Followers

Friday, March 07, 2014

KHAIRUL IVAN JADI PAKCIK TUA


Korang ingat lagi tak kes mamat rogol budak dalam Toyota Alphard 3 tahun lepas ? Aku pernah buat entry pasal mamat ni. Siap bagi penyelesaian lagi. (Klik Sini). Tapi dia taknak dengar. Kalau ikut cara aku, mungkin dia dah bebas sekarang hehehe.

Tapi apapun, semua tu dah takdir. Sapa suruh dia buat kerja gila tu kan. Semalam mahkamah dah memutuskan hukuman dia tidak perlu ditolak. Dia tetap dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 7 sebatan. Heh hancur lah bontot ko tu yek.

SHAH ALAM 5 Mac - Seorang bekas pembantu jualan hari ini gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan hukuman penjara 25 tahun dan sebatan tujuh kali yang dihadapinya setelah didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik ibunya, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian setelah menolak rayuan Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 25, sekali gus mengekalkan hukuman tersebut yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ampang, dua tahun lalu.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun itu dalam kenderaan putih bernombor pendaftaran WSR 8580 di tepi Jalan Kosas, Ampang, kira-kira jam 11 pagi, 11 Mei 2011.

Beliau memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.-UTUSAN ONLINE.

Bila tengok balik tarikh dia buat kerja gila, memang cantik lah, Pukul 11 pagi, 11 Mei 2011. Cukup cantik tarikh tu hehehehe.

Paling menarik, umur dia sekarang 25 tahun. Mahkamah tetapkan dia dipenjara 25 tahun. Sah sah keluar nanti umur dah 50 tahun. Memang malang ler ko. Bazirkan usia muda ko duduk dalam tu. Orang lain hidup enjoy, ko terkurung sampai tua dalam penjara. Salah sapa ? Salah sendiri ler. Sapa suruh buat kerja gila kan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...