Followers

Wednesday, August 29, 2012

Elisya Make Over


Tahun lepas aku dah buat Elisya cantik cantik. Tukau bumper asal pakai fiber. Kira dah lain dari yang lain. Tapi sayang bumper fiber ni tak tahan lama. Senang sangat pecah. Gesel bonggol sikit dah retak. Belum hentam lembu kambing lagi. Rasanya boleh pecah berderai macam tu jelaa.




Disebabkan tension asyik menampal fiber setiap kali retak, aku dah nekad nak tukau balik bumper lama. Tapi kena sabau je lah sebab dah nampak sama dengan kereta standard. Lepas pasang balik bumper, masuk cat semula barulah nampak cantik sikit. Alang alang cat bumper, aku cat sekali cover enjin kasi cantik sikit.



Tampal line krom kat bumper depan belakang, baru nampak ceria sikit Elisya. Kalau tak, nampak macam kosong je. Lepas ni ingat nak masuk stiker body pulak hehehehe.

2 comments:

asrul rae said...

tak letak bendera ke

alan said...

dah letak..ni sebenarnya pic lama..aku dah siap buat elisya sebelum puasa hari tu...biasalah malas nak update blog hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...