Followers

Tuesday, September 21, 2010

Gedik Gedik Bersama Fasha Sandha



Bermula semalam, alam siber telah diserang besar besaran oleh malware . Malware ini dipercayai berasal daripada Innity, sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Bukan setakat blog, laman web seperti The Star, Harian Metro, Berita Harian dan beberapa laman web lain juga terjejas. Setakat ini, blog blog aku masih belum terjejas. Ada yang sarankan supaya membuang sementara skrip iklan manggaonline. Aku pakai Nuffnang so takde kena benda ni.

Tapi sakit juga hati sebab tak dapat masuk Harian Metro dan Berita Harian. Entah bila serangan ini akan berakhir, aku tak tahulah. Aku nasihatkan supaya clearkan "cookies" *bukan biskut cookies tuh* di browser korang.

Memang ler malware ni tak boleh buatkan korang kena selsema tapi boleh buat sakit hati. Mana taknya, komputer korang akan mula menjadi sakit perlahan lahan sehingga akhirnya rosak. Macam kena HIV pulak ish ishhh.

Aku cuma sekadar mengingatkan sahaja. Maklumlah kita ni manusia biasa. Banyak buat salah. So ingat mengingati tu tak salah. Macam lagu Ana Raffali

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu




Fasha sandha tak ada kena mengena dengan malware ni. Cuma buat bahan penyedap saja.

3 comments:

Roxy zai said...

wuuuu..xsuka fasha!hahahha

Anonymous said...

Yup.. laman web Dr Mahathir pun tak dapat buka..

Ni macam serangan besar besar ni.

Alan said...

roxy: x suka ke heheee

asrul: ni sebab masalah syarikat tu..pergi link website yang ada malware..tu jadinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...