Followers

Wednesday, December 31, 2014

ENTRY PENUTUP TIRAI 2014

Pejam celik pejam celik, akhirnya kita semua akan meninggalkan tahun 2014 ini. Sepanjang tahun 2014 ini, aku berpeluang melawat Pekan di Pahang, melawat Kundasang dan Kota Kinabalu di Sabah serta balik sekejap ke Melaka.

Program terakhir tahun 2014 ini adalah Comic Fiesta di KLCC minggu lepas. Ini adalah antara acara yang aku cuba hadiri saban tahun. Walaupun setiap tahun, ianya adalah program sama tapi kemeriahan costplay membuatkan aku sentiasa ingin menjengah acara ini.




Tahun 2014 ini juga sememangnya tahun yang penuh dugaan buat negara. Kehilangan pesawat MAS MH370 dimana sehingga kini masih belum dijumpai telah mengemparkan kita semua. Pesawat yang berlepas daripada Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China dengan membawa seramai 239 orang telah hilang di kawasan Laut China Selatan. Misteri kehilangan MH370 terus menjadi perbualan ramai pihak walaupun telah 9 bulan berlalu tanpa sebarang petunjuk dimana MH370 berada.



Belum reda dengan kehilangan MH370, sekali lagi kita dikejutkan apabila sebuah lagi pesawat MAS iaitu MH17. Pesawat MH17 berlepas dari Belanda menuju Kuala Lumpur dengan membawa seramai 298 orang telahpun ditembak oleh pihak Ukraine yang sedang berperang dengan Rusia. Pesawat telah meletup dan berkecai diudara. Ramai rakyat Malaysia terkorban didalam nahas berkenaan. Namun duka ahli keluarga terubat apabila jenazah mangsa nahas dapat dikenalpasti dan dibawa pulang ke tanahair.




Untuk penutup tahun 2014, sekali lagi rakyat negara ini diuji dengan banjir besar pula. Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak lebih besar dan teruk daripada yang dijangkakan. Dianggarkan lebih seratus ribu mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan. Terdapat juga mangsa banjir yang terputus hubungan berikutan air banjir yang begitu tinggi serta kerosakkan jalanraya. Kerosakkan harta benda juga dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Untuk tahun 2015 yang bakal menjelang tiba, diharap ianya membawa sinar kebahagiaan buat kita semua. Semoga kita dijauhi daripada bencana dan malapetaka seperti ini.

1 comment:

zarul farhana said...

harap tahun bàru akan lebih baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...