Followers

Sunday, October 19, 2014

LAWATAN MUZIUM PAHANG


Dah lama aku tak update blog ni dengan cerita sendiri. Okey kali ni dapatlah aku update sebab aku baru balik dari lawatan muzium !

Kelmarin aku dapat jemputan menghadiri pelancaran Pameran Siri Rasa Bertuhan, iaitu pameran seni lukisan di Muzium Seni Pahang. Pameran ini bermula dari 27 Oktober ini sehinggalah 27 Januari tahun hadapan. Untuk mereka yang meminati seni lukisan, bolehlah berkunjung ke Muzium Seni, Pahang.








Selepas itu aku melawat pula Muzium Pahang atau lebih dikenali sebagai Muzium Sultan Abu Bakar. Muzium ini terletak di Pekan, Pahang. Ada pelbagai jenis barang dan gambar daripada koleksi Sultan Pahang dan juga artifak daripada masyarakat serta Orang Asli Pahang. Kebetulan aku berpeluang berjumpa dengan Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Muzium Pahang.


















Di Pekan, korang boleh juga lawati rumah kelahiran Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua di Kampung Budaya Pulau Keladi. Disana ada muzium khas Tun Abdul Razak dan juga rumah kelahiran beliau termasuk koleksi barangan peribadi keluarga beliau.

Tidak jauh dari Kampung Budaya Pulau Keladi, terdapat Pusat Tenunan Sutera DiRaja Pahang. Di pusat ini, korang boleh melihat cara cara pembuatan kain tenun sutera Pahang, dimana ianya menjadi pakaian rasmi keluarga DiRaja Pahang sejak zaman dahulu lagi. Disana juga, korang dapatkan pelbagai cenderamata yang diperbuat daripada kain tenunan sutera Pahang ini.





Moh ler datang ke Pahang ni. Ada pelbagai tempat menarik untuk dilawati di bumi Pahang ni weh. Sama ada Muzium, Taman Negara mahupun lokasi percutian dipuncak bukit nan dingin. Segalanya ada disini.

1 comment:

zarul farhana said...

leh bljar sejarah nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...