Followers

Wednesday, November 27, 2013

RUMAH MELAYU TRADISIONAL - BAHAGIAN 3

Rumah tradisional melayu dibina melalui 3 perenggan iaitu perenggan tiang, perenggan dinding dan perenggan bumbung.

Perenggan Tiang
Kekuatan rumah bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan. Oleh itu bahagian yang terpenting sekali adalah dibahagian tiang. Untuk tiang, bahan haruslah daripada bahan yang tahan lasal dan kukuh untuk menahan bebanan rumah.

Rumah rumah dahulu, kaki tiang dimasukkan ke dalam tanah. Namun kini kebanyakkan rumah tidak lagi dibuat sebegitu sebaliknya dialas dengan batu ataupun simen. Pada zaman dahulu, sebelum tiang ditanam, mereka akan meletakkan duit siling, paku ataupun bijih besi sebagai simbolik ketahanan rumah yang akan didirikan.

Tiang pada rumah melayu dikenali sebagai tiang seri, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang guntung, tiang tambah ataupun tiang penyokong. Tiang utama di baris tengah ada rumah dipanggil tiang serambi sama naik, manakala pada baris tiang panjang pula ada sebatang tiang seri. Tiang seri merupakan tiang adat dan dipandang mulia dalam pembuatan rumah tradisional.

Tiang pendek, ting tongkat dan tiang guntung hanya pada had paras lantai. Tiang tongkat atau penyokong juga had pada paras lantai. Ianya kemudian ditambah untuk menguatkan kedudukan lantai.

Rasuk adalah bahan binaan kayu yang digunakan sebagai pengikat rangka rumah. Tanpa rasuk, tiang tiang tidak dapat berdiri dengan baik. Rasuk yang emanjang rumah dipanggil rasuk panjang. manakala yang melintang rumah dipanggil rasuk pendek.

Di Negeri Sembilan dan Melaka, rasuk panjang dipanggil "kayu pelancar". Di negeri Kelantan dan Terengganu, kayu pelancar dipasang 60 cm ke atas dari kaki tiang dan ini dikenali sebagai "belira". baris baris kayu yang melintang di atas alang dipanggil gelegar yang berfingsi sebagai alas lantai. Bendul adalah kayu penutup lantai, letaknya melingkari bangunan sebelah luar rumah dan juga pemisah ruang ruang serambi, rumah ibu, selang dan dapur.

Pada zaman dahulu, lantai rumah melayu menggunakan batang pinang atau buluh yang dibelah kira kira 2 atau 3 jari. Bilah disusun kemas atas gelegar dan diikat menggunakan rotan atau akar. Seiring pedaran zaman, lantai buluh ini diganti dengan lantai kayu papan yang diketam licin.

Perenggan tiang juga terdapat tangga, gunanya untuk turun naik. Zaman dahulu, anak tangga hanya dibuat menggunakan kayu bulat sahaja. Kemudian tangga diganti dengan binaan konkrit dengan marmar yang cantik seperti rumah tradisional Melaka.

Perenggan Dinding
Dinding adalah satu bahagian penting di dalam membina sesebuah rumah. Sebelum orang melayu menggunakan dinding papan, mereka menggunakan dinding yang dianyam daripada daun bertam, cucuh, enau, rumbia ataupun nipah. Daun duan disirat menjadikannya berkajang atau berbidang. Selain itu orang melayu juga gunakan dinding pelupuh ataupun dinding tepas. Ianya diperbuat daripada buluh ataupun bemban yang dianyam mengikut corak dikehendaki. Corak ini dipanggil "kelarai". Kelarai yang cantik mempunyai pelbagai nama seperti kelarai bunga, kelarai tampuk manggis, kelarai siku keluang, kelarai rebah, kelarai rasuk kerbau, kelarai bintang, kelarai ketam bawa anak, kelarai akar selusuh dan lain lain.


Dinding pelupuh ini tahan lama dan kukuh. Ianya boleh bertahan selama 80 tahun ataupun lebih. Contoh bangunan yang menggunakan dinding tepas yang berkelarai adalah "Istana Tepas", ataupun Istana Kernangan, yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Istana ini dibina pada tahun 1918.

Untuk dinding yang dibina menggunakan papan, orang melayu selalunya menggunakan papan yang baik seperti daripada kayu Cengal. Dinding dipasang secara menegak ataupun melintang. Dinding yang dipasang menegak memerlukan papan dinding yang berlidah. Manakala yang melintang tidak memerlukan papan berlidah. Memasang dinding memerlukan bingkai kayu yang dipanggil jenang atau turus dinding dan kayu kambi sebagai tempat memaku dinding.  Disesetngah kawasan, ada juga yang memasang pengapit dinding yang dipanggil "kawan dinding".

Pada dinding, dibina tingkap dan pintu. Rumah melayu mempunyai pintu yang dibuka ke arah dalam. Ada juga sesetengah rumah melayu menggunakan pintu jenis gelangsar. Pintu rumah menggunakan selak dan palang sebagai pengunci pintu.

Tingkap rumah melayu juga biasanya dibuka keluar. Ada sesetengah tingkap mempunyai daun tingkap mencecah lantai dan separuh bukaan tingkap diberi kekisi namun ada juga yang tidak berkekisi. Seperti pintu, tingkap juga mempunyai bingkai yang dipanggil jenang atau pahar.

Perenggan Bumbung
Perenggan bumbung merangkumi pelbagai binaan. Ianya dikira dari letaknya kayu alang panjang (kepala tiang) hingga ke tulang perabungnya yang diatas sekali. Bahan pada perenggan bumbung terdiri daripada kayu kasau jantan, kasau betina, gulung-gulung, tunjuk langit, naga-naga, larian tikus, tulang perabung (tulang bumbung), jeria, atap dan berbagai lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...