Followers

Wednesday, August 01, 2012

Ada Apa Dengan Merdeka 2012

Baru baru ini, heboh dikatakan orang tentang kejelikan lagu tema, logo dan juga slogan untuk hari kemerdekaan yang akan tiba 30 hari lagi.  Akupun baru ni dengar lagu Janji Ditepati. Bagi aku lagu ni sebenarnya hanya lagu untuk politik, bukannya lagu untuk merdeka. Langsung tak ada unsur patriotik didalam lagu tema, malah logo juga langsung tidak menarik.

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dikatakan yang membuat lirik lagu Janji Ditepati. Aku harap akan ada lagu lain dibuat sebagai ganti. Bukannya lagu ni tak menarik tapi mesej didalamnya langsung tidak ada semangat kemerdekaan. Hanya berkaitan janji politik.

Memang betul BN dah tunaikan hampir semua janji tetapi come on lah. Ini untuk merdeka, jadi janganlah letakkan unsur politik dalam semangat merdeka. Nak sambut merdeka politik letak ke tepilah. Sepatutnya semangat merdeka menyatukan rakyat Malaysia, bukannya memecahbelahkan lagi rakyat Malaysia yang dah separuh bodoh di belah PR tu.


Dan tukarlah semula logo dan tema merdeka tu. Kita dah 55 tahun merdeka. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia sepatutnya lebih kreatif sekarang. Aku ada juga dengar yang lagu Janji Ditepati, logo dan tema ni bukanlah yang rasmi untuk hari merdeka. Habis bila pula lagu, logo dan tema rasmi merdeka akan keluar?

Aku lebih suka lagu Jalur Gemilang dan juga Keranamu Malaysia. Bagi aku lagu itu lebih jelas sifat patriotik dan semangat sayangkan negara berbanding lagu Janji Ditepati. Aku ingat lagi masa sambut merdeka di KLCC dahulu, semua rakyat Malaysia bersemangat menyanyi beramai ramai lagu Jalur Gemilang dan juga Keranamu Malaysia.

Tapi lagu Janji Ditepati ni....Serius aku cakap tukarlah cepat. Mengarut sungguh kalau ni dijadikan lagu tema merdeka. Kalau Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dah blurr tak tahu nak pakai lagu apa, aku cadang gunakan lagu Malaya Tetap Merdeka seperti dalam video dibawah ni. Sekurang kurangnya nama Malaysia dahulu adalah Malaya.

7 comments:

Elie Lily said...

logo kali ni tak se gah mana. sedih tgk. :(

asrul said...

rais ni sokmo wat benda pelik.

alan said...

elie: tau xpe..ntah apa apa...

alan said...

asrul: akupun x paham apa pemikiran rais ni...

shaFazie said...

logo thun nie...mcm kureng je..

alan said...

memang kurangpun

irra said...

salam...
jom lawat blog irra..
lama tak blog walking kan~

http://pumadidastar.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...