Followers

Wednesday, December 12, 2012

Pada Tarikh 12/ 12/ 2012


Hari ini adalah bertarikh 12 /12 /2012. Kira semuanya 12. Nampak macam cantik je kan. Nasib baik tarikh 12/12/12 ini jatuh pada hari rabu. Kalau jatuh hari sabtu atau ahad, aku rasa memang bersepah ler orang buat kenduri kahwin. Walaubagaimanapun aku percaya tetap ada orang yang kahwin hari ni. Mungkin sebab taknak lepaskan peluang kahwin pada tarikh yang unik.

Kalau ada bayi yang lahir pada hari ni, tarikh lahir dorang memang cantik. Bila wish birthday, gerenti dorang kembang semacam je hidung tu. Dikalangan ibu ibu bapak bapak pulak, ramai yang berharap anak dorang dilahirkan pada tarikh ini. Jangan sampai ada yang beriya meneran nak beranak pada tarikh ni sudah ler. Nanti tak pasal pasal dapat anak tak cukup sifat. Maklumlah mengandung baru 4 5 bulan, dah sibuk nak beranak sebab nak tarikh macam ni. Karang dapat anak hilang kepala pulak. Kecoh satu Malaysia.

Walaupun ramai yang berebut nak bertunang, berkahwin ataupun beranak pada tarikh yang cantik macam ni, tetapi aku yakin memang tak ada pula yang nak mati pada tarikh mati. Kenapa taknak pulak? Tunang,kahwin atau beranak nak tarikh cantik. Tapi bila mati semua pakat pakat takut.

Tak bangga ke kat batu nesan korang nanti, tarikh mati korang 12 /12 /2012. Cantik tu hehehehe.

1 comment:

Shalee Abdul said...

haha btl tu klu jatuh ari sabtu ahad mmg bsepah majlis n mst bsepah kad jemputan kawen kan kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...