Kalau korang melanggan facebook aku, korang akan mendapati nama yang aku gunakan adalah Demi Qaseh Elisya. Siapa Elisya tu? Adakah nama cikaro aku?
Qaseh Elisya sebenarnya nama kereta aku. Dahulu ianya dipanggil Proton Type R (klik sini). Tetapi kini dipanggil Proton Elisya. Masih mengekalkan kapasiti enjin asal, hanya bahagian luaran sahaja mendapat sentuhan pakar Lotus.
Setelah menjalani program "beauty make over" akhirnya Proton Elisya telah siap sepenuhnya. Menggunakan warna "red blood" sebagai warna tema, Proton Elisya kini siap sepenuhnya dibahagian luaran.
Untuk projek seterusnya, bahagian kokpit Proton Elisya mungkin akan dirombak semula. Antara perkara yang diberi perhatian adalah mencari kerusi yang sesuai, peningkatan taraf audio, balutan semula bahagian dalaman meliputi panel pintu, bumbung dan tiang pilar. Hanya menunggu peruntukan kewangan dari Baget 2011.
Proton Elisya Kebanggaan Rakyat Malaysia
4 comments:
proton yang terbaik pada aku hanya wira..
brutal: ramai yg cakap saga first.
Betul. Aku pun kata wira proton paling bagus.
Macam keta kau - cantik tu. Bila kau nak ajak aku jalan2 banda bentong?
asrul: datang ler sini
Post a Comment