Followers

Wednesday, August 31, 2011

Nama Smurf Korang


Bagi kanak kanak era akhir 80 dan 90an mesti kenal cerita biru. Bukan cerita biru porno tapi cerita kartun ler. Cerita ni popular dahulu dan sekarang ianya dah dibuat movie. Dah ditayangkan pun hahahaha. Kalau korang nak tengok beli je DVD ataupun download kat internet.


Then dalam masa merayau kat internet, aku jumpa satu website ni. Korang boleh cuba tengok apa nama Smurf korang kalau korang duduk dalam dunia Smurf ni. So aku try ler, then aku dapat nama Sweet Smurf hahahaha. Sweet gila dowh.

Boleh klik sini

Entry ni berterabur ayat dia. Tujuan diapun kabur kabur je. Aku harap korang faham ler apa yang aku cuba sampaikan. Maklumlah entry tak dirancang. Main bedal je apa yang terlintas dalam kepala otak ni.

Merdekakah Kita?


JOHOR BAHRU: Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.

Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa. “Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.

Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan. - Harian Metro

Bab bab macam ni biasalah. Orang kat negara ni hanya pentingkan diri sendiri je. Orang yang dah pergi memang dorang buat tak tahu je. Sama je perangai dari pemimpin politik sampailah kepada orang kebanyakkan.

Satu tabiat kat Malaysia ni aku tengok, sifat menghargai sesuatu atau seseorang amat kurang. Kalau adapun dibuat, itu cuma kerana political milage je oleh pihak pihak tertentu. Yelah nak cari undikan. Mana tahu lepas ni boleh sambung lagi satu penggal hahahaha.

Memang kita dah merdeka selama 54 tahun Tapi apakah ertinya merdeka itu jika ianya menghakis sifat kemanusian kita. Sehingga kita lupa kepada mereka yang telah pergi dan golongan yang tidak bernasib baik. Korang renung renungkanlah.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 54

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Warga Emo Boyz mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan rakan blogger dan pelawat yang hadir di Emo Boyz. Sekiranya ada salah silap, harap dimaafkan. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu kegembiraan buat anda semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Thursday, August 25, 2011

DAM DAM DUM !

Pagi tadi aku dapat barang ni. Kakak aku hantau. Ada 4 bungkus je. Apa benda ni. Lain macam je.....





Taadaaaa
Tapi oklah barang yang aku nak tu ada. Terutama yang panjang warna merah tu. Memang syok main wooo.







Yang ini pulak stok aku tahun lepas. Masih banyak lagi sebenarnya. Malah masih ada yang berbungkus tak buka lagi.Kenapa aku suka simpan banyak banyak sedangkan aku tak mainpun? Nanti aku kasi tahu.



Mercun telur tak luakpun. Sebab aku memang tak gemar mercun jenis ni. Boleh putus jari wooo.

Sejak kecil aku diajar bermain mercun dan bunga api secara jimat cermat. Macam mana tu? Caranya adalah hanya bermain selepas berbuka sehingga pukul 8.30 malam sahaja. Lepas tu aku tak dibenarkan bermain lagi.Itupun cuma bermain dimalam 7 likur iaitu seminggu sebelum raya. Awal daripada itu memang tak boleh.

Cara aku berlainan dengan budak lain yang main tak kira masa. Kadang kadang tengahari butapun dorang boleh main bunga api. Bagi aku perbuatan tu bodoh gila. Start puasa dorang dah bantai main. Bila malam raya bunga api dorang dah habis. Lepas tu giliran aku pulak main malam raya. Dorang menganga je tengok hahahaha.

Dan sekarang dengan stok yang semakin susah dapat, lagilah aku berjimat. Tahun ni mungkin boleh beli tapi tahun depan mungkin tak ada. So aku kenalah simpan apa yang aku ada sekarang untuk tahun depan. Orang kata mercun boleh masuk angin kalau simpan lama. Itu betul tapi kalau korang simpan elok elok, dia takkan rosak.

Caranya mudah je. Simpan mercun/bunga api dalam beg plastik dan kemudian simpan didalam almari. Jangan diusik atau dibuka sehinggalah raya tahun depan. Insyaallah mercun/bunga api korang takkan rosak. Aku tak tahulah bagaimana nasib anak cucu aku akan datang. Selagi Kerajaan masih berdegil dengan larangan bodoh ni, mungkin anak cucu aku tidak akan merasai lagi keseronokan malam raya.

Baca sini part pertama

Wednesday, August 24, 2011

18 SX - Gila Sex YM

Aku tak pasti sama ada ruang sembang YM atau yahoo mesengger masih popular atau tidak dikalangan remaja sekarang. Tapi satu yang aku cukup pasti, YM sekarang dipenuhi oleh lelaki gila seks. Tak percaya korang boleh try masuk mana mana room terutama room KL. Lepas tu korang guna nick pompuan. Mesti penuh skrin korang dengan orang macam ni hahahaha.



Lawak dowh bila tengok orang macam ni. Kesian pun ada. Semua kemaruk seks. Yang aku pelik ada ke pompuan dalam room tu hahahaha. Lagi satu korang boleh tengok manusia bangang terutama dari India. Akupun tak tahu macammana dorang boleh tersesat kat room KL. Bila tanya aku ckp ler dari KL. Dorang boleh tanya balik KL tu kat mana. Abis kalau tak tahu KL, macam mana dia boleh masuk room KL.

Aku nasihatkan kalau pompuan tu tak payahlah masuk YM dah. YM sekarang dah penuh dengan sampah masyarakat. Macam macam jantan gila ada kat dalam tu hehehe. Kesian dengan dorang ni wei. Jenis tak cukup kasih sayang dari mak bapak hahahaha.

Entry Tiada Maksud

Cadangan Hiasan

Hari ni macam biasa, tak ada kerja nak buat. Bangun tidur pun dah pukul 1 tengahari. Bangun mandi mandi semua. Pukul 3 pergi pejabat kejap. Ini kali ketiga aku pergi pejabat dalam bulan puasa. Punyalah malas nak pergi pejabat hahaha. Lagipun bukan pejabat akupun. So buat apa aku rajin datang setiap hari. Datang setakat melepak je. Mesti pelikkan orang boleh datang pejabat semata mata duduk melepak macam pejabat bapak sendiri.

Dah dua malam aku perasan ada dua orang negro sembahyang terawih kat masjid bandau aku ni. Bukan aku anti negro. Cuma pelik sebab aku duduk bandau kecil. Bukannya duduk KL yang memang bersepah negro. Apa pulak negro buat kat bandau aku ni kan. Kalau indon atau bangla tu biasalah. Nak tanya karang, aku speaking berterabur. So diam je lah. Tapi curious dowh.

Tuesday, August 23, 2011

Keluarga Haram Patut Mati!


KUALA LUMPUR: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.

Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.

Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.

Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.

Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.

“Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.

“Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali,” katanya yang ditemui, semalam.

Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.

“Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya.

“Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook.

“Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak,” katanya.

Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.

“Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.

“Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur SukaGuam mahu membantu saya dalam urusan ini,” katanya. - Harian Metro

Inilah dunia akhir zaman. Keluarga haram tu aku tak marah sangat sebab dorang memang celaka. Tapi yang aku marah bila orang pejabat agama tu buat tak kisah je. Orang orang macam ni patut direjam je sampai mati. Tak guna pegang jawatan kerja Kerajaan kalau perangai macam syaitan. Orang macam ni ingat kat dunia dia boleh lepas tapi kat akhirat nanti lagi teruk dorang kena balun.

Saturday, August 20, 2011

Aku, Kau Dan Masa


Aku mula terfikir selepas melihat video diatas. Betapa banyaknya peluang yang telah aku terlepas didalam hidup ini. Bila aku teringat semula, sebenarnya ada banyak peluang untuk aku menunjukkan potensi diri. Atau sekurang kurangnya untuk melakukan sesuatu yang bermakna didalam hidup ini.

Aku dah sia siakan peluang semasa sekolah menengah selama lima tahun. Sia siakan peluang untuk mengucapkan perasaan hati ini kepada seorang amoi yang aku minat sejak dari tingkatan dua. Sia siakan peluang untuk belajau lebih baik sedangkan aku mampu mencapai kecemerlangan didalam SPM pada tahun 2001.

Aku juga mengulangi kesalahan yang sama semasa di kolej dahulu. Sia siakan peluang selama tiga tahun dengan tidak membuat aktiviti yang seronok. Life aku hanya kelas, rumah. Rumah lepas tu kelas. Tak ada nak lepak lama lama kat kolej selepas habis kelas. Aku banyak mendiamkan diri di kelas sedangkan perangai aku adalah gila gila. Mungkin pada masa tu aku rasa mendiamkan diri adalah lebih baik daripada membuat perangai gila. Tetapi perbuatan ni hanya menipu diri aku sendiri.

Sekarang aku menghabiskan sisa hidupku di kampung. Seyes kat kampung ni memang gila punya sunyi. Tak ada hiburan. Tak ada wayang atau bowling. Apatahlagi Mc'd. Sedangkan masa di Melaka dahulu segalanya ada dihadapan mata. Cuma aku tidak mengambil peluang untuk enjoy sepuas puasnya.

Sebenarnya aku rindukan masa lalu. Rindukan segala gala yang pernah aku ada tetapi aku tidak ambil berat. Aku anggap ianya sebagai enteng dan sekarang aku dah kehilangan semuanya. Benarlah kata orang tua tua, masa tidak akan dapat kita kembalikan walaupun dengan mengorbankan nyawa kita sendiri.

(Entry ini tidak ada isi yang berguna. Cuma keluhan hatiku sendiri disaat menghabiskan sisa kehidupan ini. Video tu aku yang buat sendiri. Semua kenangan di kolej dahulu aku abadikan didalam video berkenaan. Terima kasih sahabat semua kerana memberikan aku kenangan manis didalam hidup ini)

Thursday, August 18, 2011

Budak Muka Buruk Berlagak Diva


Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.

“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.

“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo

Ish budak ni. Muka tu dahlah buruk. Ada hati nak buat drama minta duit tebusan pulak. Kalau ko tu cun macam artis Miera Liyana tu takpelah juga. Sedar sedarlah diri tu sikit. Lepas tu minta RM50 ribu je. 50 ribu ko nak beli apa? Ko nak beli Kotex ke? Beli Proton Inspira pun tak lepas weii. Elok dilempang je budak ni biau dia sedar sikit.

Wednesday, August 17, 2011

Katalog Mercun Sudah Sampai

Katalog mercun untuk tahun ini sudah sampai. Macam biasa harganya semakin meningkat setiap tahun. Terima kasihlah kepada polis kerana telah menyusahkan rakyat sempena hari raya ini. Sorry aku memang anti polis dalam bab mercun.




Inilah bunga api paling popular sejak zaman berzaman.Bunga api ni ada warna merah dan hijau tak silap. Aku suka bunga api ni sebab dia keluarkan asap paling banyak. Kira boleh digunakan untuk menghalau nyamuk. Semasa aku kecil dahulu kira kira 25 tahun yang lalu, bunga api ini dijual dengan harga RM50 sen seikat. Kalau yang panjang sikit dijual RM70 sen. Tapi sekarang dia dah mencecah RM10 ringgit. Gila kentang harga dia.


Mercun padi ni dulu jual dalam seringgit setengah atau dua ringgit sekotak. Tapi sekarang dah cecah RM5 ringgit.


Bunga api ni dulu jual mahal sikit daripada bunga api merah sebab dia keluar 3 warna kalau x silap. Last dulu harga dia RM7 ringgit sekotak. Tapi sekarang dah mencecah RM25.00 sekotak.



Mercun KLCC ni aku tengok kat Danok dorang jual sepuluh ringgit je. Tapi bila bawak Malaysia terus cecah RM50 ringgit. Inilah kesan apabila Kerajaan membuat keputusan mengarut. Rokok yang jelas menjejaskan kesihatan tidak diharamkan penjualan tetapi mercun yang hanya digunakan setahun sekali diharamkan.

Kalau aku jadi PM, aku terus benarkan mercun dijual semula. Orang nak marah apa aku kesah. Nasib baik aku belum ada anak lagi. Kalau tak terpaksa aku jual buah pinggang jiran sebelah rumah Anwar Ibrahim sebab nak belikan bunga api untuk anak aku.

Video Seks Budak Sekolah


KUALA LUMPUR: Empat pelajar sekolah menengah parah selepas diserang lebih 30 pelajar sebuah sekolah menengah lain yang sebahagiannya bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, semalam.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari di pekarangan sebuah sekolah di Bukit Nanas, di sini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulan pelajar terbabit.

“Empat pelajar yang cedera itu berusia 17 tahun. Seorang cedera di kepala, seorang retak tangan kanan manakala dua lagi cedera di beberapa anggota badan. - Harian Metro

Dah lama aku tak dengar kisah gaduh macam ni. Kadang kadang syok juga tengok budak bergaduh. Time tu semua dah rasa diri tu macam Chan Ho Nam hehehehe. Akupun dulu pernah tengok budak gaduh tahap skala besar. Time tu aku form 3 tahun 1999. Bergaduh kat sekolah.

Yang bergaduh budak cina dengan melayu. Punca dia tak silap aku sebab ada sekor budak melayu ni bergaduh dengan budak cina. Budak melayu sekor ni perangai memang palat sikit. Dah banyak kali kena tindakan displin. Punca dia gaduh aku tak pasti tapi time tu budak melayu ni dibackup budak senior form 4 form 5. Geng budak melayu ni duduk menyorok tingkat 3 bangunan sekolah sebab majoriti budak melayu memang tak ramai.

Budak cina dari form 4 sampai form 5 dah kepung bangunan tu. Aku ngan member dok rileks je lepak bawah pokok tengok bebudak cina dah kepung bangunan. Budak cina memang tak kacau kitaorang sebab memang baik dengan budak cina kat sekolah.

Cikgupun dah tak boleh buat apa so kena panggil polis. Sebelum polis datang semua budak cina dah bersurai. So memang hampeh jugalah. Berkumpul dah ramai tapi last last taknak bergaduh juga. Melayu takut, cinapun takut. Semua tunggu sapa nak mula dulu macam celaka. Kalau dorang bergaduh time tu, aku rasa memang catat sejarahlah kat sekolah aku pergaduhan paling besau.

Itu jelah kes budak bergaduh sampai kena panggil polis. Yang lain lain tu biasa je. Melayu sepak cina, cina sepak keling, keling sepak melayu. Lepas time rehat semua ok balik. Entah apa apa motif budak sekolah aku dulu. Bergaduh macam tak bergaduh je. Sekejap bergaduh sekejap baik. Macam kanak kanak tadika hahahaha.

Adakah Hari Raya Masih Lagi Bermakna?

HARI RAYA....Semua orang seolah olah jadi gila bila nak raya. Apakah erti raya bagi korang? Apa yang bestnya raya bagi korang? Secara jujur, bagi aku raya dah takde makna apa apa. Tak best seperti dahulu. Mungkin disebabkan peningkatan usia ataupun perubahan zaman teknologi membuatkan hari raya seolah olah macam celaka je.

Bagi aku, raya cuma bermakna bagi 4 golongan :


Pertamanya mestilah kanak kanak. Tapi kanak kanak zaman sekarangpun aku rasa dah tak heran pasal raya. Sebabnya kanak kanak sekarang terlalu sibuk dengan dunia IT macam FB. Aku pernah tengok budak darjah 5 sibuk nak bercinta dalam FB. Macam celaka je budak sekarang hahahaha.

Kedua adalah bebudak U atau kolej. Mungkin time raya dorang rasa seronok sebab selama ni duduk di perantauan. Makan megi dalam gayong atau minum milo kongsi 10 orang. Sebab tu bila raya dorang seronok nak mampus. Nak pulak yang duduk jauh kat luar negara. Memang terasa sungguhlah kalau time raya begini.


Yang ketiga adalah orang tak berapa nak tua yang kerja di bandau besau macam KL. Bila raya je semua sibuk nak balik kampung. Sampai habis sesak jalan dibuatnya. Kalau yang berkahwin tu lagi parah. Bersepak terajang laki bini sebab nak balik kampung masing masing. Itu belum campur kes simbah asid sebab geram punya pasal.

Yang terakhir adalah orang tua yang menantikan kepulangan anak cucu. Itupun belum tentu lagi anak cucu nak balik. Silap silap mati sampai tinggal tulanglah orang tua tu kat kampung sedangkan anak cucu langsung tak balik dah. Kalau balikpun mungkin sebab nak berebut tanah pusaka jelah.

Bagi aku dan orang tua tua yang jenis hardcore, hari raya ni dah takde makna. Tak percaya korang pergilah lawat rumah orang tua tua. Tengok dorang, tanya dorang. Bagi dorang, hari raya dah takde makna sebab tak ada siapa lagi yang pedulikan mereka. Apatahlagi apabila usia dipenghujung senja. Memang dah tak rasa apa apa lagi pasal hari raya.


Disaat korang bergembira beraya sakan, cuba cubalah renung sejenak bagaimana perasaan orang lain yang tidak bernasib baik. Masih ramai yang hidup miskin melarat, yang hidup sunyi kesorangan tanpa ahli keluarga. Cuba bayangkan korang berada ditempatnya. Adakah korang masih rasakan hari raya korang itu bermakna?

Tuesday, August 16, 2011

Ada Awek Nak Kena Calat?


Calat... Calat bukanlah nama seorang awek cun ataupun nama seorang nyah bermuka jantan tulen. Aku sendiri dah lama tak dengar perkataan ini. Rasanya dah dekat 20 tahun aku tak dengar. Masa kecil dulu selalulah dengar orang tua tua buat lawak dengan perkataan calat. Apabila orang tua semakin pupus, maka hilanglah perkataan perkataan aneh lagi esotik.

Mengikut pemahaman aku yang diajar oleh orang tua tua terdahulu, calat bermaksud menarik kulit konek atau pantat. Ada juga yang berkata maksudnya adalah membuat hubungan seks. Dan mengikut pemahaman orang negeri negeri tertentu, calat bermaksud cuci.

Dan aku percaya daripada perkataan calat maka muncullah perkataan palat hehehehe. Seiring dengan peredaran zaman, budak sekarang lebih suka cakap "fuck" daripada cakap "calat". Mungkin dorang rasa macam pelakon filem porno kot bila cakap "fuck" hahahaha.

Tears In Heaven



Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don't belong
Here in heaven

Would you hold my hand
If I saw you in heaven
Would you help me stand
If I saw you in heaven
I'll find my way, through night and day
Cause I know I just can't stay
Here in heaven

Time can bring you down
Time can bend your knee
Time can break your heart
Have you begging please
Begging please

Beyond the door
There's peace I'm sure.
And I know there'll be no more...
Tears in heaven


Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don't belong
Here in heaven

Cause I know I don't belong
Here in heaven

Monday, August 15, 2011

Jualan Barangan Limited Edition

Aku ada dua barang nak "let go". Aku nak pakai duit sikit sempena hari raya nanti. So kenalah tolak barang ni. Barang ni sebenarnya keluaran khas sempena peristiwa 9 julai yang lalu. Kiranya barang ni memang rare lah. Korang tak boleh dapat kat mana mana lepas ni. Barangnya adalah......















Spender kuning BERSIH edisi khas. Spender ini dikeluarkan tidaklah banyak. Kalau baju T BERSIH memang banyak tapi spender ni memang sangat sangat terhad. Kalau korang simpan lagi 10 20 tahun lepas tu jual kat Ebay memang kayalah korang nanti.

Harga yang aku buka adalah RM2k setiap satu. Cuma ada dua helai je so siapa cepat dia dapat. Kalau korang beli lepas tu minta Anwar Ibrahim dan Ambiga sain autograf kat spender ni, aku jamin harga dia akan naik berkali ganda. Maklumlah pemimpin anugerah tuhan yang bagi autograf. Mestilah ada harga hehehehe. Lagipun lepas ni Anwar Ibrahim bakal bercuti panjang di Buloh Inn. So memang susahlah nak jumpa dia kalau dia bercuti panjang nanti.

Cepat cepat jualan terhad. Siapa cepat dia dapat. Aku jamin korang akan nampak kacak bergaya dipagi raya kalau pakai spender ni kat luar macam Superman buat tu hehehehe.

LIFE IS SHORT


LIFE IS SHORT. So hargailah sementara ia masih ada.

Save The Best For Last

Tadi dalam Elisya, aku terdengar lagu  "Save The Best For Last". Secara tiba tiba mood aku yang selalu ganas bila drive Elisya terus jadi tenang. Teringat zaman 80an yang penuh dengan kegembiraan. Tak macam tahun milinium, bagi aku zaman 80 dan 90an adalah zaman terbaik bagi aku.

Mungkin sebabnya ketika itu adalah zaman aku muda remaja. Kata orang orang tua tua, zaman remaja adalah zaman penuh kegembiraan dan harapan. Dan sekarang aku rasa seperti dipenghujung usia je. Terasa macam orang tua yang tinggal dirumah kebajikan. Tanpa sesiapa menemani. Hanya kesunyian dalam menanti tamatnya kehidupan.

Ada baiknya kalau korang ambik sedikit masa sekarang dan fikirkan bagaimana kehidupan korang diusia tua. Orang macam aku yang tak ada masa depan ni, cuma ada dua pilihan je iaitu merempat dijalanan sampai akhir hayat ataupun kalau bernasib baik, dapat menumpang dirumah kebajikan.


Untuk korang yang dah berkahwin, mungkin ada sedikit peluang iaitu anak cucu korang akan jaga. Kalau tak, sama je korang akan dibiar melarat diusia senja. Beginilah kita sebagaimana manusia. Tiada yang kekal selamanya. Semoga korang menemui kebahagian diakhir usia...

Sunday, August 14, 2011

Siapa Baca Blog AKu Dia Gay Hahaha


Kerajaan digesa menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, jika perkahwinan itu dibiarkan berlaku, nescaya keruntuhan akhlak yang dahsyat bakal tercetus dalam kalangan rakyat negara ini.

"Jika perkahwinan itu dibiar berlangsung, ia akan memperlihatkan bahawa kita membenarkan perkahwinan seumpama itu di negara ini. Seterusnya, dia (Wen Feng) akan dijadikan idola oleh minoriti gay atau lesbian yang pada ketika itu berasa diri mereka diiktiraf dan dihargai.

"Akhirnya, komuniti ini akan menubuhkan NGO mereka sendiri dan bertambah berpengaruh sehingga mampu mengikis identiti agama dan bangsa semua orang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Wen Feng yang membuat pengakuan terbuka untuk melangsungkan perkahwinan dengan 'kekasihnya' seorang lelaki warga Afrika-Amerika pada hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis itu bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan juga di negara ini.

Jelas Mohd. Jurit, berdasarkan pemerhatiannya, budaya songsang itu sebenarnya semakin menular dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mungkin disebabkan pengaruh media Barat yang gemar 'menghalalkan' watak gay pada cerita-cerita popularnya. - Utusan Malaysia

Gay ni dah bersepah kat Malaysia. Sampaikan ada seorang politik kat negara ni terkenal dengan kegiatan gay. Tak percaya dia gay? Tu dia dah mengelabah sampai asyik tangguh kes je hahahahaha. Tak ku sangku ada orang seorang gay berangan nak jadi PM kat Malaysia hahahaha.

Saturday, August 13, 2011

Luar Tabie


Aku sebelum pergi sembahyang tarawih, aku akan bakar sebatang mercun roket dahulu. Bila dah balik, sebelum masuk rumah aku bakar lagi sebatang mercun roket. Benda ni kalau tak buat aku rasa macam tak seronok je. Macam dah ketagih bau belerang. Yang peliknya penyakit ni datang bila time nak raya je macam ni. Bulan lain tak ada pulak.

Awas JKM


“Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.

Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.

Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis. - Harian Metro

Hahahaha sekali lagi agensi Kerajaan buat lawak. Lepas kes pusat zakat gagal bantu umat islam, sekarang timbul kes tangkap seniman jalanan. Apa bezanya antara pengemis dengan Gold Man? Bezanya pengemis hanya tahu meminta wang sahaja sedangkan Gold Man ini beraksi dengan kostum tersendiri.

Dan secara jujur, Gold Man langsung tidak menganggu sesiapa tidak seperti pengemis yang datang dari meja ke meja meminta duit. Lepas ni habislah bustkers pun dah tak boleh. Semuanya atas alasan MENGEMIS hahahahaha. Lawak dowh. Kalau JKM nak bagi sebulan seribu atau dua ribu ringgit kepada orang ditangkap tak apalah juga. Ini semua tak boleh. Makan rasuah boleh tak hahahaha.

Minda orang Malaysia tak boleh nak bezakan seni dan mengemis. Rasuah boleh pulak diterima hahahaha.

Thursday, August 11, 2011

Ke Pintu Kasih Mu


Jernih berkilauan
bagai titisan
embun menghujan

Hening alam rasa
bila namamu
aku lafazkan

Ku saksikan dengannya hati
penuh rindu yang syahdu
Dan berbisik
tentangnya hasrat
jalinan cinta kasih

Dan dari pintu ke pintu
Jangan di langsiri
Dengan tabir kelam
Buka luaskan dengan cahaya

Segala dan semuanya
Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan
Dan tanpa resah
Terhadap cinta

Di saat bercinta
datang berbagai
bayang bayang menjelma
Dan kerna saktinya
cinta ku teguh
tidakkan luruh

Siapa Mahu Kad Raya SIla Angkat Ketiak !


Seperti raya yang lepas lepas, aku nak bagi kad raya sempena Hari Raya yang akan tiba. Walaupun penggunaan media sosial sperti FB, blog dan sms menguasai dunia akhir zaman, tetapi sebagai manusia biasa kita tidak seharusnya melupakan tradisi. Tanpa yang lama makan tiadalah yang baru (aku tak percayapun ayat ni).

Sesiapa yang ingin mendapat kad raya bolehlah memberikan alamat diruangan komen. Dan sesiapa yang nak bagi kad raya kat akupun boleh hehehehe.

Wednesday, August 10, 2011

Mercun - Salah Siapa?

Setiap kali menjelang raya puasa mesti korang akan dengar kes budak hilang jari sebab mercun. Tetapi pernahkah korang dengar kes sedemikian waktu perayaan cina? Sedangkan mercun adalah sebahagian daripada perayaan cina. Tetapi kenapa hanya orang melayu saja kantoi?

Semasa kecil dahulu, aku sering dengar kes yang disebabkan budak tu letak belerang dalam batang besi lepas tu diketuk. Belerang kalau letak dalam batang besi jadi apa? Jadi bom lah jawapnya. Sebab tu jari dia hancur. Itulah orang melayu ni kreatif tak bertempat. Akal tuhan dah bagi tapi dia salahguna. Bila dah hancur jari mulalah mengelupur cakap nak insaf.


Disebabkan budak berlagak pandai sebegini akhirnya mercun diharamkan dijual dan bermain. Tapi bagi orang kaya atau Kerajaan mereka dibenarkan main mercun. Tak percaya tengoklah sambutan Tahun Baru atau Merdeka. Selamba anjing je dorang main mercun. Lepas tu disuruhnya kita ni menganga melihatnya.Rakyat jelata macam kita diharamkan pulak main mercun. Double standard dorang ni sial.

Aku pula Alhamdullilah sudah 20 tahun aku bermain mercun, setakat ini tidak mengalami apa apa kecelakaan. Sebenarnya mercun tidak mendatangkan mudarat sekiranya korang bermain mengikut peraturan dan akal fikiran yang waras.

Mengikut pengalaman aku selama 20 tahun, budak melayu ini kepala dia ramai yang tak betul. Bagi dorang mercun tu macam kuih raya agaknya. Sengaja dibaling pada orang lain. Padahal mercun sebenarnya boleh melukakan seperti bom cuma ianya tidak mampu membunuh disebabkan kandungan belerang yang sedikit.

Disebabkan itulah kita sering tengok kes budak cedera dibaling mercun. Perangai buruk ni dibawa sampai ke tua. Bila masuk stadium bawak mercun. Tu perangai dia dari kecil lah tu. Elok orang yang suka bawa mercun dalam stadium ni dicampak je dari bangunan SPRM. Biar mampus pecah kepala. Menyusahkan orang je.


Trend mercun sekarang yang diperbuat daripada plastik memang merbahaya. Sebagai contoh mercun bola. Mercun bola yang dibuat dari plastik, bila meletup kesan dia sama macam belerang letak dalam besi. Serpihan dia tajam. Tu pasal boleh hancur jari. Sebab tu kita dengar sekarang budak cedera main mercun bola. Padahal belerang dia sedikit je sama macam mercun yang dibalut dengan kertas.

Korang tak caya? Cuba tangan kanan korang genggam mercun papan, tangan kiri genggam mercun bola. Tengok tangan mana yang hancur. Aku dah banyak kali mercun papan meletup kat tangan. Pernah juga meletup depan muka. Tapi takde kesan luka cuma berdesing je telinga. Kalau meletup mercun bola kat muka, mesti korang jadi cacat seumur hidup hahahaha.

Disebabkan mercun bola ni bahaya, aku memang jarang pakai. Kecuali kalau terpaksa barulah aku guna. Aku lebih suka main roket sebab dia nampak cantik apabila meletup kat langit. Lagipun jiran aku ramai yang dah tua. Jadi tak eloklah buat bising sangat. Nanti ada pulak yang mati terkejut. Lagi susah aku dibuatnya.

Pesan aku, kalau nak main mercun boleh tetapi gunalah akal fikiran yang waras. Selagi korang berpegang pada akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t, insyaallah korang akan selamat. Mercun tidak mendatangkan mudarat melainkan dengan izinNya jua.

Nak try letak karbaid. Mesti meriah malam raya hehehe
p/s: Aku ada idea ni sejak kanak kanak lagi. Kalau letak karbaid dalam meriam lama macam kat muzium tu mesti bestkan. Comform main sepuluh kalipun meriam tu tak akan pecah punya. Bunyipun mesti gempak. Kalau sesiapa ada meriam lama bolehlah try. Tapi risiko ditangkap polis tanggunglah sendiri hehehehe.

Monday, August 08, 2011

Hajjah Sit AL Wuzura Pesakit HIV?

Masihkah anda ingat penghinaan terhadap agama Islam, Rasullulah s.a.w dan seluruh Umat Islam dinegara ini?

Penghinaan oleh individu mengunakan nama samaran Hajjah Sitt Al-Wuzara yang gagal dikesan oleh pihak berkuasa sebelum ini berjaya didedahkan oleh hackers yang berjaya mengesan siapakah individu terbabit.



Orang Selangor rupanya. Patutlah dia ni geng MURTAD

Group Hacker GaySec mendedahkan individu ini terlibat dalam:

SHE IS BEING ACTIVE IN...
• A MEMBER OF MALAYSIAN APOSTATE FB GROUP
• A MEMBER OF UNSCIENTIFIC MALAYSIA (A GRUP/FANPAGE THAT’S DEDICATED TO SUPPORTING APOSTATE, ATHEIST MOVEMENT)
• A MEMBER OF MALAYSIAN ATHEIST, FREETHINKER, AGNOSTIC AND THEIR FRIENDS
• A MEMBER OF FRIENDLYATHEIST.COM

Shawls Sisik Buaya

Aku tau Asrul Rae suka Yuna hehehe
Akhir zaman sekarang dah jadi trend orang pakai shawls. Belum campur orang pakai sanggul bonggol unta, anak mata kaler rainbow, awek pakai tudung main gitar dan macam macam lagi. Dua puluh tahun lalu takdepun benda benda ni semua. Entahlah akupun tak paham. Hal pompuan ni rumit sikit. Benda simple boleh jadi berbelit kalau pada dorang.

Sebagai contoh kita lelaki kalau bab makan memang tak cerewet sangat. Sebat je apa yang ada. Kalau perempuan, dia suka belek sana belek sini. Kuis sikit sana sini. Lepas tu tanya kawan sebelah nak makan apa. Ambik nasi separuh itupun tak habis.

Sebenarnya aku takde cerita nak cakap. Saja gatal nak update hehehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...