Followers

Friday, November 11, 2011

Ada Apa Dengan Tarikh 11.11.2011


Hari ini adalah satu tarikh yang boleh dikatakan cantik iaitu 11.11.2011. Sebenarnya tiada yang keramat ataupun magik pada tarikh ini.Cuma ianya satu turutan yang cantik dan mudah diingati.

Pada tarikh ini ramai yang mengambil keputusan untuk berkahwin. Dan kurang juga yang beranak. So kira cantiklah tarikh lahir baby tu nanti. Kalau bab tarikh lahir, akupun genap juga iaitu 22 haribulan 2. Cuma tahun je yang tak ngam iaitu 1984. Namun aku bersyukur tak lahir tahun 1982 sebab kalau aku dilahirkan tahun 1982 bermakna umur aku sekarang 29 tahun. Eeeee aku taknak tua hehee.

Apapun aku ucapkan tahniah kepada mereka yang berkahwin atau beranak. Dan tak lupa juga buat mereka yang meninggal dunia pada tarikh ini. Takziah aku ucapkan terutama kepada keluarga mangsa kemalangan bas di Slim River awal pagi tadi.

Beginilah kitaran kehidupan. Hari ini ada orang gembira kerana menerima kelahiran dan hari ini juga ada yang berduka kerana menerima perpisahan. Semua itu sudah tertulis di Loh Mahfuz.

Minggu depan SPM akan bermula. Awek aku juga akan ambil SPM minggu depan. Dah sampai tahap ini, akupun dah tak boleh nak tolong apa dah. Hanya boleh mendoakan dia dapat menjawap dengan baik sahaja nanti.

5 comments:

Hirdayu Rahmat said...

chak !! semoga berjaya menjawab peperiksaan naaa ~~~


goodluck !

bila dah dekat dekat ni, banyakkan baca yaasin, lapang hati.. lapang minda..semua senang insyAllah !

Alan said...

yup..tq for coming :)

Asrul Rae said...

haha. awek dah tamat SPM, boleh ler slow2 simpan duit masuk merisik. :D

alan said...

asrul: tgklah dulu..ntah2 awek lain hehe

Afzainizam said...

bagi yang menduduki peperikasaan good luck...

dan takziah pada family yang terlibat dalam kemalangan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hydro fuel system kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...