Followers

Wednesday, August 31, 2011

Merdekakah Kita?


JOHOR BAHRU: Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.

Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa. “Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.

Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan. - Harian Metro

Bab bab macam ni biasalah. Orang kat negara ni hanya pentingkan diri sendiri je. Orang yang dah pergi memang dorang buat tak tahu je. Sama je perangai dari pemimpin politik sampailah kepada orang kebanyakkan.

Satu tabiat kat Malaysia ni aku tengok, sifat menghargai sesuatu atau seseorang amat kurang. Kalau adapun dibuat, itu cuma kerana political milage je oleh pihak pihak tertentu. Yelah nak cari undikan. Mana tahu lepas ni boleh sambung lagi satu penggal hahahaha.

Memang kita dah merdeka selama 54 tahun Tapi apakah ertinya merdeka itu jika ianya menghakis sifat kemanusian kita. Sehingga kita lupa kepada mereka yang telah pergi dan golongan yang tidak bernasib baik. Korang renung renungkanlah.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 54

3 comments:

Asrul said...

Pengiktirafan secara zahir apa? duit ke?


Ni kes anak beranak nak tumpang nama abang la nie.

Nama abang dia kan dah beri kredit.

Tu kira iktiraf la tu.
Ape la

Anonymous said...

Lagipun bendera ni diperolehi melalui cara petandingan.

Dah dapat duit, blah la.

Buat apa nak rebut kredit/iktiraf lagi.

Afzainizam said...

Jalur Gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara merdeka,
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda

Jalur gemilang berkibar megah
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah

Tanah Melayu tertubuhlah sudah,
Tanggal 31 Ogos '57 hari merdeka,
Wahai kengkawan jagalah maruah,
Budi bahasa, budaya bangsa rakyat merdeka.


AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......


------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...