Followers

Tuesday, December 28, 2010

Ishak Haji Muhammad @ Pak Sako



Ishak haji Muhammad dilahirkan pada 14 November 1909. Ishak haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai pak Sako adalah salah seorang sasterawan negara. Beliau mula menulis sejak 1930 an lagi. Pak Sako adalah seorang nasionalis negara dan berjuang untuk kemerdekaan negara melalui sastera.

Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang (antara Kampung Tengah dengan Kampung Buntut Pulau), Temerloh, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-Laki Temerloh (atau kini Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah), Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928.

Pak Sako lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan.

Pak Sako bosan dengan kerja sebagai pentadbir British dan mendapati hidup sebagai pentadbir British penuh dengan kepura-puraan, pilih kasih dan tidak mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu yang dikatakan hendak diberikan perlindungan oleh pihak British.

Dalam tahun 1934 Pak Sako meletakkan jawatan beliau dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu dan menjelajah Semenanjung Tanah Melayu. Pak Sako kemudiannya menumpukan usaha kepada penulisan, politik nasionalis. Pak Sako juga pernah dipenjarakan sebanyak dua kali (1948 -1953) dan (1965-1966).

Utusan Melayu juga adalah idea Pak Sako. Dengan terbitnya akhbar utusan melayu, suara orang orang melayu akan dapat disebarkan dan seterusnya menyatukan orang orang melayu.

Sebagai sasterawan, pak Sako telah banyak menghasilkan karya cerpen, novel, esei dan memoir. PakSako juga menulis untuk akhbar utusan melayu. Novel pak Sako yang terkenal adalah novel Anak Mat Lela Gila dan juga Putera Gunung Tahan.

Tujuan pak Sako menulis novel itu adalah untuk menyindir orang orang British. Ianya juga untuk menanam semangat kebangsaan kepada orang melayu dan bebas daripada belenggu penjajahan. Selain itu novel Anak mat Lela menyindir sikap tidak adil penjajah dan pembesar melayu terhadap masyarakat melayu.

Bagi menghargai sumbangan serta jasanya terhadap kesusasteraan Melayu moden, maka pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan. Pada 29 Mei 1976 pula, Ishak dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri Malaysia berserta hadiah wang tunai RM10 000.00 dan watikah penghargaan. Walau bagaimanapun, Pak Sako telah menolak anugerah “Budayawan GAPENA 1987” atas sebab-sebab tertentu.

Ishak Haji Muhammad meninggal dunia pada 7 November 1991 ketika berusia 82 tahun di rumahnya di Kampung Bukit Raya, Kilometer 16, Jalan Hulu Langat, kerana diserang angin ahmar. Sebagai menghargai jasanya dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan sastera, beliau dianugerahkan “Tokoh Kewartawanan Negara” pada 24 September 1995.

Beliau merupakan tokoh ketika yang menerima anugerah tersebut selepas Tan Sri A. Samad Ismail dan Tan Sri Lee Siew Yee. Dan sebagai mengenangkan jasanya, Utusan Melayu sejak tahun 1992, telah mewujudkan “Hadiah Sako” untuk diberikan kepada penulis novel nasional yang terbaik. Hadiah ini berupa wang sejumlah RM30 000.00 dan watikah.

Sumber: Wikileks dan DBP

1 comment:

. said...

Pak Sako nasionalis negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...