Followers

Wednesday, November 20, 2013

KAJI RESTORAN 24 JAM


Dua hari lepas, aku baca didalam akhbar mengenai Kementerian Kesihatan bersetuju dengan saranan tempoh operasi restoran 24 jam dikaji semula. Katanya, ianya dibuat untuk mengekang masalah obesiti dikalangan rakyat negara ini.

Jika tak silap, aku pernah baca juga cerita mengenai rancangan nak menyekat restoran restoran 24 jam ini bertahun tahun dahulu. Tapi sampai hari ini ianya hanya tinggal cadangan. Langsung tak ada pelaksanaan, tak ada draf yang dibuat. 

Menurut Presiden Persatuan Pengguna P.Pinang S.M. Mohamed Idris, restoran yang beroperasi 24 jam mengakibatkan lebih banyak rakyat Malaysia menghidapi penyakit diabetis dan darah tinggi. Selain itu tabiat melepak di kedai sehingga awal pagi menyumbang kepada masalah kesihatan manusia dan mengurangkan prestasi di tempat kerja.

Pada aku, ada pro dan kontra didalam isu ini. Untuk alasan kesihatan, ya aku bersetuju. Tetapi bagaimana pula dengan golongan bujang dan pelajar kolej / universiti yang sememangnya suka berjaga diwaktu malam ? Adakah mereka perlu berlapar sehingga pagi ? 

Di negara lain, budaya lepak di kedai kedai sehingga awal pagi tidak ada. Malah mereka juga tidak membuka kedai 24 jam lamanya. Tetapi di Malaysia, budaya ini wujud. Nak kata dibawa dari luar, mustahil pula. Bagaimana timbulnya idea untuk restoran 24 wujud, akupun tak pasti. Mungkin muncul dari sifat tamak kot.

Apapun aku menyambut baik rancangan mengehadkan operasi restoran 24 jam. Cukuplah setakat jam 1 pagi. Walaupun ramai yang membantah (aku pasti) tetapi jika niatnya baik, pasti akhirnya akan diterima juga.  Lagipun, mereka yang tidur awal dan tidak makan dan minum terlalu banyak makanan yang masin dan manis, dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetis. Amalkan hidup sihat, takkan itupun menjadi kesalahan kan ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...