BUKIT MERTAJAM 19 Sept. – Ahli keluarga pengasas kosmetik Aveer, Sarina Jaafar yang ditemui mati tergantung di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, percaya kematian usahawan wanita itu berpunca daripada masalah keluarga.
Anak saudaranya, Naimah Sahid, 32, memberitahu, ibu saudaranya itu yang lebih mesra dengan panggilan Mak Anjang sering mengadu mengalami tekanan perasaan, malah pernah cuba membunuh diri sebelum ini dengan mengelar pergelangan tangannya.
Naimah memberitahu, Sarina juga ada mengadu mengenai masalah keluarga yang dihadapinya ketika berhari raya di rumahnya di Padang Serai, Kedah baru-baru ini dan sempat menasihatkannya supaya bersabar.
Bagaimanapun, menurutnya, pada pukul 8.03 pagi hari kejadian, Sarina menelefonnya buat kali terakhir dan memberitahu bahawa dia sudah tidak mampu menanggung tekanan yang dialaminya dan nekad untuk menggantung diri.
Malah, katanya, sepanjang perbualan telefon selama beberapa minit itu, arwah yang teresak-esak sempat berpesan supaya menjaga keempat-empat anaknya dan menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya, Mohd. Azrul Affendi Jakaria, 24, Januari depan.
‘‘Masa itu saya menasihatkannya agar tidak melakukannya (menggantung diri) serta minta dia mengucap dan ingat pada Allah, tetapi dia terus memutuskan talian telefon dan apabila saya cuba menghubunginya semula, panggilan telefon tidak dijawab,” tambahnya.
Sumber : Utusan Malaysia
Apalah nak jadi dengan orang islam sekarang. Begitu mudah membuat keputusan bodoh. Takkan mereka tak tahu, membunuh diri hukumnya haram dan akan kekal didalam neraka. Aku bukan nak mengata arwah tetapi aku tujukan kepada umum.
Tak lama dulu, ada kes yang sama melibatkan orang kenamaan. Entah apalah mereka ni. Berduit, memegang jawatan tinggi tetapi akal dan iman tak kuat. Betul lah kata orang, harta menimbunpun tak menjamin kesejahteraan hidup.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.
Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Beratnya Hukum Membunuh Diri. Sesungguhnya Sesiapa Yang Membunuh Dirinya Sendiri Dengan Sesuatu, Maka Dia Akan Diazab Di Dalam Neraka Dengan Benda Tersebut Dan Sesungguhnya Tidak Akan Masuk Syurga Melainkan Jiwa Yang Muslim Iaitu Berserah Diri Kepada Takdir Allah.
Rujukan : BicaraKhilafah
2 comments:
yang paling penting, malu anak anak.. Kasian saya tengok famili dia mama dia bunuh drir.
Mujur polis sangka baik, dia classify sebagai mati mengejut
yelah polis nak buat macam mana..benda dah jadi..nak salahkan sapa lagi.
Post a Comment