Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.
“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.
“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo
Ish budak ni. Muka tu dahlah buruk. Ada hati nak buat drama minta duit tebusan pulak. Kalau ko tu cun macam artis Miera Liyana tu takpelah juga. Sedar sedarlah diri tu sikit. Lepas tu minta RM50 ribu je. 50 ribu ko nak beli apa? Ko nak beli Kotex ke? Beli Proton Inspira pun tak lepas weii. Elok dilempang je budak ni biau dia sedar sikit.
19 comments:
nama baru asha..ialah asial..kecian kowt kat makbapak dyeorg..klau cm tu la anknye..da lma da bunuh smpai mati.
hhaaiishhhhh..truk btl..tergamak buat mcm tu sbb jantan
budak ni first love rasanya ni.
orang cinta petama dia sakit skit. Otak dia mereng. Sayang sampai lupa rasional.
BF dia bodoh jugak. Call pakai phone. Mesti la boleh jejak nombor tu. Nak jadi penjenayah kena ade brain beb.
iyka:lepas elok lepmang je anak dia tu
ayanuts: biasalah bebudak
asrul: bebudak nak buat jenayah memang macam tu.pakai sebat je apa yang ada.
hurm...ni mesti kes jiwa memberontak lepas tu bajet diri dah besar kot. tak tau la apa nak jadi sampai sanggup buat mak pak sendiri macam tu.
sanggup dia rancang penculikan diri sndri then ugut bapa dia pulak.. hurmm.. mesti ada sebab dia jadi cmni ni..
sanggup dia rancang penculikan diri sndri then ugut bapa dia pulak.. hurmm.. mesti ada sebab dia jadi cmni ni..
Miera Liyana tu santek ker? biase jer aku tgk..eleh sbb status dia artis jer tu pasal org pandang dia..kalo org biase...xder nyer...
macam2 kan sekarang ni.
apapun, parents kenalah rapat dan proaktif dangan anak-anak.. itu yang lebih baik
ashabul: lama x nampak..mana menghilang hehee
ieqa: budak xde kerja macam tu lah.
ayunda: emo nampak bila aku sebut miera liyana.jeles ke hehehe
miss nina: betul tu.parent kenalah paham hati anak anak sebab anak adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit
Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...
EEEMMMMM apa punya budak lahhh yerrr tergamak tipu mak bapakkk.... kan kantoiii
aku jeles kt budak miera tu? buang masa dowh..ahaha ko mamat klaka bro..
afzainizam: budak ni ada masalah mental kot
ayunda: mana tu ko jeles ke hehehe
Post a Comment