Followers

Monday, November 18, 2013

RUMAH TRADISIONAL MELAYU


Dah lama aku tak update blog ini kan. Untuk kali ini, aku akan bercerita mengenai rumah melayu tradisional. Aku menggunakan buku rujukan untuk membuat cerita ini.

Sejarah senibina rumah melayu berkait rapat dengan sejarah orang orang melayu sendiri. Orang melayu dahulu tinggal dikawasan pinggir pandai dan tepi sungai. Dari itu rumah mereka terikat dengan keadaan alam persekitaran dan cara hidup waktu itu. 

Dalam kurun ke 15, terdiri Kerajaan Melaka yang berlandaskan peraturan agama islam. Kerajaan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya ke beberapa daerah di rantau nusantara. Di dalam catatan "Sulatus Salatin", ada beberapa catatan yang menerangkan tentang senibina sebuah istana Sultan Melaka. Catatan catatan itu menerangkan bagaimana sesebuah bangunan orang orang melayu.

Dalam sejarah melayu, ada catatan yang menerangkan adat istiadat dan larangan Raja Raja Melayu berhubung dengan beberapa peraturan di masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424 - 1447). Salah satu peraturan adalah melarang orang kebanyakkan mendirikan rumah beranjung (ruang tambahan di hadapan ruang serambi). Rakyat juga tidak dibenarkan mendirikan rumah bertingkat yakni ada ruang berloteng yang bertingkap serta beranda.

Abdullah Munsyi dalam pelayaran beliau ke Kelantan pada tahun 1838. Beliau ada membuat sedikit catatan mengenai persekitaran rumah melayu yang dilihatnya. Di negeri Pahang, beliau menerangkan keadaan rumah melayu yang ada:

"...Syahadan lagi adalah rumah tempat diam mereka itu semuanya rumah atap ada yang kecil, ada yang besar. Semuanya rumah itu dibina di atas darat maka terlalu banyak semak-semak pada keliling rumahnya, sebuah di sini dan sebuah di sana ada dalam hutan ada yang di pantai ada yang berpagar ada yang tiada. Masing masing dengan sukanya demikianlah sepanjang sungai dan terlalu banyak kotor di bawah rumahnya maka tiap tiap rumah itu adalah limbahan di bawahnya dan sampahj bertimbun timbun serta busuk maka penuhlah bau busuk itu ke dalam hidung. Maka sehari hari dibubuhnya asap dari abwah rumahnya mengasap nyamuk maka apabila sahaya masuk kedalam rumah itu lemaslah nafas dan berairlah mata serta dengan pedihnya dan segala pakaian mereka itu semuanya habis hitam dan tiada kelihatan mata kainnya itu adanya..."

Semasa singgah di Kuala Terengganu, Abdullah Munsyi mencatat :

"...Maka kemudian berjalanlah sahaya naik ke darat mengikut  lorong orang hendak ke pasar maka adalah lorongnya itu tiada sampai sedepa bengkang bengkok ada tempat yang becak dan kotor dan ada kawasan semak samun dengan pohon pohon lorongnya seperti ular kena palu maka rumah mereka itu atap lagi tinggi maka penuh kotor di sekeliling runah penuh sampah dan limbahan maka kebanyakkan rumah rumah dipenuhi sabut dibawah rumah bagi mengasap nyamuk..."

Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...