Followers

Thursday, March 26, 2015

TIMUR TENGAH TERUS BERGOLAK


Pemberontak Houthi, semalam menawan Pangkalan Tentera Udara Al-Anad, berhampiran sebuah istana yang menjadi tempat pelindungan Presiden Abdra­buh Mansur Hadi, sehari selepas tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan pangkalan itu.

“Pemberontak Houthi me­rampas pangkalan tentera itu selepas satu pertempuran dengan tentera kerajaan,” ujar pegawai.

Tentera AS yang ditempatkan di pangkalan itu telah berpindah pada Jumaat lalu atas faktor keselamatan.

Yemen sebelum ini mengakui anggota tentera AS di pangkalan tersebut, mengumpulkan maklumat risikan untuk melancarkan serangan drone sebelum mereka berpindah.

Menurut tentera, selepas merampas pangkalan itu, pemberontak Houthi mara ke selatan, kira-kira tiga kilometer dari bandar raya Huta di wilayah Lahj yang terletak bersebelahan Aden.

Pemberontak Houthi yang diketuai bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Salleh bertempur dengan tentera kerajaan di kedua-dua wilayah itu sebelum berpindah ke Aden.

Ali yang meletak jawatan pada 2012 berikutan bantahan di seluruh negara, dituduh menyokong puak Syiah semata-mata mahu berkuasa semula.

Ahad lalu, pemberontak Houthi merampas sebuah lapangan terbang di bandar Taez, kira-kira 180 kilometer di utara Aden yang dilihat sebagai pintu masuk strategik ke tempat perlindungan Abdraduh di selatan negara ini.

Semalam, Abdraduh meng­gesa Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi bagi menyediakan sokongan segera ‘dengan segala cara’ bagi melindungi Yemen dan menghalang pemberontak Houthi menceroboh beberapa bandar termasuk Aden. – AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...