Followers

Friday, December 23, 2011

Masa Merubah Segalanya

Suatu Ketika Dahulu.....

Kira kira sebelas tahun dahulu jika aku on kan komputer, aku suka pasang speaker kuat kuat. Bunyi windows login terasa begitu menyeronokkan. Tetapi sekarang tidak lagi. Aku akan pastikan speaker aku ditutup sebelum on kan komputer.


Kira kira lapan tahun dahulu aku suka pasang lagu kuat kuat dalam kereta. Kira rasa macam nigger kat Amerika yang suka pasang lagu rap / hip hop dalam kereta sampai berdentum kuat kuat. Tetapi sekarang aku sudah slow. Malah layan Sinar FM lagi.

Kira kira enam tahun yang lalu aku suka pakai seluar jeans longgar sampai londeh nampak boxer. Tapi sekarang tidak lagi. Malah seluar aku banyak sudah ketat.

Kenapa semua ini berlaku pada diri aku? Sebabnya mudah saja. Lagi dua bulan usia aku beranjak ke angka 28 tahun. Boleh dikatakan semua orang akan mengalami perubahan baik di dalam sikap dan juga minda. Dari perangai kebudak budakan kepada lebih dewasa. Daripada pemikiran cetek kepada yang lebih matang. Tetapi ada juga yang tidak berubah..

Akupun sebenarnya tidak mahu berubah. Aku lebih senang menjadi diri aku yang dulu. Tetapi tuntutan alam sekeliling memaksa aku untuk berubah. Dahulu sewaktu sekolah, aku selesa dengan tshirt gambar kartun dan jeans. Tetapi dengan alam pekerjaan sekarang, menuntut aku untuk memakai kemeja dan berseluar slack.

Dahulu aku dikelilingi oleh rakan sebaya. Sudah tentu aku berperangai gila gila remaja. Gelak huha huha tanpa mengambil kira sensitiviti orang lain. Tetapi sekarang aku dikelilingi oleh orang lebih tua dan juga profesional. Malah ada masanya menghadiri majlis rasmi orang kenamaan. Keadaan ini memaksa aku untuk bersikap lebih matang dan menjaga tingkah laku.


Aku rindukan kehidupan aku yang simple seperti dahulu. Tetapi inilah kitaran kehidupan. Dari kanak kanak, kita berubah kepada remaja. Dari remaja kita melangkah pula ke alam dewasa. Dan semua kelakuan dan pemikiran kita dengan sendirinya akan berubah.

Masa Merubah Segalanya....

7 comments:

Miss Volvo said...

cun apa pakai kameja seluar slack fuh fewitt

Anonymous said...

Kau ke tu pakai blazer tu? hehe. smart doh

Afzainizam said...

wooooo kemaja ngan seluar slack kira ok la tuuuu.... smart sikit orang kampung tengok pun respek... lagi kan anak dara perrgghhh lagi lahh terpukau... makmentua pun bertambah berkenan nak ambik ko jadi menantu dia...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
air balang kawin resepi air hawaii blue

Afzainizam said...

EEEMMM faktor usia begitu lahhh... berubah secara semula jadi... semakin slow...

menjadi lebih baik...

dari kita tak sempat berubah... dulu nakal tak kan sekarang nak cam tu gak....

ni lah masanya kita buat sesuatu untuk diri kita sendiri... makna nya kita dah semakin dewasa...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
air balang kawin resepi air hawaii blue

Alan said...

volvo: rimas ler

Alan said...

asrul: aku x tua ok hahaha

Alan said...

afzainizam: lebih suka jadi muda sentiasa heeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...