“Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.
Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.
Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.
Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis. - Harian Metro
Hahahaha sekali lagi agensi Kerajaan buat lawak. Lepas kes pusat zakat gagal bantu umat islam, sekarang timbul kes tangkap seniman jalanan. Apa bezanya antara pengemis dengan Gold Man? Bezanya pengemis hanya tahu meminta wang sahaja sedangkan Gold Man ini beraksi dengan kostum tersendiri.
Minda orang Malaysia tak boleh nak bezakan seni dan mengemis. Rasuah boleh pulak diterima hahahaha.
4 comments:
taboleh ke wat gini?
Bagi aku ni satu pekerjaan.
Bukan macam pengemis.
Ade baca x blog mazidol akmal botak pasal pengemis kantoi tu?
Geram weh.
asrul: itulah dorang ni tak reti bezakan pengemis dengan seniman jalanan..tu banyak budak dipaksa menjual barang yang kononnya dari pusat tahfiz.kenapa x tolong selamatkan budak tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis motorsikal kupcai scooter
eeemmm elok jadi macam tu dari diorang dok kopak rumah orang curi sana sini... sekurang-kurang nya tu kan kerja
afzainizam: tahu xpe
Post a Comment