Followers

Tuesday, September 28, 2010

Masalah Emosi

Masalah emosi sering melanda kita tanpa diketahui punca. Ramai yang gagal menangani masalah ini sehingga merasakan membunuh diri adalah jalan terbaik untuknya. Ada yang mengalami gangguan emosi akibat kerja, hubungan cinta ataupun kewangan.



Ramai veteren tentera Amerika yang mengalami masalah sebegini apabila mereka meninggalkan zon perang. Ini kerana mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan yang normal setelah lama berada didalam keadaan berjaga jaga 24/7.


Aku juga pernah merasakan perkara sama. Apabila aku tamat study di Melaka, memang aku rasa stress gila. Sebabnya disana, aku sentiasa dikelilingi oleh rakan rakan sama ada dirumah mahupun di kolej. Bila aku pulang ke kampung, aku rasa sunyi, jiwa rasa kosong (entry terdahulu klik sini).

Alhamdullilah sekarang emosi aku dah stabil..Cuma kadang kadang dia lari tune sikit. Macam raya hari tu emosi aku jadi kurang stabil. Biasalah hari raya orang beraya dengan awek, anak bini. Tapi aku tak ada siapa. Termenunglah juga sekejap.



Kalau aku rasa down. Aku akan dengar lagu ni. Walau apa juga yang berlaku, hidup tetap kena teruskan. Kerna hidup ini satu anugerah yang tak ternilai. So hargailah hidup kita.

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

2 comments:

Anna Boleyn said...

jangan diikutkan sangat emosi tu. chill!
:)

Alan said...

yup..tapi kadang akdang apakan daya..aku hanyalah insan yang lemah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...