Followers

Tuesday, April 14, 2009

Tanjung Puteri - Visit Johor

MyEm0.com

Tanjung Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri


Tanjung Puteri adalah nama lama bagi Johor Bharu. Kalau orang Johor sendiri tak tahu lebih keluar jadi warganegara Nepal. Dari Johor adalah sebuah negeri di selatan Malaysia manakala Tanjung Piai adalah tempat paling selatan di Malaysia.


Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.


Selain Taman Negara Tanjung Piai, Pantai Desaru juga menjadi tempat tumpuan pelancong. Pantai yang sepanjang 25 kilometer ini amat bersih dan indah dibarisi pepohon ru. Pelawat boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan seperti memancing ikan, menaiki bot, berenang, berjalan-jalan, serta bermacam-macam aktiviti luar yang lain.

Zoo Johor juga adalah zoo yang tertua di Malaysia malah terawal di Asia. Ditubuhkan pada 1928, kini ia menjadi salah satu tarikan utama di Johor. Zoo Johor ini pada mulanya dikenali sebagai 'kebun binatang' dan dibangunkan oleh Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Bagi yang meminati sejarah, anda boleh melawat Kota Johor Lama. Kota Johor Lama pernah menjadi kubu kuat kerajaan Johor Lama. Ia juga pernah menjadi medan perang antara penduduk Melayu setempat dan pihak penjajah ketika itu.

Kota ini sebenarnya dibina pada 1540, sewaktu zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Kota ini adalah benteng pertahanan terbaik di sepanjang Sungai Johor. Setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, Sungai Johor menjadi pusat pemerintahan dan kubu pertahanan untuk menghadapi musuh Portugis di Melaka.

Persekitaran semulajadi kubu ini menjadikan ia tempat strategik untuk mengawasi pergerakan keluar masuk kapal, terutamanya menangani ancaman dari kuasa Aceh dan Portugis ketika itu. Pada 1587, kubu itu jatuh ke tangan pihak Portugis. Kubu ini akhirnya terbakar dan semua harta benda termasuk senjata api diambil.

Dengan pelbagai tempat menarik di Malaysia, jadikanlah Johor sebagai salah satu destinasi percutian anda. Segalanya ada disini.

Yang Ni Awek Johor. Norshidah namanya. Salah seorang gadis nama N dalam hidup aku. Nak kenal lebih lanjut? sila layari blognya disini (meh klik ramai2)

Malaysia Truly Asia

MyEm0.com


4 comments:

iEn said...

aku xpenah pi johor lagik.. hang bila nak bawak aku jenjalan sana haa???


p/s:uyoo dah ade pengganti yew.. bile nak langsung? hehehe!

alan said...

akupun x penah pg johor..camner nak bawak hang jalan2 hahaha

aku xde pengganti lagi..ni awek last aku aritu huhuhu

iEn said...

elelel.. ke dah rujuk balek? hehehe!

alan said...

nak rujuk camner..sorang kat selatan sorang kat timur huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...