Dalam kejadian jam 9.20 pagi, mangsa berusia 31 tahun dan berasal dari Felda Lakum, dekat Temerloh, ditemui mati tergantung oleh dua rakannya selepas mereka bertindak memecahkan pintu bilik sewa berkenaan berikutan mangsa tidak menyahut panggilan.
Sebelum kejadian, mangsa berpesan kepada rakannya supaya mengejutkannya daripada tidur pada jam 9 pagi kelmarin dan seperti dijanjikan, lelaki terbabit mengetuk pintu bilik sewa mangsa namun tiada sahutan. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, lelaki terbabit bersama rakannya dikatakan memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum menemui mangsa tergantung pada lubang angin.
Kes ni sebenarnya dah beberapa hari lepas. Cuma sejak kebelakangan ini aku malas nak belek belek akhbar. Walaupun kes ni dikatakan di Bentong, tapi aku tak pasti belah mana. Maklumlah Bentong ni luas. Sempadannya sampai ke Negeri Sembilan, Raub dan Selangor.
Berdasarkan asal mangsa, kemungkinan besar mangsa adalah orang melayu. Apa nak jadi dengan orang melayu sekarang. Begitu mudah mengambil jalan singkat tanpa berfikir panjang. Aku dah malas nak cakap panjang pasal benda ni sebab aku pernah wat entry pasal benda ni dulu (klik sini).
Dan aku juga pernah alami sindrom begini dulu (klik sini) Mujur Tuhan masih sayang aku dan nyawa aku masih panjang. Kalau tak dah tentu blog ini akan kehilangan tuan.
So buat mereka diluar sana, jangan sia siakan apa yang kita ada sekarang. Maybe kita rasa life kita macam sial berbanding orang lain. Tapi kehidupan kita, kita sendiri yang tentukan. Kita yang tentukan hala tuju dan kemahuan diri. Teruskanlah berjuang untuk hidup, cinta dan cita cita kita.
No comments:
Post a Comment