Followers

Friday, August 24, 2012

Warga Afrika Mengganas Di Ibu Kota


Peningkatan bilangan warga Afrika di Apartmen Mentari Court, di sini, semakin ketara berbanding beberapa tahun sebelumnya sehingga membimbangkan penduduk berikutan kehadiran kumpulan terbabit mencetuskan pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat.

Setiap kali menjelang Aidilfitri, warga asing terbabit diibaratkan ‘raja’ kerana kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya mereka untuk ‘menguasai’ penempatan berkenaan selain melakukan aktiviti sosial keterlaluan ketika penduduk pulang ke kampung.

Tinjauan ke kawasan berkenaan semalam mendapati kebanjiran warga asing terutama dari Afrika begitu jelas dengan kehadiran kumpulan Awang Hitam yang memenuhi setiap ruang di situ.

Setiausaha Badan Pengurusan Bersama apartmen terbabit, Jamal Ismail berkata, pada tahun lalu dianggarkan hanya 500 warga Afrika mendiami apartmen itu, namun tahun ini bilangannya mencecah lebih 1,000 orang.

“Kami (penduduk) bimbang dengan peningkatan Awang Hitam di sini kerana banyak masalah dilakukan mereka,” katanya.

Menurut Jamal, apartmen itu mempunyai tujuh blok membabitkan 3,469 rumah dan 17,345 penduduk.

“Selain warga Afrika, turut mendiami perumahan itu ialah warga Indonesia, Bangladesh dan lain-lain. Namun, lebih menjadi tumpuan adalah warga Afrika kerana bilangan mereka lebih ramai,” katanya.

Kata Jamal, warga Nigeria paling ramai tinggal di apartmen itu dan melakukan aktiviti memalsukan wang, bergaduh dengan penduduk, meraba gadis, mengganggu anak dan dan isteri penduduk.

“Laporan polis dan imigresen sudah beberapa kali dibuat, namun setiap kali serbuan dijalankan, Awang Hitam terbabit melarikan diri kerana terlebih dulu mendapat maklumat.

“Apartmen ini bagaikan syurga buat mereka, tambahan pula ketika Aidilfitri lalu, mereka menguasai sepenuhnya kawasan ini,” katanya.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Iskandar berkata, warga Nigeria disifatkan sebagai kurang ajar kerana tidak menghormati adat dan budaya penduduk tempatan. Mereka berpakaian mencolok mata, membawa perempuan, minum arak dalam lif, membuang botol arak dari tingkat atas dan bersikap biadab ketika berkumpulan.

Menurut Iskandar, kemasukan golongan itu sebagai pelajar, namun kewujudan mereka meningkatkan kadar jenayah.

“Lebih mengecewakan apabila kumpulan itu juga mempunyai restoran dan kedai runcit di apartmen ini. Kami mohon supaya kerajaan memandang serius perkara ini,” katanya.

2 comments:

asrul rae said...

Cemburu ngan dorang ke bro? hehehe..


blog baru: asrulr.blogspot.com

rm20 said...

Cubalah pakej Sistem Automasi Pasaran, tidak perlu promosi, tidak perlu cari orang, tidak perlu buat APA-APA! Hanya duduk goyang kaki dan duit masuk. Layari
http://rm20.ibct.my/66

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...