JITRA: “Mak cik (ibu tiri) tiba-tiba berang lalu melibas parang ke arah adik, tapi nasib baik adik sempat mengelak. Dia kemudian menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala. Saya yang cuba membantu turut ditetak di kaki.
“Dalam pergelutan itu, saya sempat merampas parang berkenaan dan mencampaknya ke luar rumah. Mak cik (ibu tiri) berlari ke dalam bilik dan mengurungkan diri, manakala saya keluar mendapatkan bantuan jiran,” kata Nurul Shuhada Saad, 17, mengenai kejadian ibu tirinya menyerang ibunya di rumah mereka di Kampung Seri Muda, Sungai Korok, di sini, pagi semalam.
Akibat kejadian itu, Siti Aminah Hanafi, 40-an, parah di muka dan tangan akibat ditetak madunya yang mengamuk dipercayai kerana cemburu. Nurul Shuhada yang cuba meleraikan pergaduhan itu cedera di kaki kanan.
Suspek yang berasal dari Kuala Nerang berkahwin dengan suami mangsa, Saad Husin, 45, dan menjadi isteri keduanya sejak lebih setahun lalu. Dia yang mempunyai seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, dibawa suaminya tinggal serumah bersama madunya sejak dua minggu lalu.
Nurul Shuhada ketika ditemui di Hospital Jitra (HJ), di sini, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya berada di dapur sebelum mereka meminta ibu tirinya membawa bayi itu keluar dari bilik untuk diberi makan.
Katanya, kerana tiada jawapan daripada ibu tirinya, dia memasuki bilik untuk membawa bayi itu keluar, tetapi wanita itu berang sebelum melibas parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu ke arah adiknya, Siti Musliha, 13, yang berada berdekatan.
Sementara itu, suami mangsa, Saad ketika ditemui di HSB berkata, hubungan kedua-dua isterinya sebelum ini baik dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah. "Ketika kejadian saya ke kedai makan untuk bersarapan dan apabila pulang saya dapati kejadian ini sudah berlaku. Ketika itu saya dapati jiran kami membantu isteri pertama dan anak-anak ke hospital untuk menerima rawatan.
“Pada saya tiada apa-apa, ini cuma masalah keluarga dan biar ia diselesaikan secara kekeluargaan. Saya tidak mahu hal ini diperbesarkan kerana ia hal keluarga kami,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof mengesahkan polis menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata tajam.
Sumber: Harian Metro
Jahat gila perempuan tu. Aku rasa perempuan ni memang dah gila lah. Memang niat dia nak membunuh orang. Laki diapun satu. Dayus sungguh. Kambingpun x dayus macam dia. Bini dia dah tetak orang, lagi nak sorok kes ke.
Memang elok bini dia ni ditangkap. Lepas ni entah dia meracau nak bunuh siapa pula. Lagi elok laki dia ni sekalipun kena tangkap. Buat malukan kaum lelaki je. Orang berbini dua, diapun nak. Tapi tak reti nak handle problem.
Cerita Lain
Selepas 22 hari bertarung nyawa, Ain akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi, tiada lagi tawa dan gelagatnya menceriakan kami, namun kami reda dengan pemergiannya,” kata Marlina Jemedi, 31, kakak kepada Nurul Ain Ashikin ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.
Nurul Ain Ashikin, 17, mangsa yang ditikam 19 kali serta disimbah asid di rumah keluarganya di Kampung Sungai Redan, dekat Kota Tinggi, 16 Disember tahun lalu, disahkan meninggal dunia di HSI, jam 8.22 pagi.
Sumber: Harian Metro
Cerita ni aku pernah post dulu klik sini. Walaupun pembunuhnya dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun tapi aku harap hukumannya ditukar kepada hukuman mati. Nyawa dibalas nyawa. Itu harga yang perlu dia bayau untuk kesalahan ni.
6 comments:
Aku nak kawen dua jugak tapi aku akan jaga bini dengan baik. heheee
ade sakit mental la kot..
sophon: hang layak ka hehehe
nisa: ye kot :)
Alan, aku rasa sudah sampai masanya kau splitkan blog ni. Buat satu blog berasingan.
Asingkan entri ilmiah dengan entri ulasan akhbar.
Akhir sekali, doakan aku bahagia hidup poligami (kelak). amin
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
Noisophon sorry ye... aku lebih suka macam yang ade ok apa...
OOHHHH POLIGAMI .. madu itu manis tapi madu itu hempedu....Sikit hari nanti... mau kena tetak karang laki dia
sophon: kalau aku buat macam tu, nanti blog ni takde isu baru. Lagipun susah aku nak pantau kalau banyak sangat blog.
Kalau ada jodoh tak kemana hehehe
Afzainizam: bukan senang nak jaga bini..jaga lembu pun susah apatahlagi jaga hati manusia...
bahaya woo sekarang ni..sekarang dah jadi trend main tetak dgn simbah asid hehehe
Post a Comment