Followers

Tuesday, December 28, 2010

Anak Haram !



JOHOR BAHRU: Niat murni sepasang suami isteri warga emas menerima kembali anak perempuan mereka, seorang bekas banduan yang mengaku sudah insaf, ibarat memberi madu dibalas racun apabila wanita itu memperdaya mereka sehingga rumah bakal dilelong manakala tanah dan barang kemas turut tergadai.

Menceritakan nasib malangnya, Zahrah Mohamad, 68, berkata, anak tirinya itu yang dikenali sebagai Maria sebelum ini terputus hubungan dengan keluarga selama hampir lima tahun dan pernah menjalani hukuman penjara dua tahun pada akhir 90-an atas kesalahan menggelapkan wang.

Menurut Zahrah, Maria adalah anak suaminya hasil perkahwinan pertama dan adik Maria, Aziham, 34, turut tinggal bersamanya dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74.

“Bagaimanapun, dia kembali ke pangkuan keluarga pada 2008 dan menyatakan sudah insaf. Jadi, kami menerimanya dengan hati terbuka kerana yakin dengan kejujurannya,” katanya. Bagaimanapun, katanya, belang Maria mula kelihatan apabila dia memujuk Aziham membuat permohonan pinjaman semula kediaman keluarga itu di bank dengan alasan mahu menyelesaikan masalah kewangannya.

Malah, Maria yang namanya sudah disenaraihitamkan bank turut mempengaruhi Zahrah supaya menyerahkan barang kemas bernilai RM3,000 dan berjanji menyelesaikan hutang berkenaan dalam tempoh beberapa bulan.

“Dapat saja wang pinjaman semula perumahan kira-kira RM100,000 dia terus menghilangkan diri dan kami dimaklumkan pihak tertentu dia bekerja sebagai kerani, tetapi menyeleweng duit syarikat RM100,000.

“Jadi, dia gunakan wang pinjaman semula rumah kami untuk bayar sebahagian daripada wang yang diselewengnya. Masalahnya, kini kediaman kami di Taman Universiti hampir dilelong bank kerana ansuran bulanan tidak berbayar sejak dua tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Zahrah, keluarganya bernasib baik kerana rumah dihuni itu masih tiada pembeli, namun bagi mengelak tindakan susulan bank, pasangan itu bercadang menjual tanah pusaka bagi melangsaikan hutang yang ditanggung. “Namun kami sekali lagi terkejut apabila mendapati dia (Maria) sudah mencagar geran tanah itu kepada seorang kenalan tanpa pengetahuan saya mahupun keluarga. Apa daya saya dan suami yang sudah tua, kami hanya berendam air mata memikirkan dugaan dialami akibat sikap dia,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Tak lama dulu aku ada buat posting mengenai bapa celaka (klik sini), sekarang ada cerita mengenai anak celaka pula. Aku rasa elok kalau dua orang ni jadi anak beranak. Perangai sama sama sengal. Anak celaka ni sepatutnya dihukum penjara seumur hidup. Takpun dihukum bunuh je. Hidup lama nak menipu duit orang je. Memang tak akan selamat lah dunia akhirat perempuan ni.

4 comments:

Anisa said...

perempuan pulak tuu

buat malu jee
tak guna!!

tak selamat la idup kau

alan said...

nissa: tau xpe hehehe

enyheartsdiamond said...

esh! perempuan apa ney? :|

Alan said...

eny: pompuan gila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...