Followers

Monday, October 20, 2014

KISAH TUN JANA KHATIB


Disebutkan kisah, Tun Jana Khatib datangnya dari Pasai. Tun Jana Khatib mengembara ke Singapura di zaman pemerintahan Raja Singapura yang bernama Paduka Serimaharaja. Beliau berjalan jalan di Pekan Singapura dan lalu di hadapan istana Raja, Pada waktu beliau lalu dihadapan istana, Raja Permaisuri sedang duduk di tepi tingkap.

Lalu terpandanglah oleh Tun Jana Khatib maka beliau tiliklah sebatang pohon pinang yang tumbuh dekat istana. Setelah ditilik maka terbelahlah pohon pinang itu.

Melihat keadaan itu maka murkalah Paduka Serimaharaja, seraya baginda berkata: "Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib! Diketahuinya isteri kita menengok, maka ditunjukkan pengetahuannya!"

Lalu baginda menitahkan agar Tun Jana Khatib dibunuh.

Didalam hikayat ini, diceritakan jasad Tun Jana Khatib ghaib setelah dibunuh. Hanya kelihatan darah sahaja yang menitik ke bumi.

Dalam hikayat "Tuhfat ul-Nafis", Raja Ali Haji mengatakan Tun Jana Khatib adalah seorang Aulia Allah. Kerana selepas Raja Singapura membunuh Tun Jana Khatib, maka Singapura dilanda bencana iaitu ikan todak telah melanggar Singapura.

Dalam Sejarah Melayu, Tun Jana Khatib meninggalkan Negeri Pasai sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad, Putera Sultan Al Malikuzh Zhahir. Menurut pengiraan ahli sejarah, baginda bertakhta di Negeri Pasai dari tahun 1326 hingga 1348.

Paduka Serimaharaja yang memerintah Sngapura waktu itu bukanlah beragama islam sebaliknya beragama Hindu mahupun Buddha, kerana ianya berasal daripada Raja Raja Melayu di Sriwijaya. Sehinggalah keturunannya berpindah ke Melaka dan membuka Melaka, barulah Raja Raja Melayu ini memeluk agama Islam.

Paduka Serimaharaja murka kepada Tun Jana Khatib bukanlah kerana beliau seorang islam tetapi kerana beliau mempunyai kehebatan dalam ilmu makrifat. Waktu dahulu, seseorang Raja pantang jika ada orang kebanyakkan mempunyai kuasa melebihinya.

Darihal hilangnya jasad Tun Jana Khatib, ada dua kemungkinan. Pertama, Raja sendiri menyuruh kuburkan mayat itu dengan cara bersembunyi. Supaya tiada orang dapat memuja kuburnya. 

Kedua: Anak muridnya telah melarikan jenazahnya untuk dikebumikan mengikut cara islam. Jika dilihat didalam Sejarah Melayu, terdapat pantun yang dibuat orang berkaitan kematian Tun Jana Khatib :

"Telur itik dari Sanggora
Pandan terletak dilangkahi,
Darahnya titik di Singapura
Badannya terhantar di Langkawi."

Langkawi adalah sebuah pulau didalam Kerajaan Kedah. Kedah waktu itu adalah dibawah naungan Pasai dan Sultan Kedah waktu itu ialah Sultan Ibrahim Shah (1323 - 1372) dan telah menjadi sebuah negeri islam. Ada kemungkinan jenazah Tun Jana Khatib telah dibawa oleh muridnya ke Langkawi untuk dikebumikan.

Demikianlah sedikit sebanyak kisah mengenai Tun Jana Khatib yang dikupas oleh HAMKA didalam buku beliau berjudul "DARI PERBENDAHARAAN LAMA" yang diterbitkan pada tahun 1963.

2 comments:

zarul farhana said...

xpernah tahu kisah ni

Alan said...

Kisah ni ada :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...