Followers

Friday, May 04, 2012

Update- Ekzos Untuk Elisya


Dua hari lepas aku ceritakan tentang ekzos yang aku beli (rujuk sini). Dan sekarang tibalah proses pemasangan ekzos terbabit. Aku buat kat kedai ekzoslah, takkan kedai aiskrim pulakkan. Pasangpun tak lama. Tanggalkan ekzos lama, kemudian sarungkan ekzos baru tu lepas tu welding balik. Buat semua ni kena RM40 ringgit.



Uncle ni tengah potong besi sangkut yang ada kat ekzos baru tu. Uncle potong sebab bukan semua kereta pakai besi sangkut. Macam Elisya main welding je terus. Memang lekatlah takkan jatuh tercicir kat tengah jalan.


Yang ni batang tengah. Aku ingat nak tukau tabung tengah tu. Nak pakai yang besau sikit baru bunyi macam gaban. Kawan aku yang tolak ekzos ni dia tak pakai tabung tengah tu pasal bunyi macam gajah meraung. Baru dua hari pakai dia terus tukau lain sebab tak tahan dengan bunyi bising. Aku tanya kalau pakai paip 2 inci, uncle tu cakap harga dalam seratus lebih. Nantilah 2 3 bulan lagi kalau rajin aku buatlah.



Welding ekzos baru tu. Kejap je buat. Welding keliling pastu sembur air dengan spray clear. Tapi aku suka tengok api tu. Kaler biru wooo. Dah siap pasang jadilah macam tu. Cantik putih berkilat. Ko tunggulah dua tiga hari lagi mesti hitam melekat hehehehe.



Ini ekzos lama. Dah tiga tahun rasanya aku pakai ekzos ni. Jenama Monster. Tak tahu jenama apa, chap ayam kot hehehehe. Belipun kat kedai yang aku pasang ekzos ni ler. Beli dulu harga dia RM150.00. Campur pasang semua jadi RM180.00. Sekarang kalau nak tolak tak tahu nak letak harga berapa. Ekzos ni elok lagi sebenarnya. Saja je tukau sebab orang ofis tolak ekzos baru murah.

1 comment:

Afzainizam said...

eeemmmm dahsyat ko.. tukar baru... mesti bunyi gempak habis...

dulu aku pakai remus ekzos sekarang orang dah tak pakai lagi pastu aku tukar pulak 5zigen ok gak... pick up ada sikit tang tabung tengah tu aku pilih jenis MARCO spiral pastu aku terus tukar lagi tabung tengah SFlow sahaja,tanpa pakai mufler di hujung, bunyi ekzos tidak bising.. senyap ajer minyak pon jimat sikit..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...