Followers
Tuesday, April 28, 2009
Demam Lagi
Sejak aku mula kerja, aku dah rasa demam. Mungkin sebab duduk dalam aircond kot. Lagi satu sebab aku dah lama tak bangun pagi. Bila bangun je, mesti sistem badan aku kacau bilau. Setakat ni aku makan panadol je. Malas nak pergi klinik.
Kerja setakat ni dah mula buat aku tention. Hari hari gunting kain. Tadi aku dah rasa nak mengamuk bila gunting aku asyik sangkut pada kain. Nasib baik supervisor aku takde dalam makmal tu.
Setakat ni aku masih bertahan. tapi tak tahulah sampai bila. Selagi aku teruskan dengan mengunting kain, aku rasa boleh gila aku jadinya. Really fuck this job.
Sunday, April 26, 2009
Kerja Kerja
Dah beberapa hari aku tak update blog ni. Tak tahu nak promote negeri mana pulak hehe.
Anyway sebenarnya aku baru start kerja. Adalah dah dua hari aku kerja. Jadi pembantu makmal. Tapi cam susah je kerjanya. Aku bukan kerja disekolah atau farmasi tapi di kilang kain. Kerja aku adalah mencari dan membuat resepi sesuatu warna.
Dulu aku ingat membuat warna adalah mudah. Rupanya susah. Dalam satu warna, ada pelbagai jenis yang berlainan. Dan ianya juga mempunyai pelbagai nama. Dan ia juga mempunyai pelbagai kiraan dan sebatian tertentu.
Tensionnya aku. Aku juga kena menggunting kain. Naik lenguh dah tangan aku mengunting kain. ku ada 3 bulan untuk tempoh percubaan. Tak tahulah sama ada aku boleh bertahan dengan kerja ini atau tidak.
Huarghhh ngantoknya.. Nak tidor dulu.Bye bye
Monday, April 20, 2009
Welcome To Bentong Town
Bentong terletak di bahagian barat Negeri Pahang. Bentong juga antara daerah terbesar di Pahang. Ianya merupakan pintu masuk ke negeri pantai timur melalaui jalan darat dan ianya turut bersempadan dengan Negeri Selangor disebelah barat dan Negeri Sembilan disebelah timur.
Dahulu ekonomi Bentong dijana oleh perlombongan bijih timah dan sekarang melalui perlancongan dan perindustrian. Bentong mempunyai banyak tempat perkelahan menarik seperti Air Terjun Chamang, air terjun setinggi 7 tingkat yang menjadi tumpuan pengunjung terutama daripada Kuala Lumpur. Selain itu Hutan Lipur Lentang yang terletak di tepi Highway Karak juga sering menjadi tumpuan pengunjung.
Bentong juga mempunyai tempat percutian ditanah tinggi seperti Genting Highland, Bukit Tinggi Resort dan Janda Baik. Kolam Air Panas juga terdapat di Bentong. Malah bagi peminat aktiviti lasak, Gunung Rajah akan menjadi cabaran buat anda semua.
Bentong juga mempunyai beberapa tempat makanan yang popular. Untuk peminat nasi ayam, anda boleh berkunjung ke kedai Nasi Ayam Pak Hamid yang popular di bandar Bentong. Untuk menikmati ais kacang, ais krim dan milkshake, anda boleh datang ke kedai Kow Po Special. Walaupun ianya milik peniaga cina, tetapi ianya halal dan sering dikunjungi perlancong.
Inilah Bandar Bentong. Tempat aku membesar dan mengenali dunia. Aku sayangkan bandar ini seperti mana aku sayangkan negeri aku iaitu Pahang Darul Makmur. Walaupun Bentong tidak mempunyai tarikan khusus seperti Temerloh yang dikenali sebagai bandar Ikan Patin ataupun Rompin yang terkenal dengan udang galahnya, namun Bentong tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dengan pelbagai tempat perkelahan dan homestay, ditambah pula dengan Genting Highland, aku yakin Bentong akan mencapai tahap kegemilangannya. Namun semuanya bergantung kepada kecekapan pihak berkuasa tempatan untuk memajukan Bentong. Dan tidak lupa juga, Menteri Besar Pahang juga adalah anak jati Bentong.
Pergilah melancong. Segalanya ada di Malaysia. Malaysia Truly Asian
Sunday, April 19, 2009
Hanya Untuk Bacaan 18 Tahun Keatas
Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-
1) Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.
2) Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
3) Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
4) Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5) Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.
6) Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.
7) Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.
8) Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.
9) Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu,pasaraya dan farmasi.
10) Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.
Saturday, April 18, 2009
Puteri Santubong Puteri Sejinjang
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Puteri Santubong Puteri Sejinjang begitu sinonim dengan negeri Sarawak. Menjadi lagenda sejak zaman berzaman. Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu Burung Kenyalang.
Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan negeri yang terbahagi kepada terbanyak kawasan dan mengandungi sungai terpanjang di Malaysia, bunga yang terbesar di dunia, serta rama-rama yang terbesar di dunia. Gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua, dan orang yang pertama muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini telah menunjukkan Sarawak yang unik dan tersendiri.
Kawasan pelancongan di Sarawak terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya seperti Kampung Budaya Sarawak. Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luarnegara yang terletak di bahagian Kuching termasuklah Gua Angin dan Gua Pari, Taman Ranchan, Taman Hidupan Liar Matang dan Pusat Pemeliharaan Orang Utan Semenggoh.
Lagenda Puteri Santubong, Puteri Sejinjang
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.
Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.
Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi. Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.
Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi.
Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Pergilah melancong. Segalanya ada di Malaysia. Malaysia Truly Asian
Friday, April 17, 2009
Musim Panas Daa
Waktu sekarang adalah musim panas bagi daerah Bentong. *macam oversea lak ada musim musim*
Aku memang tak suka hari panas sejak kecil. Aku hanya sukakan musim hujan sebab ia sejukkk. Lagi best kalau time hujan waktu pagi. Sedap jee tidur. Sure leh tidur sampai tengahhari.
Time panas panas camni memang best kalau layan aiskrim. Dapatlak aiskrim coklat ditaburi dengan kepingan biskut dan bersalut kacang nyum nyum.
Tapi pelik je aku tengok aiskrim yang budak nie makan
Tuesday, April 14, 2009
Tanjung Puteri - Visit Johor
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Tanjung Puteri adalah nama lama bagi Johor Bharu. Kalau orang Johor sendiri tak tahu lebih keluar jadi warganegara Nepal. Dari Johor adalah sebuah negeri di selatan Malaysia manakala Tanjung Piai adalah tempat paling selatan di Malaysia.
Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.
Selain Taman Negara Tanjung Piai, Pantai Desaru juga menjadi tempat tumpuan pelancong. Pantai yang sepanjang 25 kilometer ini amat bersih dan indah dibarisi pepohon ru. Pelawat boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan seperti memancing ikan, menaiki bot, berenang, berjalan-jalan, serta bermacam-macam aktiviti luar yang lain.
Zoo Johor juga adalah zoo yang tertua di Malaysia malah terawal di Asia. Ditubuhkan pada 1928, kini ia menjadi salah satu tarikan utama di Johor. Zoo Johor ini pada mulanya dikenali sebagai 'kebun binatang' dan dibangunkan oleh Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Bagi yang meminati sejarah, anda boleh melawat Kota Johor Lama. Kota Johor Lama pernah menjadi kubu kuat kerajaan Johor Lama. Ia juga pernah menjadi medan perang antara penduduk Melayu setempat dan pihak penjajah ketika itu.
Kota ini sebenarnya dibina pada 1540, sewaktu zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Kota ini adalah benteng pertahanan terbaik di sepanjang Sungai Johor. Setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, Sungai Johor menjadi pusat pemerintahan dan kubu pertahanan untuk menghadapi musuh Portugis di Melaka.
Persekitaran semulajadi kubu ini menjadikan ia tempat strategik untuk mengawasi pergerakan keluar masuk kapal, terutamanya menangani ancaman dari kuasa Aceh dan Portugis ketika itu. Pada 1587, kubu itu jatuh ke tangan pihak Portugis. Kubu ini akhirnya terbakar dan semua harta benda termasuk senjata api diambil.
Dengan pelbagai tempat menarik di Malaysia, jadikanlah Johor sebagai salah satu destinasi percutian anda. Segalanya ada disini.
Yang Ni Awek Johor. Norshidah namanya. Salah seorang gadis nama N dalam hidup aku. Nak kenal lebih lanjut? sila layari blognya disini (meh klik ramai2)
Malaysia Truly Asia
Monday, April 13, 2009
Perak Darul Ridzuan
Korang pernah tak dengar lagu ni. Kalau orang Perak tak tahu lagu ni lebih korang keluar jadi warganegara Sri Lanka lah. Masa kecil dulu aku suka lagu ni. Time tu dia selalu keluar kat tv dan radio sekitar akhir tahun 80 an kalau tak silap.
Feeling layan lagu ni. Rasa cam Perak tu negeri aku lak. Tapi taat setia aku hanya pada Sultan Pahang saja hee.
Klik sini untuk download lagu ni (meh klik meh)
Dengar lagu ni teringat lak pada si dia. kalau ada jodoh dulu, Perak jadi Kg kedua aku..arghhh emo lagi aku
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan
Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri
Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan
Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang
Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku
Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat Keputeraan Seri Sultan
Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Tersergam empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan
Pasir Salak
Bersejarah dan berdarah
Dato Sagor, Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa
SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman
Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak
Oh negeriku
Perak… Perak…
Oh negeriku
Sunday, April 12, 2009
Kami Anak Malaysia
Korang ada tengok tak iklan remaja cam best yang pergi melancong. Iklan Kami Anak Malaysia
Ia dianjurkan oleh Perlancongan Malaysia, ianya peraduan yang ditawarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah melalui jemputan. Untuk memasuki pertandingan, pelajar perlu tahu sama ada sekolah anda mendpat jemputan atau sebaliknya.
Pertandingan ini ada dua kategori iaitu buku skrap dan rakaman video. Ianya menceritakan tentang tempat yang menarik disekitar anda dan mampu menjadi tarikan pelancong. Hadiah yang ditawarkan adalah lumayan bangat sih. Bisa melancong lagi anak anak semua.
Untuk maklumat lanjut, sila layari website Kami Anak Malaysia
p/s : Adoi kenapa ianya tak dibuka untuk umum. Kan best kalau aku dapat join sekali. Boleh berjalan yok....