Followers

Wednesday, April 01, 2015

I WILL SURVIVE GST


Hye hye. Lama gila aku tak update blog sekarang ni. Bukan sebab sibuk tapi sebab tiada idea. Aku dah hilang feel nak menulis seperti zaman muda remaja dulu. Bila umur dah lebih 30 tahun ni, perasaan dan pemikiran tu rasa lain. Bila rasa nak tulis merapu + gila macam dulu, cepat je otak ni kata TIDAK.

Nak menulis entry inipun, aku terpaksa berperang dengan perasaan dan kematangan berfikir. Dan aku rasa aku berjaya menahan kematangan berfikir kali ini HAHAHAHA. Kalau nak ikut kematangan berfikir, memang sah aku bungkus je blog ni.

Aku tak pergi mana mana dalam sebulan dua ni. Faktor terbesar yang menjadi kenkangan adalah DUIT. Dapat gaji, selesaikan semua bil dan repair Elisya, maka duii aku secara automatik menjadi sedikit. Jadi nak enjoy huru hara macam dulu memang tak dapatlah kan.

Oh yea aku sekarang ada dua hobi baru. Yang pertama, membeli dan mengumpul senjata tradisional. Setakat ini aku ada... DUA BILAH KERIS je hahaha. Baru dua je. Itupun ratus juga duit aku habis. Niat aku memang nak menambah lagi koleksi yang ada. Sekarang tengah intai intai sebilah Katana. Harga dah dapat. Tapi masih berfikir je nak ambil ke tak.


Hobi baru yang kedua pulak adalah shopping online. Tapi bukan shopping kain tudung atau supplimen sebaliknya buku. Sebab aku malas nak turun KL pergi ke MPH atau Popular, jadi aku beli online je. Tapi ada juga aku beli dari facebook. Sekarang bertimbun pula buku kat atas meja aku kat ofis ni.

Sebab dua hobi ni, bajet aku jadi defisit setiap bulan. Tapi tak apalah. Aku percaya aku akan mampu meneruskan hidup walaupun dengan ancaman GST. Bak lagu Gloria Gaynor, "I Will Survive"

You're the one who tried to hurt me with goodbye
Do you think I'd crumble
Did you think I'd lay down and die?
No, not I, I will survive

Long as I know how to love
I know I'll stay alive
I've got all my life to live
And all my love to give and I'll survive
I will survive

2 comments:

Anonymous said...

datang pasar karat Amcorp mall bro.. PJ. cuci mata tengok barang lama.

Alan said...

Nak ke PJ tu yang malas bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...