung, semalam.

Kejadian jam 1 tengah malam menyebabkan mangsa berusia 20 tahun dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) oleh dua rakannya sebelum menerima rawatan pesakit luar.

Difahamkan, sebelum kejadian, kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari Machang menuju bandar ini untuk menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Bunut Payung. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, kenderaan berkenaan memotong Perodua Kelisa dinaiki dua anggota polis di laluan sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata, sejurus kemudian kereta dinaiki anggota terbabit bertindak mengekori kenderaan mangsa bersama rakannya hingga ke Bunut Payung.

Menurutnya, anggota polis terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke arah Perodua Kancil itu sebelum terkena seorang penumpang hingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan di kawasan berkenaan.

“Selepas kedua-dua kenderaan berhenti, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum kedua-dua kenderaan termasuk kenderaan mangsa beredar dari kawasan itu.

“Selepas kejadian itu, rakan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, Perodua Kelisa itu milik seorang anggota polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, mangsa dihantar dua rakannya ke hospital akibat cedera di punggung kiri dipercayai terkena tembakan dilepaskan anggota polis itu.

Harian Metro

Cukup celaka polis tu. Suka suka hati je tembak orang. Orang gila macam ini pun boleh jadi polis. Dulu time gaduh, polis taknak tembak (klik sini). Ini orang tu tak buat salah, ditembaknya pula. Bahaya betul sekarang. Polispun menjadi pengganas sekarang.

Kalau macam ni gayanya, rasanya kes dibawah inipun mungkin angkara polis juga.

SHAH ALAM: Tiga saksi memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, mereka tidak pernah meletakkan parang dalam kenderaan dipandu Aminulrasyid Hamzah, remaja berusia 15 tahun yang maut dalam kejadian tembakan, di Seksyen 11, di sini, akhir April lalu.

Kakaknya, Tuty Shaninza Anom Hamzah; suaminya, Muzafar Mahali, 36, dan bapa mentua wanita itu, Mahali Ramlan, 69, ketika memberi keterangan memberitahu tidak melihat senjata itu dalam Proton Iswara dengan nombor pendaftaran BET 2039. Tuty, 36, saksi pendakwaan ke-20 sebaliknya berkata, pada malam kejadian, dia hanya meletakkan barangan seperti bantal, anak patung dan sampel langsir dan cadar untuk pelanggannya dalam kereta itu. “Saya tidak pernah lihat parang ini. Ia bukan milik saya. Saya tidak tahu milik siapa,”

katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes polis berpangkat koperal yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid. Jenain Subi, 48, didakwa menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga itu jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.

Harian Metro

Benda macam ni selalu juga dikatakan orang. Biasalah kalau takde bukti, polis akan buat bukti sendiri. Benda macam ni tak mustahil. Polis Malaysia sepatutnya bersyukur mereka tidak diburu dan dibunuh sepertimana polis Mexico.

Disana, polis hanya jadi sasaran menembak. Tapi disini polis masih lagi dihormati. Jadi jangan hilangkan kepercayaan orang ramai terhadap polis.

8 comments:

asrul amanda said...

Alamak, tempat aku. hoho..

anntaj said...

saya polis baik...
:)

Anna Boleyn said...

memang macam syi**l. anna paling bengang yang pasal kes aminulrasyid ni lah. udak tu dah ternyata lah umur 15 tahun. x tak matang lagi. dia pergi tembak sampai mati. lepastu buat fitnah. dah lah polis langsng tak mintak maaf kat keluarga. lepastu siap salahkn anak diorang lagi. hee~ teruk betul. kan patutnya ada prosedur kan sebelum polis tu dibenarkan tembak orang. eee geram!

alan said...

asrul: tempat ko errk

anntaj: yeke baik hehee

anna: sekarang ni ramai orang gila.

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah... Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...

beb polisss sekarang tak cam polisss dulu.... korang tengok peristiwa bukit kepong tu... hah polis dia mmg mempertahankan negara jaga keamanan..

tapi kalau polis dah macam koboi sesuka hati tembak tu lain dahhh.. camnerlah mat rempit nak hormat pada polis ni....

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah... Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...

beb kereta iswara inspira tu kereta ko ke cantik nombor tu cantik kit depan tu colour merah dia pun menawan beb

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sah banyak orang gila kuasa di malaysia ni

Alan said...

afzainizam: polis sekarang ni macam terlebih emo..ramai dah gila kuasa. tu belom campur polis minta duit kopi.

brutal: yup betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...