Followers

Friday, February 28, 2014

UPDATE PUKAL

Lama betul aku tak update kan. Azam tahun ni konon nak rajin update. Tapi kesudahannya sama macam tahun tahun yang sebelumnya. Azam hanya tinggal azam. Semangat hilang belum pun sampai setengah tahun. 

Okeylah, aku cerita sedikit sebanyak je lah aktiviti aku bulan lepas dan bulan dua ini. Hari inipun adalah hari terakhir dalam bulan Febuari. Nampak sangat malasnya nak update.

Untuk bulan lepas, aktiviti aku macam biasa. Takde pergi mana mana. Hidup macam biasa, pergi kerja balik kerja. Rutin harian. Untuk bulan dua inipun sama juga. Kecuali ada satu program yang aku hadir di Bukit Fraser. Program yang aku datang ini adalah program pelancaran #PanoramicPahang. Ianya adalah promosi Tahun Melawat Pahang 2014. Kiranya program pelancongan. Korang boleh lah datang Pahang sebab ada banyak tempat menarik untuk dilawati.

Dan pada 22 Febuari lalu, aku dah masuk angka 30, Dalam diam, aku semakin tua -_-". Aku masih rasa tak percaya je. Rasa macam baru 18 je siyess. Tak sanggup aku dowh ishh ishh. Dan sama seperti tahun tahun sudah, tak ada siapa yang pedulikan aku. Takpelah kan. Aku sedar aku bukan orang politik, bukan orang kaya, bukan artis sampai nak ada orang yang ingatkan aku. Untuk itu, aku raikan sendiri je lah. 

Tahun ni aku beli satu jam baru. Takdelah mahal mana. Tapi cukuplah sebagai tanda kenangan yang aku dah cecah level 30. Jenama Crocodile. Tapi lambang dia nasib baik tak macam Gillate hehehe. Lambang buaya kena kerat dua hehehehe.


Untuk hari isnin depan, ada program Le Tour De Langkawi. Aku ada kerja sikit masa tu. Nanti bila selesai program tu, aku akan update pasal tu pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...