Followers

Saturday, November 12, 2011

Jenis Blog Yang Dibenci


Aku semalam jejalan buat blogwalking. Yelah dah lama tak buat macam ni. Trafik memang jatuh sesangat. Kalaulah trafik ni saham, dah lama aku terjun bangunan SPRM. Bila dah buat blogwalking, bermacam jenis kerenah blog yang aku jumpa.

Yang paling aku benci adalah blog terlalu berat. Pelik gila aku dengan blogger yang suka sumbat segala macam macam gambau, kata pujangga, lampu kelip kelip kat sidebar blog. Apa dorang ingat internet kat Malaysia ni laju macam kat Korea Selatan ke. Setakat ni penyedia internet kat Malaysia ni cuma bagi 4mbs je lah. Itupun jarang yang cecah 4 melainkan korang duduk kat pusat bandau besau macam tengah KL ataupun area orang kaya kaya je.

Blog yang suka letak lagu tapi tak boleh off juga antara blog yang aku histeria. Kalau lagu sedap takpe. Ini lagu mengarut lagi syirik. Nak off tak boleh. Sudahnya aku off terus blog tu hahahaha.

Yang ketiga jenis templet berjalur gemilang melintang, menegak. Naik pitam aku tengok. Belum campur warna font, dengan lampu kelip kelip, dengan icon bajet kawaii. Orang tengah mengandung silap silap boleh mandul terus kala tengok blog macam ni.

Bila bab komen, aku paling benci jenis komen box yang kena masuk page baru. Kenapa tak buat pop up box. Kan senang macam tu. Ini dah lah nak loading blog dia sekian lama. Bila nak komenpun kena tunggu loading sekali lagi blog tu. Perghh gila. Kena pulak dengan kod pengesahan. Lagi gila gila gila.

Sorry bukan aku nak kutuk apa. Akupun tahu blog aku takdelah secantik mana macam Fasha Sandha tu. Cuma nak tegur jelah. Aku faham korang memang kreatif. Kreatif sangat sangat sampai letak segala macam benda dalam blog korang. Cuma berpada pada je lah. Pesan orang tua tua, "less is better".


Bila aku tengok blogger profesional macam Hanis Zalalikha, JustKhai, Asrul Rae dan Afzainizam memang lain sungguh. Blog mereka simple gila. Bagi mereka hiasan tu semua tak penting. Yang penting pengisian. Tak guna blog cantik cantik, penuh hiasan tapi isi kosong. Sekadar update hari ini buat apa, hari ini makan kat mana, baik tulis dalam buku 555 je kan.

Apapun aku minta maaf kalau ada yang terasa. Akupun cuba improve blog aku ni dari semasa ke semasa. Aku dah berblogging 8 tahun. Aku dulupun pernah letak segala hiasan dalam blog. Dan pengalaman mengajar dan mematangkan aku didalam dunia blog. Cuma mungkin dari segi penulisan sahaja yang tidak berubah. Sebab penulisan itu mencerminkan diri aku yang sebenar.

6 comments:

Blues Riders said...

BR pun suka blogwalking juga membalas jejak rakan2 bloggers. memang macam2 pesen blog yg ditemui. yang ciplak 100% post BR pun ada..

ada 1 blog yg menggunakan tag yg sama dgn bro alan: http://kasihmommy.blogspot.com/
kisah klasik untuk masa depan

Afzainizam said...

oh cam tu yerrr... aku tak suka pasang gedjet mengarut ngarut pasal takut blog jadi berat tu ajerrr....

sebenarnya aku dapat banyak kondem dari orang ramai pasal kalau first imej tak menarik orang pun tak nak masuk...

lagi satu sejujurnya pengisian lebih baik dalam bentuk hiburan... lebih menarik minat orang ramai...

kalau macam blog aku sukar nak tarik minat orang lah hanya golongan yang bebetul suka ajerr yang nak datang... susahlah folower nak follow... nasib blog tutorial macam ni lahh kan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hydro fuel system kereta

justmybloggie said...

Setuju! *jerit ala2 mesyuarat dewan parlimen :D

darisudutpandang said...

yea betul, blog saya darisudutpandangpun saya cuba untuk buat sesimple mungkin. thanks atas info.

...mommy jue... said...

Maaf saudara BR, sya tak pernah singgah blog ini dan sama sekali tidak tiru tagline blog nie.. Mungkin ini satu kebetulan.. Tapi rasanya tak salah kan?

...mommy jue... said...

Maaf saudara BR, sya tak pernah singgah blog ini dan sama sekali tidak tiru tagline blog nie.. Mungkin ini satu kebetulan.. Tapi rasanya tak salah kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...