Followers

Sunday, January 09, 2011

Shooting Video Paling Celaka



Korang pernah tak tengok rancangan Astana. Alaa cerita pasal rumah orang orang kaya. Pasal perhiasan berharga ribu ribu youuu.

Aku bukan nak kritik pasal motif dia nak tunjuk rumah orang kaya kaya ni. Maklumlah rumah orang kaya ni permaidani dia saja lebih seribu ringgit. Apatah lagi kerusi, meja, lampu bla bla bla. Hatta mangkuk jambanpun made in Italy.

Yang aku bengang adalah cara rakaman video diambil. Melilau entah kemana fokusnya. Ada part yang aku rasa bangang time Anita Sarawak tengah bercerita mengenai hiasan siling di ruang makan. Siap kak Nita tunjuk tunjuk terangkan satu persatu maksud hiasan tu. Tapi tahu apa yang sedang dshoot oleh cameraman? Dia sibuk dok shoot vas bunga. Macam gampang!

Penonton tak kiralah apa rancangan, bila host tengah bercerita sesuatu benda, mesti mereka nak tengok apa yang sedang diulas. Ini penonton jadi tercengang cengang. Tak nampak apa yang host ceritakan.

Aku tak tahulah macam mana cara penerbit rancangan ni punya idea. Tak kena langsung. Kak Nita cakap benda lain, keluar gambau lain. Berterabur. Lagi sial macam takde benda lain nak shoot. Balik balik ulang gambau sama.

Ubah ubahlah cara shoot tu. Kalau tak orang menyampah nak tengok. Nanti cerita pasal pinggan makan, yang keluar gambau alas kaki tak ke gila macam tu.

3 comments:

Naisophon X said...

Aku suka shoot cara Indo. Dalam sinetron, dia zoom ke muka pelakon tau. Jelas mimik pelakon tu.

Skrg style ni dah ditiru oleh TV3 dalam slot 10pm tu.

Naisophon X said...

Aku suka anita serawak. Kalu aku jumpa dia, rasanya aku panggil dia akak. hahaha. walaupun bertaraf nenek.

alan said...

sophon: itulah malaysia ni..cara diorang x berkembang..tak kreatif langsung.

kalau akupun panggil akak hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...