Followers

Monday, December 02, 2013

TIGA ADIK BERADIK DIBUNUH - KENAPA MANUSIA SEMAKIN KEJAM


Kenapa manusia semakin kejam. Sehingga sanggup membunuh kanak kanak dan mencampak mereka di dalam tali air.
Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang semalam selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam, kelmarin.

Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.


Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.

Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.

"Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ahmad memberitahu, mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.



"Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.

"Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain," jelasnya.

1 comment:

shaFazie said...

takziah bt keluarga mangsa..memang menyayat hati...tiga2 lak tue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...