Followers

Tuesday, August 23, 2011

Keluarga Haram Patut Mati!


KUALA LUMPUR: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.

Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.

Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.

Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.

Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.

“Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.

“Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali,” katanya yang ditemui, semalam.

Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.

“Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya.

“Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook.

“Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak,” katanya.

Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.

“Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.

“Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur SukaGuam mahu membantu saya dalam urusan ini,” katanya. - Harian Metro

Inilah dunia akhir zaman. Keluarga haram tu aku tak marah sangat sebab dorang memang celaka. Tapi yang aku marah bila orang pejabat agama tu buat tak kisah je. Orang orang macam ni patut direjam je sampai mati. Tak guna pegang jawatan kerja Kerajaan kalau perangai macam syaitan. Orang macam ni ingat kat dunia dia boleh lepas tapi kat akhirat nanti lagi teruk dorang kena balun.

8 comments:

Anonymous said...

nikah tak sah.

jadi anak dia kelak anak luar nikah.

ha, nak sangat. :P

Anonymous said...

pergh DUA TAHUN siasatan?


suspek sedap sedap main dua tahun tu..
tangkap la terus.

Anisa Hang Tuah said...

sanggup buat mcm tu

aShaBuLz said...

otak dekat lutut punya orang...dendam la kat dunia ni...tunggu yang kekal nanti..tau la.

alan said...

asrul: tau xpe..dua tahun lama tu hehehe

alan said...

nisa: manusia sanggup wat apa2 je

alan said...

ashabul: kita tungguuu hehehe

Afzainizam said...

cian kan kalau tak ade restu.... wali penting beb kesian kat waris tu.... nak kawin biarlah bebetul
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...