Followers

Thursday, March 13, 2014

KEHILANGAN PESAWAT #PRAYFORMH370


Hari ini sudah masuk hari ke enam kehilangan pesawat terbang MAS, MH370. Pesawat yang berlepas daripada KLIA menuju ke Beijing, China yang membawa 227 penumpang dan 12 kru dilaporkan hilang daripada radar. Sejak itu pencarian pesawat ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia termasuk beberapa buah negara sahabat.

Sehingga ke saat ini, misi mencari tidak menemui apa apa petunjuk. Selain itu, terdapat dua orang penumpang yang menggunakan pasport curi. Pasport warga Itali dan warga Austria digunapakai oleh warga Iran.

Apapun aku harap mereka ini berjaya ditemui secepat mungkin. Harapan untuk mereka hidup mungkin tiada tetapi sekurang kurangnya ahli keluarga mereka mendapat cerita sebenar disebalik kejadian ini supaya ianya tidak menjadi teka teki sepanjang hayat mereka.


Dalam masa sama, ada pula seorang bomoh yang mengaku dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP datang ke KLIA dan membuat ritual pelik iaitu meneropong menggunakan batang buluh. Malah dia mengaku pesawat itu masih ada dan hanya tergantung di langit. Tergantung di langit ? Wahahahaha. Dan semalam dia datang lagi. Kali ni guna tikar pula.  Dah sebijik macam cerita Laksamana Do Re Mi. Berikutan kelakuan dia yang memalukan negara dan sah mengarut, Jais telahpun menempatkan pegawainya di KLIA dan akan segera menangkap orang tua ni jika dia berani datang dan buat lawak bodoh lagi.


2 comments:

Ann Ishak said...

memang sangat bodoh ahli nujum itu

Alan said...

hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...