Followers

Monday, December 17, 2012

Kenduri Anak Menteri Belia dan Sukan Disambut Meriah


Majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Kompleks Sukan Bukit Kiara di sini semalam berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran kira-kira 4,000 tetamu.

Pada majlis yang bertemakan ala kampung itu, kedua-dua mempelai, Nurkhalida Ahmad Shabery, 25, dan Abdul Qaiyum Hasnul, 25, mengenakan pakaian pengantin berwarna kuning keemasan.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh Ahmad Shabery dengan disaksikan oleh jurunikah Masjid Al-Imam Asy-Shafie, Taman Maluri di sini kelmarin.

Nurkhalida yang merupakan anak sulung daripada dua beradik kini bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut manakala Abdul Qaiyum yang bekerja di sebuah syarikat swasta pula merupakan anak kedua pasangan Hasnul Jamil dan Faridah Tawil.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir, dua Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Senator Gan Ping Sieu serta Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohid Mohamed.

1 comment:

Shalee Abdul said...

dah kawin eh? xtau plak heheheh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...