Followers

Friday, February 26, 2010

Proton Type R

Kereta keluaran Proton selalunya sering diperlekehkan orang. Dikatakan diperbuat daripada tin milo, bentuk macam gampang tetapi Proton tetap Proton. Ianya masih megah mengeluarkan pelbagai jenis kereta.

Proton Type R ini pula adalah edisi terhad. Hanya one and only dalam dunia ini. Presiden Amerika, Barrack Obama pun tak ada kereta ini.


Pakai Plat "import"

Proton Type R


Keluaran tahun 1996, dengan enjin kapasiti 1.3, ianya mampu bergerak dari 0 ke 100 km didalam masa 3 minit kot.


Proton Type R ini menggunakan Enjin Magma 1.3. Bahagian atas enjin mencakupi kepala silender, sistem pendawaian dan kompenan lain diambil dari proton iswara. Hanya air filter sahaja dibuat semula untuk mendapatkan kuasa dewa angin. Kacukan seperti ini adalah biasa untuk mendapatkan pembakaran yang lebih optimum.


Kepala silinder turut menjalani "port & polish" untuk pembesaran liang kemasukkan dan pengeluaran. Tiada sebarang alatan turbo seperti Intercooler, blowoff atau lain lain perkakasan dikesan pada enjin ini.

Sistem tranmisi pula menggunakan kotak gear 5 kelajuan termasuk gear undur. Set klac jenama Exady pula digunakan untuk memastikan tujahan kuasa sampai ke roda. Sistem ekzoz dibuat custom dan ditamatkan dengan perendam bunyi jenama Chap Ayam.



Sistem suspensi menggunakan khidmat OEM dibahagian depan manakala dibahagian belakang adalah jenis kedai potong *akupun tak tahu apa jenama*



Untuk menggerakkan kereta ini adalah tayar keluaran Bridgeston dan dicantikkan dengan sport rim Exady 14 inci.



Bahagian kokpit pula masih standart. Masih mengekalkan dashboard asal yang berpetak petak. Menggunakan stering dari M3. Kelihatan gajet seperti Turbo Timer Chap Ayam dan oil meter dari Chap Ayam juga.

Kerusi racing jenis Type R dan dibaluti semula dengan sarung kusyen jenis cotton untuk menaikkan seri.

Dengan rekaan moden pada zamannya, ianya masih kelihatan memikat dengan cat mati colour merah champion. Dilengkapi bumper standart gaban, tanpa sebarang tambahan yang membuatkan segan mata melihatnya.




R-Tune, Ultimate Street Racing

Proton sebenarnya mampu menghasilkan kereta yang sama taraf seperti Ferari. Tetapi sayang imiginasi mereka dibataskan oleh protokol protokol "orang tua" yang menguasai syarikat. Cuba kalau aku dilantik menjadi CEO Proton.

Tak mustahil nanti aku boleh buat Proton mengeluarkan kereta sehebat Lamborgini atau paling kurangpun seperti Nissan Skyline GTR. Aku yakin Proton mampu melorak langkah yang lebih baik tetapi pastikan dahulu mental "orang tua" tidak menguasai imiginasi pereka kereta di Proton.

Gentleman, Start Your Engine!

2 comments:

Sherrrrrry said...

idop proton !

alan said...

Proton is the best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...