Followers

Friday, February 27, 2015

PERBEZAAN EKONOMI MELAYU DAN BANGSA LAIN


Semasa British mula memerintah Tanah Melayu, mereka telah membuka lombong bijih serta ladang getah. Walaubagaimanapun orang orang Melayu enggan bekerja dengan British kerana sentiment anti penjajah. Untuk mengatasi masalah pekerja, British telah membawa masuk orang orang Cina dan India.

Walaupun orang orang cina ini pada mulanya hanya bekerja sebagai pelombong di lombong, namun pengalaman serta sifat orang Cina dalam bidang perniagaan mendorong mereka membuka perniagaan dikawasan Bandar. Sementara itu orang Melayu terus tinggal dikawasan kampung dan hanya bekerja dalam bidang pertanian dan nelayan.

Semasa Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, orang orang cina terus menjadi dominan dalam bidang perniagaan dan ekonomi sementara orang Melayu terus kekal dikawasan kampong dan luar Bandar. Orang Melayu yang bekerja dalam sector pertanian hanya mendapat pendapatan perkapita yang rendah.

Anggaran pendapatan tahunan orang cina dalam tahun 1957 adalah $272, berbanding dengan orang Melayu $144 dan orang india $217. Perbezaan ini berterusan sehinggalah selepas merdeka. Sebagai contoh, dalam tahun 1970, orang Melayu memiliki kurang daripada 4 peratus perniagaan dalam bidang pembuatan berbanding bangsa lain 79.6 peratus.

Orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, jumlah pelajar Melayu di Universiti Malaya dalam tahun 1968, adalah lebih rendah daripada pelajar cina. Graduan pelajar cina yang mengambil jurusan sains dari Universiti Malaya pada tahun 1968 adalah seramai 1,488 berbanding pelajar Melayu hanya seramai 89 orang. Dalam tahun 1970, daripada 493 graduan sains, hanya 22 orang adalah pelajar Melayu.

Bijih Timah
Penemuan bijih timah di Perak pada pertengahan abad ke 19 telah mendorong kedatangan imigran cina. Jumlah populasi mereka bertambah sehingga melebihi jumlah orang Melayu di Perak. Orang Melayu yang menjalankan perlombongan bijih secara tradisional telahpun ketinggalan berbanding orang cina yang menggunakan teknologi yang lebih maju. Dalam tahun 1910, lombong kepunyaan cina menghasilkan lebih kurang 78% timah di Malaya. Bagaimanapun dalam tahun 1938, orang eropah mula menguasai perniagaan timah dan orang cina hanya menguasai 1/3 lombong. Peleburan bijih dimonopoli oleh dua syarikat British iaitu Straits Trading Company dan Eastern Smelting Company. Pemilik lombong Melayu terutama hak Sultan sudah pun bertukar tangan kepada British apabila Sultan hanya dibayar pencen tahunan.

Ladang Getah
Dalam sektor getah, orang Melayu juga hampir ketinggalan. Tahun 1924, 1,122,068 ekar tanah telah ditanam dengan tanaman getah. 55 peratusnya adalah milik orang eropah, 9 peratus milik orang asia lain, 9 peratus milik lain lain bangsa. Manakala orang Melayu memiliki lebih kurang 25 ekar sahaja.

Perniagaan
Sebelum kedatangan Portugis dan Belanda, orang Melayu merupakan bangsa peniaga. Malah mereka pernah berniaga merentasi lautan. Kedatangan penjajah Portugis dan Belanda serta monopoli mereka membuatkan orang Melayu ketinggalan dalam perniagaan. Lebih tiga abad, orang Melayu ketinggalan dan tidak berdaya saing membuatkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang perniagaan. Kedatangan peniaga cina pada kurun 18 telah mula mengambil alih bidang ekonomi sehingga sekarang.

Selepas ketinggalan dalam ekonomi, orang Melayu hanya menumpukan perhatian kepada bidang pertanian. Namun sikap orang Melayu yang tidak mahu mengembangkan ladang pertanian mereka membuatkan mereka tidak kaya. Orang Melayu hanya tertumpu dalam bidang sawah dan penternakkan. Sementara bangsa lain menggunakan simpanan mereka untuk memiliki tanah atau perniagaan yang mendatangkan hasil yang lebih baik.

Polisi British yang menetapkan orang Melayu hanya bertani, jelas merugikan orang Melayu. Malah British juga tidak menyediakan bantuan kewangan kepada orang Melayu membuatkan orang Melayu terpaksa berhutang kepada ceti dan peniaga cina yang mengenakan bayaran bunga yang tinggi, sehingga lebih ramai orang Melayu kehilangan tanah mereka. Di Selangor, dalam tahun 1909 dan 1910, 7,567 ekar tanah milik Melayu telah bertukar milik kepada bangsa lain akibat kegagalan orang Melayu menjelaskan hutang.

2 comments:

asrul said...

Blame pada sultan dan raja raja. incompetent dan mudah di hasut. Nasib baik ada dato onn jaafar

Alan said...

Yup perangai Sultan dan pembesar melayu waktu tu jenis pentingkan diri. Perangai tipikal raja zaman feudal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...