Followers

Monday, August 27, 2012

Detik Kemerdekaan Negara - Dirgahayu Malaysia



Kita bakal menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 55 tahun. Terasa begitu cepat masa berlalu. Dari negeri negeri melayu yang berpecahbelah, yang kemudiannya dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Akhirnya lahirlah sebuah negara yang merdeka.


Bukannya mudah untuk kita mendapatkannya dahulu. Beratus tahun kita dijajah. Kita dicaci, dihina dan dinafikan hak ditanahair sendiri. Begitu banyak darah yang mengalir dan nyawa yang terkorban untuk mendapat dan mempertahankan kemerdekaan ini.

Dan sekarang sudah menjadi tanggungjawap kita generasi baru untuk terus mempertahankan kemerdekaan negara ini. Hargai dan sayangilah kemerdekaan ini kerana ianya adalah pusaka yang tiada tolok gantinya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...