Followers

Monday, February 22, 2010

Happy BirthDay To Me

Pada Tanggal 22 Febuari, seluruh rakyat Pahang bergumbira kerana ianya adalah hari Keputeraan aku. Dan pada hari ini genaplah aku berusia 26 tahun. Ish ish dah tua rupanya. Aku ingat masih lagi umur 18 tahun.

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam tak percaya pula. Lepas tu kubur dah panggil pula. Hidup ini macam bintang. Pada mulanya ianya bercahaya, dan nampak kecil saja. Kemudian ianya bertambah terang dan jelas. Apabila tiba masanya, cahaya itu akan mulai malap dan seterusnya padam.

Aku waktu sebulan lebih 1984


Begitulah hidup kita. Bermula dari kecil dan seterusnya dewasa. Usia tua kemudiannya mula tiba dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini buat selamanya. Dan ada yang merasakan hidup ini pendek dan ada yang mengatakan ianya panjang.



Aku masa 5 tahun 1989

Jika seseorang itu menikmati saat bahagia didalam hidupnya dan melakukan perkara yang amat digemari, maka mereka merasakan kehidupan mereka adalah pendek tetapi penuh bermakna. Dan bagi mereka yang tidak menhargai hidup, dengan tidak membuat sesuatu yang menyeronokan maka berasakan hidup ini panjang dan penuh kebosanan.

Aku dah 26 tahun. Banyak benda telah aku lepaskan dalam hidup ini. Sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Dan ada beberapa perkara didalam hidup ini membuatkan aku menyesal.


Time Tadika 1990

Menyesal kerana tiada keberanian untuk meluahkan perasaan kepada seseorang yang aku sayang, menyesal kerana tidak membuat keputusan yang tepat kepada persoalan dan tidak menunaikan harapan seseorang. Seseorang yang tak mungkin akan kembali...

Tetapi aku masih ada kenangan manis yang akan menemaniku sepanjang hayat. Yang akan mengembirakan aku disaat duka. Yang masih memberikanku harapan untuk terus hidup. Walaupun dahulu aku ada berfikir untuk menamatkan hidup ini.

Entahlah aku tak tahu apa yang akan aku hadapi dihari hari mendatang. Hanya takdir yang menentukan segalanya.....


Darjah 3 1993


Form 5 2001


Awek mana lak ni


2001


Main bowling 2 hari lepas

9 comments:

bRAVEhEART said...

Nampak sgt mcm budak nakal. Tapi sgt berbakat menulis blog. Saya ras mcm nk jumpa awk satu hari nanti tp jgn terlalu lama kerana usia saya semakin lanjut bimbang saya tk sempat. Selamat hari jadi ke 26 dari saya yk akan sambut hari jadi ke 53 november nanti, Huhu!

aShaBuLz said...

heh...epi bday bro...all the best!!

alan said...

adus macam mana bro braveheart boleh jumpa blog ni hehehee..insyaallah ada rezeki kita akan berjumpa..

tq ashbul :)

iEn said...

happy birthday preen! mak aih, segaknya dia masa tadika kekeek :))

alan said...

baru ko tau ien hehehee

Afzainizam said...

Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung

Salam Maulidul Rasul dari Kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Selamat hari lahir.... happy birtday to you.... aku dah baca profil ko.... gambar ko..... yupppp

ko dah besar sekarang ni.... dah tua weeeeehhhh sekarang ni....

alan said...

maulidur rasul jumaat ni. tapi nik aziz kata dia x sambut hehehe

afzainizam said...

Salam Maulidur Rasul dari kami:
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ziarah kami ke blog entry anda tanpa di undang...
Moga dengan cara ini kami dapat mengiratkan silaturahim kita bernama insan...

Salallahu ala Muhammad
Salallahu alaihi wassalam

Selawat ke atas-Mu Nabi
Sejahtera ke atas-Mu Rasul

Akhlak yang terpuji
Kau contoh yang tertinggi
al Quran dan Hadith
Itu peninggalan mu
Rasulullah..
Kami menyintai mu

Sungguh mulianya pekertimu
Sinar bercahaya di wajahmu
Kaulah Nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan

Demi umat rela berkorban
Jiwa dan raga kau taruhkan
Demi Tuhan kau tempuhi
Dugaan dan cabaran

Ya Rasulullah
Tika mula kau menerima wahyu
Hatimu resah tiada menentu
Khadijah mengukir kata-kata
Bahwa kau Rasul buat seluruh umat
(Bahwa kau Nabi buat seluruh umat)

Bila kau hampir memejamkan mata
Lidahmu basah menyebut ummati
Kasih sayangmu tak bisa digambar
Hanya selawat pengikat kasih

Apahal nik aziz tak mau sambut ye.... mungkin dia orang fikir benda ni bidahh kot....

ape pun aku tengok muka ko banyak ber ubah dari taun 1984 tu sampai muka dan badan ko kombang taun 2010... dahsyat beb ko zezaman dulu-dulu ade lagi gambo sekolah ko tu ye

Alan said...

rupa je berubah tapi perangai tak berubah hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...