Followers

Tuesday, November 26, 2013

RUMAH MELAYU TRADISIONAL - BAHAGIAN 2


Rumah tradisional melayu adalah warisan milik orang orang melayu. Gaya dan rekaan bangunannya tidak dapat dipisahkan dengan beberapa faktor yang melibatkan cara hidup, sosial ekonomi, alam persekitaran iklim dan sebagainya. Maka dari faktor itu, wujudlah pelbagai jenis rumah melayu.

Alam Sekitar
Pemerhatian terhadap alam persekitaran adalah salah satu unsur yang sangat besar memperngaruhi bentuk senibina rumah melayu tradisional. Alam persekitaran yang berhubung dengan bentuk muka bumi atau topografi juga, sebahagian daripada unsur unsur yang mempengaruhi sesuatu bentuk senibina.

Iklim
iklim adalah salah satu faktor penting yang diberi perhatian. Keadaan bahang panas matahari dan juga hujan lebat adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dari pengaruh inilah kesemua rumah rumah tradisional di rantau ini bertiang tinggi, berkolong dengan paras lantai tinggi daripada tanah. Kedudukan lantai yang tinggi dapat memberikan laluan dan pengedaran udara keluar masuk dan dapat mencegah kemasukan air diwaktu banjir. Lantai dan dinding dari anyaman pelupuh yang berlubang seni, ruang terbuka di bawah cucuran atap adalah konsep penghawaan atau pengudaraan untuk mencegaj hawa panas serta mengatasi kelembapan di ruang rumah.

Konsep penghawaan adalah merupakan suatu proses penyediaan udara bersih masuk ke ruang dan mengeluarkan udara kotor dari ruang tertutup. Bumbung yang tinggi dan curam sehingga kadangkala bukaan sudutnya lebih 45 darjah adalah satu cara mempercepatkan pengaliran air hujan tanpa merosakkan atapnya yang diperbuat daripada daun rumbia, bertam, nipah dan sebagainya.

Cara Hidup
Senibina tidak dapat dipisahkan dengan cara hidup orang melayu. Pengaruh agama banyak mencakupi ruang hidup kehidupan orang melayu. banyak senibinanya dibuat mengikut peraturan peraturan atau besesuaian dengan hukum hakam agama.

Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...