Followers

Monday, December 27, 2010

Sale: Pendrive 32GB Murah



Kadang kadang bila korang survay barangan komputer, mesti korang perasan bahawa pendrive semakin lama semakin murah. Dahulu aku pernah membeli satu pendrive jenama Apacer bersaiz 256mb dengan harga seratus lebih. Dan sekarang pendrive dengan saiz 4GB korang boleh dapat dengan harga tak lebih RM50. Barangan komputer semakin murah dan murah.

Aku pernah juga lihat di Low Yat rasanya pendrive bersaiz 32GB berharga dalam lingkungan RM60 or RM 50. Murah gila babas. Tapi untuk pengetahuan korang, sebenarnya tiada pendrive yang semurah itu.

Pendrive ini selalunya dijual dengan jenama Kingston. Semua orang maklum pendrive jenama ini sememangnya murah. Sebab itu para penciplak menciplak pendrive palsu dengan jenama ini. Pendrive ini sebenarnya buatan China dan terjual secara berleluasa di India.

Pendrive yang asalnya bersaiz 1 atau 2GB dicompress agar dibaca menjadi 32GB. Pendrive ni jika dimasukkan kedalam pc, ia akan dibaca sebesar 32GB. Begitu juga kat properties akan tertulis 32GB.

Tetapi sekiranya anda memasukkan fail bersaiz lebih daripada 1 GB atau lebih, file korang akan terus hilang sepertimana hancurnya perasaan korang ketika itu. File tidak dapat dimasukkan ataupun file itu langsung korup. Tak boleh baca, copy paste. Pendrive terus jadi rosak.

So berhati hatilah bila membeli barangan komputer terutama pendrive ni. Memang ada pendrive bersaiz besau tapi harganya juga besaulah. Mana ada barang baik tapi harga murah di akhir zaman ni kan.

Aku nasihatkan kalau korang nak ruang storan besau dan mudah alih, baik korang beli je terus portable hardisk. Lagi puas hati. Saiz 250GB tu korang boleh dapat dalam harga RM120. Kalau 1Terabyte dalam RM400 lebih. So sendiri pikirlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...