Followers

Thursday, August 02, 2012

Hidup, Realiti Dan Cinta


Walaupun aku sedar hidup ini adalah realiti, tetapi kadang kadang aku masih menganggap aku ini hidup didalam fantasi. Hidup didalam dunia yang tiada masalah, tiada bala bencana, akan menemui beautiful princess and happily ever after.

Tetapi malangnya semua itu hanyalah fantasi. Aku tidak akan dapat menemui kehidupan seperti itu diatas dunia ini. Dahulu aku percaya pada cinta sejati. Cinta yang suci. Cinta yang akan menyatukan dua insan dan akan hidup bahagia ke akhir hayat. Tetapi sekarang, entahlah...Dengan pelbagai masalah yang menimpa, aku sudah semakin hilang percaya kepada cinta.

Dahulu aku pernah menunggu empat tahun untuk seorang gadis idaman. Tetapi setelah empat tahun menunggu, ternyata penantian itu hanyalah sia sia. Empat tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Aku habiskan empat tahun di usia remaja dengan menunggu seorang gadis yang sebenarnya langsung tidak pernah menyedari perasaan aku terhadapnya.

Tetapi masa itu, aku tak merasakan penantian aku itu sia sia ataupun bodoh. Sebabnya waktu itu aku masih muda. Masih menganggap yang aku punyai banyak waktu untuk menantikan cinta. Tetapi sekarang, aku sudah tidak punya banyak waktu lagi untuk menanti cinta.


Baru baru ini aku cuba mengenali seseorang. Sebenarnya bukanlah baru kenal tetapi cuma baru baru ni je aku meluahkan apa yang ada didalam hatiku. Aku cuba berbual ditelefon tetapi tiada nada yang positif. Cuba berbual melalui twitter namun tiada balasan darinya.

Aku cuba berbuat baik tetapi dari gayanya aku seolah olah hanya memperbodohkan diriku sendiri. Aku terfikir, haruskah aku menunggu dia membuka pintu hatinya untuk menerimaku suatu hari nanti.

Aku ada bertanya kepada Bonda, dan jawapan Bonda "not worth waiting any girl who not appreciate what ever you do". Mungkin betul kata Bonda. Adakalanya segala usaha baik yang kita buat, tidak akan dihargai. Kadang kadang tiada guna kita menantikan si dia, melakukan apa saja untuk mengambil hatinya sedang si dia langsung tidak mempedulikan kita.

Aku sekarang dalam dilema. Apakah aku harus menunggunya seperti dahulu ataupun move on dengan kehidupan yang baru. Cinta memberikan kita kebahagiaan tetapi ada masa yang sama ianya boleh menghancurkan hati dan perasaan....

2 comments:

Elie Lily said...

Rasanya untuk terus menanti gadis idaman selama bertahun lamanya tak ada salahnya. cume akan jadi satu kesilapan bila gadis idaman tu tak tahu akan perasaan bro kat dia. Bila tak tahu, jadilah penantian yg sia-sia.

harapnya jangan menanti dgn sia-sia ya bro. All the best! :)

Miss Volvo said...

hmmm 4tahun? kesian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...