Followers

Thursday, July 16, 2009

Tolong Aku......

Sejak akhir akhir ni emosi aku tak stabil. Tak tahu kenapa. Memang terasa jiwa kacau. Semua serba tak kena. Tapi yang pasti hati ini sunyi sebenarnya. Sunyi tanpa kekasih, sunyi tanpa kawan. Memang tak dinafikan, sejak balik dari Melaka, aku sudah terasa jiwa aku kosong.

Selama 3 tahun aku duduk bersama kawan seramai 10 orang, bila tiba tiba jadi macam ni, aku benar benar terasa sunyi. Kalau dulu hidup penuh gembira daripada pagi sampai subuh esoknya. Berborak, bergurau dan bergaduh silih berganti. Bila jadi macam ini, terasa seperti duduk didalam penjara keseorangan.

Tambahan pula dikilang, hanya aku seorang lelaki didalam Lab. Dua orang perempuan dalam Lab bukannya nak berkawan dengan aku. Hanya berbual sesama sendiri. Tinggallah aku seorang buat kerja, makan seorang, aku betul betul rasa terasing...

Bila duduk di kilang, segala kenangan di Melaka mula terbayang. Saat di kolej, di rumah dan di bandar melaka semuanya datang kembali. Masih terasa angin Selat Melaka membelai wajah, Kemeriahan pelancong di kawasan Bangunan Stadthyus, lepak lepak di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.

Dating dengan Shidah, mendaki Bukit A Famosa bersama adik angkat dan makan cendol dengan kawan kawan depan Bangunan Stadthyus. Aku selalu teringat suasana meriah dalam kelas. Telatah Syad, Erin, Daud, geng Jia dan lecturer dalam kelas selalu mengusik jiwa.

Aku betul betul tak tahu nak buat apa sekarang. Sekarang inipun aku dah menanggis...Aku sunyi...Aku betul betul sunyi.....

3 comments:

anntaj said...

alannnnnnnnnnn......!!!!
janganlah rasa macam tu...awak muda lagi....
:)
semoga ceria selalu...
daa...
:)

z a n a =]] said...

chill oh. =]] =p

Anonymous said...

Hello,
Can you help me to find popular dating sites.
On format http://www.yahoo.com/ please.
With best regards,
EvepMoopaypog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...