Followers

Wednesday, April 25, 2012

Elisya Habiskan Duit Aku Bulan Ini


Tadi time lunch aku ke kedai kereta kejap. Maklumlah gaji dah masuk so bolehlah repair Elisya sikit sikit apa yang patut. Sebenarnya dah sebulan lebih aircond Elisya tak hidup. Kompressor dia macam tak jalan. Bila start aircond, langsung tak rasa sejuk. Masalah kalau main kereta ni, selain enjin, aircond kereta juga antara benda yang agak mahal untuk diperbaiki.


Dulu aku pernah kena dekat RM 500 sebab repair aircond sahaja. Buat piping baru, tukar kompressor tu semua termasuk gas. Kompressor aircond boleh mencecah RM200 ringgit kalau rosak. Dulu kalau isi gas aku kena RM18 ringgit. Tapi sekarang dah cecah RM 30 ringgit. Tapi harga gas mungkin bergantung kepada kedai juga. Ada yang harga murah dan ada yang mahal. Tapi aku pelik kenapa gas aircond ni makin mahal. Dia ikut harga minyak dunia ke huhuhu.

Aku dah bayang kalau kompressor tu rosak, memang rabaklah duit aku. Sebab tu aku hold dulu masalah aircond tu sebab aku memang tak ada duit. So tadi ada duit sikit, pergilah check apa yang rosak. Nasib baik bukan kompressor yang rosak tapi yang rosak adalah soket penyambung wayar. Tukar benda tu adalah dalam RM20 je. Tukau soket tu barulah boleh hidup aircond.


Alang alang ada duit lebih aku terus tukau kepala gear dengan handbreak. Aku dah lama usha dua benda ni. Dia jual satu set. Lagipun kepala gear dengan handbreak Elisya dah uzur gila. Beli Elisya tahun 1998, sampai sekarang tak pernah tukau benda tu. So tadi aku aku belilah yang baru.



Tapi sayang warna kepala gear dengan handbreak tu tak matching pulak dengan steering. Masa mula beli steering hari tu aku memang dah bayang tak sama tapi apa nak buat. Nak cari steering jenis yang aku pakai sekarang warna biru memang tak dapat. Nak tak nak kena sabau jelah.

8 comments:

Asrul said...

lebih dari sayangkan istri je..

Afzainizam said...

oohhhhh Momo memang tak leh pisah ngan iswara.... aku pun sama gak aircon keter iswara selalu sangat tak sejuk... selalunya time panas mmg aku bukak cermin je ambik air jerr ( udara segar).. selalunya aku servis bersihkan filter aircon bawah dashbord tapi sejak ni tak ada masa lah pulak... selalunya orang selalu tambah gas aircon... tapi kalau tak servis filter tu pon mesti sumbat lah... tu yang aircon tak kuat...

kalau time hujan pasang aircon sejuk sangat pulak...

tapi tetap aku sayang pada iswara aku ni.. walau aku dah mendua sekarang mentigakan nya terbaru ni...

shaFazie said...

ko tukar handbreak tu brp pulak?mahal tak?
smart lahh

Alan said...

asrul: aku xde bini

Alan said...

afzainizam: aircond iswara memang macam tu. dah jenuh nak repair memang x sejuk..tapi kalau ujan atau malam pandai pulak dia sejuk

Alan said...

kak jijah: handbreak dgn gear satu set 90 ringgit

aShaBuLz said...

wah....'gadis' ko tu mcm tau2 je ko nak gaji tak lama lagi. pandai ia rancang rosak. wakakaka

alan said...

ashabulz: ya dia mmg sengaja nak habiskan duit aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...